Wednesday, 12 October 2016

Doa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W., ahli keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah.


Ya Allah kami bersyukur dengan rezeki yang kami terima setakat ini dan jadikanlah kami kaya dengan kesabaran, kaya dengan iman, kaya dengan budi pekerti, kaya dengan ketakwaan dan kaya dengan hati yang suci dan bersih.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Mu dan berilah kepada kami keselamatan dunia dan akhirat.

Ya Allah ampunlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa anak istri kami, sahabat dan jiran kami, guru-guru kami, seluruh ahli keluarga kami, saudara mara kami dan seluruh umat Islam.

Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar. Ya Allah, jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu.

Ya Allah jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, ikhlaskan hati kami untuk mempelajari ilmu
Mu. Tetapkan niat dihati kami agar apa yang kami lakukan adalah semata mata kerana Mu Ya Allah.

Ya Allah, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu Mu Ya Allah.

Ya Allah kami mohon kepada Mu Ya Allah bantulah  kami Ya Allah, peliharalah kesihatan kami, berikanlah ketenangan kepada kami, jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kejayaan dan semoga kejayaan itu menjadi pembuka jalan untuk kami menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri kami kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah  perbaikilah akhlak  kami jadikanlah kami umatMu yang mempunyai sahsiah diri yang baik.

Ya Allah, jadikanlah juga zuriat kami umat Mu yang soleh Ya Allah. Jadikanlah mereka ahli syurga Ya Allah.

Ya Allah jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah.

Ya Allah janganlah Engkau melalaikan
mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.

Ya Allah, perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha mengkabulkan doa doa kami ini.

Ya Allah jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini Ya Allah, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Engkau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya Ya Allah.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang terimalah taubat kami dan sayangilah kami..

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
           
Ya Allah kami memohon Ya Allah kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah . َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين

No comments:

Post a Comment