Apabila engkau dijauhkan daripada hidayah Allah, maka sesatlah engkau dalam akalmu.
Hinalah bagi orang-orang yg meninggalkan Islam(murtad).
Bersyukurlah wahai orang-orang yg diberi hidayah oleh Allah kepada Islam.
Peliharalah dirimu daripada kufur dengan Allah, kufur dengan nikmat Allah
iaitu nikmat jasad, nikmat anak-isteri, nikmat harta-benda, nikmat pangkat-pangkat dunia, nikmat roh, nikmat Islam, nikmat Iman dan nikmat Tauhid,
Kufur akidah, rosak Iman, maka jagalah batas-batas Iman dan kufur, kerana rosak Iman itu dengan perkataan, perbuatan dan peganga hati.
Menolak Kewujudan Allah, mempersenda-sendakan kalimah Allah, menolak Nabi, menolak malaikat, menolak Al-Quran, menolak hari akhirat, menolak takdir Allah, maka rosak iman mereka, orang yg menolak rukun Iman itu jelas kemurtadannya.
Mohonlah hidayah Allah wahai manusia.
Mohonlah hidayah Allah wahai manusia.
Semulia-mulia manusia diantara kamu ialah orang yg paling takut kpd Allah, bertaqwa.
Tanpa hidayah Allah manusia akan sesat dlm perjalanan hidupnya menuju alam akhirat.
Insaflah wahai manusia yg telah jauh terpesong daripada jalan Allah.
Kembalilah
Bertaubat
Sebelum engkau dicampakkan kedalam lubang kubur dalam keadaan kehinaan.
Janganlah engkau berputus-asa darpada rahmat Allah.
Pintu taubat sentiasa terbuka selama engkau ingin bertaubat kpd Tuhanmu.
Celakalah engkau jikalau engkau mati didalam kekufuran kpd Allah.
Semoga Allah memimpin kamu dan aku kpd jalan yg benar sehingga hari kematian.
- BUTA SELAIN ALLAH
No comments:
Post a Comment