Tuesday, 13 September 2016

HARI RAYA KORBAN

Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Sedikit perkongsian dari saya mengenai perkara  IKTIBAR MELALUI UPACARA KORBAN (HARI RAYA KORBAN).

Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama.

Upacara korban itu bagi mengajar kita bahawa yang dikorbankan itu hendaklah dari yang bernyawa, bukan dari yang mati. Ini menggambarkan atau mengkhabarkan kepada kita bahawa kiasan korban itu mengajar kita supaya terlihat nyawa, terpandang nyawa dan tertilik kepada perkara nyawa. Korban itu mengajar kita supaya mengambil iktibar atas perkara nyawa.

Hari Raya Korban juga adalah mengembalikan bukan sahaja tujuh anggota, tetapi hendaklah mengembalikan sampai kepada tahap nyawa (roh) kepada Allah. Itu sebabnya kita korban binatang yang bernyawa dan tidak yang mati. Sebabnya adalah karena binatang yang mati tiada nyawa. Kiasan korban binatang yang bernyawa itu adalah simbolik kepada penyerahan sampai kepada tahap nyawa.

Hari Raya Korban mengajar kita supaya berkorban atau mengajar supaya kita MENYERAH DIRI SAMPAI KEPADA TAHAP NYAWA. Setelah penyerahan kita itu sudah sampai kepada tahap nyawa, bererti itulah sebenar benar pengertian korban. Korban itu, mengembalikan segala sifat yang tujuh termasuk NYAWA kepada Allah. Sehingga sampai kepada tahap tidak adalah apa apa lagi yang hendak dikembalikan kepada Allah Taala. Nyawalah tempat kembali yang penghabisan penyerahan, barulah kita itu dikatakan suci zahir dan batin, suci dari didunia sampai akhirat dan itulah yang disabit atau dikaitkan dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban.

Korban dan Haji tidak boleh bercerai karena bilamana korban (menyerah) barulah dikatakan haji (suci). Suci  bilamana menyerah diri sehingga sampai kepada tahap nyawa (korban). Itulah baru betul betul yang dikatakan suci dari sekalian dakwaan dan itulah haji yang sebenar benar haji yang sebenar mabrur. Suci atau haji sampai kepada tidak ada apa lagi yang hendak dikembalikan kepada Allah dan tidak ada apa lagi yang hendak diserah kepada Allah Taala. Itulah maksud atau pengertian Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban.

Apa salahnya jika kita beli sahaja daging lembu dari pasaraya dan beli kaki lembu biar sampai 10 batang. Lagi banyak kaki dan lagi banyak daging, semampu yang kita mampu, tetapi kenapa tidak dibolehkan beli dari pasaraya?. Sebabnya adalah karena lembu di pasaraya itu, tidak ada nyawa. Korban itu hendaklah berdasarkan kepada yang bernyawa, disitu menggambarkan dan mengkhabarkan kepada kita bahawa korban itu adalah simbolik kepada penyerahan sampai kepada tahap nyawa.

Begitu juga Nabi Ibrahim dan Ismail, peristiwa korban atau sembelihnya Nabi Ismail itu, adalah bagi memberi tahu kepada kita bahawa berkorban atau berserah diri kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap nyawa. Ertinya disini bahawa kita hendaklah menyerah diri sampai kepada tahap nyawa...

Akhir kata...
Terima kasih semua diatas segala perkongsian ilmunya disini. Alhamdulillah.

SELAMAT HARI RAYA KORBAN BUAT SEMUA.

Terima kasih Ya Allah.

Aamiin Ya Allah.

ZAINI ZAKARIA..

No comments:

Post a Comment