“Assalamualaikum Papat!, dari mana ni, dan nak kemana? Orang pakat masuk ke perkarangan Masjid, dan Engkau se akan bergegas nak keluar dari kawasan perkarangan Masjid la pulak!, ni dah nak masuk waktu Magrib dah ni!“ - Ustad Hassan Halim Mendung.
“Wa’alaikummussalam Ustad Hassan, Saya berkebetulan baru lepas mencuci kawasan kubur Ayah dan Mak saya, dan sekarang nak balik Rumah, .. Baiklah.. Ustad masuklah ke Masjid, saya nak balik ke Rumah..“ – Jawab Papat dengan sederhana.
“Haaaih, Janganlah sebegituuu, mari la menunaikan Solat Magrib duluuu, alang-alang dah di perkarangan Masjid dah ni!“ – Pujuk Ustad Hassan Halim Mendung.
“Takapalah Ustad.. terima kasih sajalah, saya nak kena balik dah ni..“ – Balas Papat
“Aiii Engkau ni!, takkan la nak masuk bersembahyang pun takut?!, inikan rumah Allah ni!!“ – Tegas bidasan Ustad Hassan Halim Mendung
“Ustad..., saya tidak pernah memerhati Allah Ta'ala sebagai Tuhan yang zalim, saya menyedari Allah Ta'ala adalah Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, lalu di atas kesedaran yang sedemikian, mana mungkin saya akan menaruh perasan takut ke atas Allah azza wajalla, saya kasih kepada Allah.., Cuma saya tak sanggup melakukan sesuatu yang saya kurang ada pengetahuan ke atasnya, cuba Ustad usul pada Surah Al Ma’aun Ayat 4 dan 5, Surah Israa ayat 36, Surah Al Baqarah Ayat 238, Surah Al Mukminun Ayat 1 dan 2, Renungilah kata kata Allah itu semua, Dan lagi Ustad, Sesungguhnya tiada bezanya diantara saya yang BERJALAN KAKI menghala pulang ke rumah saya dan Ustad yang duduk bersembahyang di dalam Masjid, walau saya 'SAMBIL berjalan kaki', nescaya saya juga mampu bersolat..“ – Tenang balas si Papat dengan senyum tipis di bibirnya.
“Engkau dah gila ke apa ni! sembahyang sambil berjalan kaki?!, padanlah sudah dengan gaya Rambut kamu yang sebegitu! memang dah SESAT!“ - Tegas Ustad Hassan Halim Mendung
“Ustad.., Saya tidak meninggalkan Shalat.. percayalah, Biar Allah sahaja yang mengetahui, dan saya juga telah lama disedarkan oleh satu Hadis yang berbunyi;
Sesungguhnya orang yang meninggalkan shalat ‘secara keseluruhan‘ hukumnya kafir keluar dari Islam, berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Perbedaan antara kita dengan mereka (orang-orang kafir) adalah shalat. Barangsiapa yang meninggalkan shalat maka ia telah kafir.” (HR. At-Tirmidzi –Shahih) ..,
Oleh itu Ustad, janganlah meletak hukum ke atas penzahiran saya ini, 'sesungguhnya Islam tiada terletak pada pakaian!, dan janganlah menilai ilmu Agama darpada penzahiran luaran semata mata.., Maafkan saya Ustad, Bila ada kelapangan silalah Ustad rujuk pada Surahnya Al Baqarah Ayat 239, halusilah Ayat itu..
Dan Maafkanlah sekali lagi Ustad.. Memang kita sedang berada di satu tujuan, dan dapat juga saya sedari bahawa kita berdua sedang memandang benda yang sama, akan tetapi kita berdua sedang berada di posisi yang berbeza.., :) Maka Ustad akan memandang di dalan sudut pandangan yang lain, sebegitulah juga dengan saya... :)
‘Oleh itu saya mohon maaf seandainya saya terpaksa katakan yang saya dan Ustad sememangnya memang tak akan saling sekata seiring sejalan dan kita tidak akan saling setuju, kerana ada Manusia yang senang dengan hanya mempertuhankan Agama semata mata, dan Saya telah bersetuju untuk Mempertuhankan Allah yang satu yang mananya maha menyeliputi dan maha bersalahan dengan yang bahari... Oleh itu, Maafkanlah saya Ustad... Saya mohon diri dan Assalamualaikum“.
Sewaktu berjalan pulang tiba tiba hati Papat di sapa pilu, teringat nasib Arwah Ayahnya yang senantiasa di pandang hina, di keji dan telah dihukum sesat! oleh sebilangan besar para ahli Fekah, Namun Ayahnya sentiasa pamirkan senyuman, walaupun seluruh zahir tubuh sering tertikam dek Fitnah dan kata tomahan.., Setelah sebeberapa tapak berjalan tiba tiba Papat kembali tersenyum apabila akalnya di datangi secebis ingatan akan satu pesanan oleh Arwah Ayah yang amat di kasihinya;
“Pat.., Ibaratkanlah ‘PERASAAN‘ sebagai ‘PELAWAT‘, senyumlah kala ianya melangkah datang ke arah kita, dan pamirkanlah jua senyuman mu kala ianya mula melangkah pergi dari kita, ... dan ingatlah, apabila kita berjaya ‘MEMBEBASKAN‘ akal fikir kita daripada KEINGINAN yang berbentuk ‘MENGAHARAPKAN‘ agar orang lain memahami diri dan keadaan kita, Maka sedarilah, bahawa sesungguhnya kita TELAH PUN MENEMUI SEBUAH KEBEBASAN yang sebenar-benarnya..“
https://www.youtube.com/watch…
Sesaat itu jua dia menghadiahkan Al Fatihah buat Ayah dan Ibunya, kemudian sesampai di rumah di mencapai tasbihnya dan menciumnya sambil menyebut “Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, biar sejuta mulut menghukum ku telah tersesat dan keliru, yang paling bagi ku adalah Engkau tahu akan bertapanya aku ini amat bersungguh didalam menyintai Mu... <3
https://www.youtube.com/watch…
Sesaat itu jua dia menghadiahkan Al Fatihah buat Ayah dan Ibunya, kemudian sesampai di rumah di mencapai tasbihnya dan menciumnya sambil menyebut “Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, biar sejuta mulut menghukum ku telah tersesat dan keliru, yang paling bagi ku adalah Engkau tahu akan bertapanya aku ini amat bersungguh didalam menyintai Mu... <3
No comments:
Post a Comment