Thursday, 1 September 2016

PUNCAK MAKRIFAT


PUNCAK MAKRIFAT
Inilah yang disebut Tajalli. Dalam istilah lain disebut juga Musyahadah atau Mukhasafah. Manusia yang sudah mencapai tajalli berarti ia telah bermikraj.
Dalam peristiwa Isra Mikraj, Nabi diceritakan telah sampai ke “Pohon Sidrah” (Pohon Lotus) yang biasa dikenal dengan sebutan Sidratul Muntaha. Dengan Mikraj bererti beliau telah sampai kepada bayt Allah lalu menemui-Nya. Nabi mengatakan : Ra’aitu Robbii fii ahsani su’uura (Aku telah melihat Tuhanku yang seelok-eloknya rupa yang tiada umpamanya). Dengan demikian, tidak ada hijab lagi antara diri dan Tuhannya. Yang ditemui adalah Cahaya di atas cahaya!
Allah adalah cahaya semua langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu bak bintang yang memancarkan sinar gemerlapan yang dinyalakan (dengan minyak) dari pohon yang diberkati –yaitu pohon zaitun yang tidak tumbuh di timur mahu pun barat. Minyaknya pun bercahaya meski tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya. Allah memberikan cahaya pada orang yang menghendaki cahaya-Nya. (QS. An Nuur (24):35)
Solatnya orang-orang beriman (makrifat) sangatlah khusyuk kerana ketika mereka solat, tidak ada hijab antara ia dan Tuhannya. Nabi bersabda :
“Solat adalah mikrajnya orang-orang yang beriman”.
Hanya orang-orang berimanlah yang mengalami Mikraj ketika solatnya. Ini ertinya mereka tidak menyembah adam sarpin (kekosongan). Mereka bashar (melihat) Allah ketika solat dan Allah pun bashar kepada mereka.
Dalam beragama, ada golongan orang ‘alim dan ada golongan orang ‘arif (telah makrifat). Perbezaannya adalah, kalau orang ‘alim mengenal Tuhan hanyalah sebatas percaya sahaja. Syahadatnya pun hanya diucapkan di bibir.
Sedangkan orang ‘arif mengenal Tuhannya adalah melalui musyahadah (penyaksian). Syahadatnya bukan hanya diucapkan belaka melainkan telah dibuktikannya. Jika seseorang sudah mencapai tahap alim maka seeloknya ia meningkatkan kualiti dirinya menjadi seorang yang ‘arif.
Orang yang telah mengenal Tuhannya akan mampu solat terus menerus dalam keadaan berdiri, duduk, bahkan tidur nyenyak. Intinya ialah segala perbuatannya adalah solat. Inilah yang disebut “sholat daim”. Aladzina hum ‘ala sholaatihim daa’imuun. Iaitu mereka yang terus menerus melakukan sholat (QS. Al-Ma’aarij : 70:23)

No comments:

Post a Comment