Thursday, 1 September 2016

Hakikat Insan

"Allah perbuat kamu, dan apa-apa yang kamu perbuat."
"Tidak bergerak walau satu zarah tanpa izin Allah."
"Tiada daya dan upaya, melainkan dengan izin Allah."
"Bukan kamu yang melempar wahai Muhammad, tetapi Aku lah yang melempar.

MENJELANG MAKRIFAT
Ingatlah kepada Zat yang mendahului ingatNya sebelum ingatmu, dan cintaNya sebelum cintamu.. Apa pun yang kalian ingatkan tidak lain kecuali kerana ingatNya kepadamu, dan tidak ada cintamu kepadaNya kecuali kerana cintaNya kepadamu..
Ketika aku menyangka bahawa aku telah menemukanNya, pada saat yang sama aku telah kehilangan Dia.. Ketika aku menyangka aku kehilangan Dia, saat itu aku menemukanNya.. Oh Tuhanku, ketika aku meninggalkanMu, Engkau mencariku.. Ketika aku mencariMu, Engkau menolakku.. Padahal tidak ada tempat kecuali bersamaMu, juga tidak ada kebahagian selain Engkau..
Wahai saudaraku yang mulia! Sesungguhnya Allah SWT, menjadikan segalanya dengan kepastian, dan setiap kepastian itu ada batasan, dan setiap batasan ada sebabnya, dan setiap sebab ada waktunya, dan setiap waktu ada ketentuannya, dan setiap ketentuan ada perintah, dan setiap perintah ada maknanya, dan setiap makna ada benarnya, dan setiap yang benar ada kebenarannya, dan setiap kebenaran ada hakikatnya, dan setiap hakikat ada ahlinya, dan setiap ahlinya ada tandanya..
Ya Allah, kasihanilah daku, kerana begitu lemahnya ketika menghadapi kehidupan yang berat, begitu bodoh dengan usaha, begitu bingung dalam mencari.. Amiin

No comments:

Post a Comment