WUJUDIAH vs WAHDATUL WUJUD
Menjelaskan kefahaman WUJUDIYAH yang diperjuangkan oleh Syeikh Hamzah Fansuri, terdapat sedikit penjelasan kelainannya di antara kefahaman Wahdatul Wujud yang muwahid atau yang mulhid, begitupun kefahaman Wahdatus Syuhud.
Misalnya begini, umumnya kalangan Wahdatul Wujud atau Manunggaling Kawulo Gusti dan sebagainya dalam menyatakan konsep ilmu mengenal diri yang sebenar diri, hanya lebih memfokuskan tentang ruh/sirr/nyawa/nur muhammad/hakikat muhammad dan sebagainya. Tetapi tidak mengambil peduli tentang ‘Rahsia Jasad’. Jasad bagi mereka adalah suatu benda yang gelap dan mati. Jasad akan hancur lebur di perut bumi setelah mengalami ‘mati hissi’. Tambah lagi yang sebenar-benar beribadah adalah hati atau ruh dan bukannya jasad. Hanya ruh yang asalnya daripada Zatullah yang kembali dan mengenal Allah. Manakala jasad yang berupa kulit, daging, urat, darah dan tulang itu tak ada apa-apa nilainya sekadar menjadi rangka sementara untuk nyawa atau ruh.
Dalam peribahasa Melayu ada menitirkan, “Jangan kacang lupakan kulit”. Atau analoginya seperti seekor burung setelah dilepaskan dari sangkar, barulah burung dapat terbang dan bebas. Tetapi dalam memahamkan konsep Wujudiyah Syeikh Hamzah Fansuri adalah ‘burung terbang dengan sangkarnya sekali’. Dalam pandangan Wujudiyah, sangkar bukan lagi sangkar yang dibatasi oleh jeriji kayu atau besi, tetapi sangkar telah bertukar menjadi cahaya dan bersatu dengan burung yang juga telah menjadi cahaya yang disebut sebagai Nurullah.
Dalam peribahasa Melayu ada menitirkan, “Jangan kacang lupakan kulit”. Atau analoginya seperti seekor burung setelah dilepaskan dari sangkar, barulah burung dapat terbang dan bebas. Tetapi dalam memahamkan konsep Wujudiyah Syeikh Hamzah Fansuri adalah ‘burung terbang dengan sangkarnya sekali’. Dalam pandangan Wujudiyah, sangkar bukan lagi sangkar yang dibatasi oleh jeriji kayu atau besi, tetapi sangkar telah bertukar menjadi cahaya dan bersatu dengan burung yang juga telah menjadi cahaya yang disebut sebagai Nurullah.
Sepertimana kata Syeikh Hamzah Fansuri “Maka tiliklah Jasadmu wahai ikhwan! Jasadmu inilah Sifat Kebesaran bagi Zat Allah. Sekalipun tampak zahir Jasadmu ini berkulit, berdaging, bertulang, berurat dan berdarah, namun apabila diusul akan asalnya, maka yang dikatakan kulit, daging, tulang dan urat ini adalah kejadian daripada Zat Allah yang digelar Nurullah.”
Subhanallah. Pandangan seorang Arifbillah yang mukasyafah tentunya berbeda sekali dengan pandangan seorang awam melalui mata kasar. Orang awam melihat sesuatu benda sebagai benda semata-mata, tetapi orang Arifbillah melihat Allah dalam hakikat setiap sesuatu. Pandangan matahati orang Arifbillah lebih dekat tertuju kepada Allah berbanding pandangan orang awam masih terhijab dan terdinding.
Kata Syeikh lagi, “Jasad inilah Alam Saghir adalah SifatNya yang juga bernama Muhammad.” Justeru apakah pernah kita terfikir bahwa sekecil apa pun atom atau debu di muka bumi ini bahwa sebenar dalam hakikatnya mengandungi alam semesta?
Lantaran itu cuba-cubalah kita fikirkan pula walau sehebat mana pun ruh kita telah tinggi bermakrifat, mengapakah Allah memerintahkan Jasad kita ini untuk mendirikan/mengerjakan/ melaksanakan sholat 5 kali sehari semalam? Mengapakah Jasad kita ini disuruh berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan? Mengapakah Jasad kita ini disuruh berhaji ke Mekah? Mengapakah Jasad kita ini wajib disholatkan setelah jasad kita bercerai dari nyawa? Jasad kita yang kita sangkakan hanya kulit, darah, daging, urat dan tulang tetapi sebenarnya adalah NURULLAH tetapi tidak kita ketahui disebabkan pandangan kita tertutup dengan pelbagai hijab!
Lantaran itu cuba-cubalah kita fikirkan pula walau sehebat mana pun ruh kita telah tinggi bermakrifat, mengapakah Allah memerintahkan Jasad kita ini untuk mendirikan/mengerjakan/ melaksanakan sholat 5 kali sehari semalam? Mengapakah Jasad kita ini disuruh berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan? Mengapakah Jasad kita ini disuruh berhaji ke Mekah? Mengapakah Jasad kita ini wajib disholatkan setelah jasad kita bercerai dari nyawa? Jasad kita yang kita sangkakan hanya kulit, darah, daging, urat dan tulang tetapi sebenarnya adalah NURULLAH tetapi tidak kita ketahui disebabkan pandangan kita tertutup dengan pelbagai hijab!
Tidak menjadi barang mustahil jika Allah mahu membangkitkan semula Jasad kita yang sudah berkubur di perut bumi sebagaimana telah diterangkan dalam Surah Yasin.
Syeikh Hamzah Fansuri menampilkan penjelasan tentang pemutus ilmu makrifat. “Penamat ilmu adalah Satu sahaja, iaitu Mengembalikan Semula Jasad Kepada Zat kerana ini adalah menunjukkan Amanah Allah kepada NurNya. Kalau Nyawa pergi tanpa Jasad, maka sesat hukumnya.”
Pembaca yang ingin mengetahui isiNya, tentulah mereka yang redha seperti sanggup ‘melepaskan sepasang terompahnya’ untuk memasuki Majlis Hadirat Allah iaitu Lembah Thuwa (Lembah Yang Suci). Maksudnya mereka yang merendahkan ujub (bangga) dirinya atau melepaskan sepasang ego akal dan hatinya.
Ramai pengkritik tasawuf mengatakan bahwa Syekh Sufi Hamzah Fansuri menganuti fahaman Wahdatul Wujud. Agak berlebihan juga sampai ada yang mendakwa corak Wahdatul Wujud yang menjadi pegangan Syekh Hamzah Fansuri itu berunsurkan kepercayaan filsafat panteisme. Sedangkan secara keseluruhan tidak semestinya konsep Wahdatul Wujud itu bercerminkan panteisme sebagaimana yang didifinisikan dalam istilah sarjana barat oleh Henry C. Theissen yang menghujahkan ianya suatu kesimpulan teori bahwa Tuhan itulah alam, alam itulah Tuhan yang muncul dalam berbagai dimensi, bentuk dan masa, lalu mempunyai pula unsur-unsur ateistik, politeistik dan teistik. Lantaran demikian, panteisme menjelaskan bahwa kesejatian Zat Tuhan yang sentiasa berubah keadaannya itu tidak lagi seEsa dan semutlak seperti sediakala dahulunya apabila sudah bersatu dengan kejadian makhluk penciptaanNya dari bahan ZatNya sendiri. Dengan ertikata lain Tuhan itu tidak lagi bersifat ‘tanzih’, sebaliknya kekal dalam sifat ‘tasybih’, ibarat dakwat biru jika dicampurkan dengan dakwat merah sudah kekal menjadi dakwat jingga hingga perubahan itu tidak boleh dipisahkan lagi untuk membawanya kembali kepada darjat warna asalnya masing-masing. Justeru itulah seseorang yang memercayai aliran ini dinamakan juga sebagai golongan Mujasimmah selain mengatakan Tuhan itu mempunyai jasad seperti makhluk bahkan pada hakikatnya telah menyangkal kewujudan Tuhan itu sendiri.
Sebenarnya ada Wahdatul Wujud yang ditolak sebulat-bulatnya oleh ulamak Islam dan ada pula ulamak yang membenarkannya sebagai puncak ilmu tauhid yang sempurna lagi haqiqi. Wahdatul Wujud sebagaimana pemikiran Syekh Ibnu Arabi yang menjelaskan di dalam kitabnya Futuhat Al-Makiyyah tidak samasekali mencabutnya dari akar Islam. Syekh Ibnu Arabi tetap mengekalkan kepercayaannya kepada kedua-dua sifat Ketuhanan iaitu tanzih dan tasybih. Dengan demikian, tidak seperti kaum panteisme yang menafikan tanzih dan hanya berpegang kepada tasybih sahaja. Zat Allah yang sekarang tetap sebagaimana dahulunya, tidak pernah berubah serta Maha Sempurna, Maha Suci dan Maha Esa yang tidak ada sesuatu pun yang menyamaiNya. Namun demikian menurut Syekh Ibnu Arabi, jika hanya berpegang pendapat kepada sifat Allah yang tanzih sahaja, maka mana mungkin Allah itu dapat dikenali makhlukNya sebagaimana DIA sendiri telah menyatakan rindu hendak mengenalkan DiriNya serta menzahirkan WujudNya. Sudah pastilah Allah itu dekat dengan kita dan bersama kita, malah lebih terdekat lagi dengan urat leher manusia sebagai contohnya, maka kedekatan dan kebersamaan itu Allah dapat dikenal oleh makhlukNya. Jika Allah tidak memiliki sifat tasybih yakni kebersamaan serta kepersamaan sifatnya dengan makhluk, nescaya Allah itu hanya tetap batin pada DiriNya sendiri dan tiada siapa pun yang mampu mengenalNya. Maka sifat Allah yang tasybih itu tidak dapat hendak dinafikan. Misalnya jika Allah itu tidak menzahirkan firmanNya melalui perantaraan bahasa manusia iaitu bahasa Arab dalam kitab suci Al-Qur’an, maka bagaimanakah wahyu dapat diturunkan kepada manusia di bumi? Bahasa Al-Qur’an itu sendiri cukup membuktikan kebenaran sifat Allah yang tasybih sedangkan Allah itu sendirinya tidak bersifat demikian seperti makhluk yang berucap melalui huruf dan suara.
Semasa hayatnya, Syekh Hamzah Fansuri tidak pernah pula mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai penganut Wahdatul Wujud, sama ada melalui keratan risalah-risalahnya yang terselamat ditemui dari kemusnahan pembakaran yang dianjurkan oleh Nuruddin Al-Raniri – seorang ulamak yang amat memusuhi Syekh Hamzah Fansuri dan muridnya Syekh Syamsuddin Sumaterani ataupun jika terdapat pesan-pesan yang pernah tersebar oleh murid-muridnya sehingga kini. Hal ini terbukti benar kerana beliau sendiri adalah pengamal Tarikat Qadiriyah yang diasaskan oleh Syekh Abdul Qadir al-Jailani, merupakan satu-satunya tarikat awal yang tumbuh dalam sejarah perkembangan Islam dan bertunjangkan ajaran Sunnah Nabi s.a.w. Sebenarnya apa yang cuba dibangkitkan oleh Syekh Hamzah Fansuri dalam pemikiran tasawufnya ialah tentang suatu istilah tauhid muntahi yang menekankan manusia harus kembali untuk beriman kepada kesedaran KeEsaanNya yang mutlak bahwa Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu sahaja yang sebenarnya Wujud, manakala makhluk tidak berwujud. Wujud itu Satu (Esa). Syekh Hamzah Fansuri mentamsilkannya sebagaimana hubungan laut dan ombak. Walaupun dari sudut nama keduanya saling berbeda tetapi pada hakikatnya ombak itu tidak lain dari laut itu juga. Dengan itu menurut Syekh Hamzah Fansuri, wujud Tuhan dan wujud makhluk itu sama sahaja, tidak ada yang selainNya baik dari aspek luaran atau dalamannya. Perbedaan itu terletak hanya dalam persangkaan akal fikiran sahaja ketika memandangnya dari sudut berbagai ragam penzahiran bentuk. Selanjutnya menurut Syekh ini, Wujud Rabbul Izzati itu tidak terhalang dari iradat dan qudratnya untuk menzahirkan apa sahaja yang ternampak pada alam ini tetapi tidak mengubah hakikatNya. DIAlah Az-Zahir dan DIA jugalah Al-Batin. Namun segala apa yang dizahirkan oleh Wujud Rabbul Izzati itu hanyalah bersifat bayangan atau majazi sahaja (tidak kekal), sedangkan yang kekal adalah Zat Wajibal Wujud yang bernama Allah.
Aliran sufi dan tasawuf Syekh Hamzah Fansuri ini dikenali sebagai Wujudiyah, tidak ada permaknaan wujud lain sepertimana disebutkan kewujudan di antara Tuhan dan hamba, yang ada hanya Wujud Yang Satu sahaja dan Wujud Yang Satu itulah bernama Allah. Maka apa yang disifatkan sebagai keberadaan makhluk, sebenarnya itu adalah penampakan Allah sendiri dalam WujudNya dan makhluk sekadar gambaran sahaja dimana Wujud itu ingin menzahirkan DiriNya di luar diri. Istilah Wujudiyah ini disebutkan juga oleh penentangnya Nuruddin al-Raniri dalam beberapa kitab tulisannya yang membahaskan aliran Wujudiyah sebagai sesat kerana memahamkan wujud makhluk itu sama dengan Wujud Tuhan. Sepertimana menurut fatwa Nuruddin, jika demikian mana mungkin Tuhan menciptakan DiriNya sendiri dalam berbagai bentuk makhluk? Justeru kerana aliran Wujudiyah itulah maka akhirnya Syekh Hamzah Fansuri dihukumkan sebagai kafir zindik yang difatwakan oleh Nuruddin. Kafir zindik bererti Islam di luar tetapi kafir di dalam. Semasa fatwa mengkafirkan ini dijatuhkan, Syekh Hamzah Fansuri dipaksa bertaubat dan disuruh meninggalkan ajaran Wujudiyahnya, namun Syekh samasekali tetap tegas dengan pendiriannya. Tetapi kemudiannya setelah Syekh Hamzah Fansuri wafat, seorang tokoh sufi besar bernama Saiful Rijal telah mempertahankan kebenaran ajaran Wujudiyah tersebut dengan membuka kembali sidang berdebat dan membangkang pendapat Nuruddin al-Raniri. Dalam perdebatan itu terbukti akhirnya bahwa ajaran Wujudiyah yang diasaskan oleh Syekh Hamzah Fansuri itu tidak ada salahnya di sisi kebenaran Islam, sebaliknya pula Nuruddin yang dipersalahkan kerana tidak mempertimbangkannya dengan penilaian yang betul dan adil, yakni menyelidiki kajian terdahulu sebelum menjatuhkan hukum kafir terhadap Syekh Hamzah Fansuri, malahan dirinya sendiri tidak mengerti tentang ilmu laduni atau hakikat tasawuf yang sedalam-dalamnya. Nuruddin mengaku kalah dalam perdebatan itu seraya menanggung malu.
Meskipun antara fahaman Wahdatul Wujud dengan Wujudiyah itu agak terdapat sedikit perselisihan dari segi konsep dan difinisinya, sebenarnya tidak tersangat berbeda jika diketepikan aspek-aspek persoalannya kerana apa yang hendak ditujui dan dicapai itu hanyalah makrifat Yang Satu jua. Namun begitu, masyarakat awam sering tersalah faham kerana tidak dapat membedakan pengertian istilah aliran-aliran seperti ini. Malah ada pula yang terkeliru menganggap Wahdatus Syuhud sama pengertiannya dengan Wahdatul Wujud.
Di dalam konsep Wahdatul Wujud berteraskan akar ajaran Islam, betapa tinggi pun seseorang itu telah bermakrifat namun Tuhan tetaplah Tuhan dan makhluk tetaplah makhluk. Tuhan bukan makhluk dan makhluk bukan Tuhan. Makhluk tidak jadi Tuhan dan Tuhan pun tidak jadi makhluk. Tetapi antara makhluk dan Tuhan itu sentiasa bersama dan tidak bercerai. Sebagaimana makhluk itu memerlukan udara untuk bernafas, begitulah manusia memerlukan keberadaan Tuhan di dalam kesatuan (Wahdat), namun kebersamaan itu tidaklah bermakna telah menjejas keEsaanNya Yang Maha Suci. Zat Rabbul Izzati itulah hakikat alam semesta ini atau sebagai hakikat segala sesuatu penciptaanNya. Makhluk tidak akan tampak berupa, bergerak dan hidup tanpa bergantung dengan Zat Rabbul Izzati. Dalam kesatuan Wujud atau kebersamaan dengan Zat Rabbul Izzati itu makhluk sebenarnya tidak hancur, seperti pelita yang di dalamnya ada api panas yang bernyala sedangkan kaca pelita itu tidak terbakar dan musnah. Namun pada pandangan ahli sufi yang mengikuti aliran kefahaman ini bahwa Wahdatul Wujud (kesatuan antara manusia dan Tuhan itu) bukanlah dimengertikan secara aspek fizikal tetapi dari aspek batin atau rohaniah yang terdalam kerana bukan jasad manusia itu yang sampai dan dapat mengenal kewujudan Allah tetapi hanyalah roh manusia itu sendiri kerana roh itu berasal dari ZatNya.
Berbeda dengan aliran Wujudiyah, mereka yakni ahli sufi yang berpegang teguh dengan aliran ini seperti Syekh Hamzah Fansuri, sudah tidak lagi memandang kepada wujud makhluk, apa yang mereka pandang semuanya Wujud Allah, makhluk itulah Allah pada hakikatnya. Jika pada aliran Wahdatul Wujud masih lagi memandang adanya kesatuan antara hamba dan Tuhan. Tetapi bagi aliran Wujudiyah, kesatuan antara hamba dan Tuhan itu sama ada dari segi pengetahuan, perasaan dan penyaksian sudah sememangnya tidak ada langsung, malah perkataan Tuhan itu sendiri pun tidak ada, sebaliknya yang ada hanyalah Wujud Mutlak semata-mata dengan keEsaanNya dan Wujud Mutlak itu menamakan DiriNya sendiri sebagai Allah Subhanahu Wa Taala.
Admin Nur Muhammad
No comments:
Post a Comment