Wahai salik yg sedang berjalan menuju kepada Allah, Tuhan sekalian alam
Leburkanlah segala sesuatu selain Allah didalam hatimu dengan alat pelebur zikrullah yg berterusan
Bertemankanlah dengan para ArifBillah, kerana mereka itu juga alat pelebur selain Allah didalam hatimu
Menghampiri mereka itu berarti engkau menghampiri Hadrat Allah
Mencintai mereka itu berarti engkau mencintai Allah, kerana mereka adalah kekasih-kekasih Allah dibumi dan tempat simpanan rahsiaNya
Memusuhi mereka itu berarti engkau memusuhi Allah, kerana mereka dicintai Allah dan hamba pilihanNya
Berbaik-sangkalah kepada mereka diatas hal-ehwal yg engkau terhijab didalam ilmu Allah dan KebijaksanaanNya
Mohonlah keampunan kepada Allah sentiasa siang dan malam
- BUTA SELAIN ALLAH
No comments:
Post a Comment