Saturday, 3 September 2016

ws

*🔱3 GOLONGAN DICINTAI-NYA🔱*

*USIA KITA SANGAT TERHAD DALAM*
*USAHA DAKWAH DAN FISSABILILLAH*
*BERUNTUNGLAH BUAT MEREKA YANG*
*BERPESAN-PESAN BERBUAT KEBAIKAN*

Syarah Hadis Secara Ringkas :

*a) Golongan Awam Yang Dicintai Allah®*

*b) Mengenal Maqam Maqam Cinta Allah®*

Bismillah : Pada suatu hari Rasulullah SAW ditanya oleh para Sahabat r.a kepada Baginda :

_“Ya Rasulullah, siapakah manusia (muslim 'awam') yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling  dicintai oleh Allah?_

Baginda Rasulullah SAW menjawab :

*“Manusia _(muslim awam)_ yang paling dicintai oleh  Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain ; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah _(dikalangan manusia awam)_ adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau  melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk  menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di  masjidku ini selama satu bulan.”*

*(Hadis Riwayat : At Thabrani)*

➰☀➰☀➰☀➰☀➰

*Penjelasan Hadis :*

*SIFAT ADILNYA ALLAH SWT ATAS MAKHLUK*

Allah SWT sangat mengambil kira perbuatan kebaikan dikalangan manusia awam tampa mengira aqidah agama hinggakan orang orang kafir yang selalu berbuat kebaikan atas sesama makhluk-makhluk-Nya, baik pada manusia ataupun haiwan, Allah tetap memberi mereka ganjaran duniawi atas setiap kebaikan kebaikan yang telah mereka kerjakan atas sesama manusia.

Walaupun mereka (kafir) itu tetap mati di dalam kekafiran (non-muslim) namun Allah akan "meringankan" beban azab siksa saat mereka menghadapi gelombang Sakaratulmaut ... Azab mereka yang baik ini akan lebih "ringan" daripada azabnya golongan kafir yang kurang berbuat kebaikan dan bersifat sombong sesama manusia. (Sumber hadis sahih).

Sesungguhnya Allah SWT itu sangat adil atas segala pertimbangan perkiraan-Nya atas sikap sikap umat manusia, tiada hal sekecil kumanpun yang akan terlepas dari perhitungan Allah SWT. Dia Maha Bijaksana atas segala ketetapan-Nya. 🔱

*MAQAM CINTA-NYA BERTINGKAT-TINGKAT DIKHUSUSKAN BUAT PADA HAMBA-HAMBA-NYA*

Allah SWT membahagikan 3 Jenis Kecintaan-Nya atas para makhluk makhluk-Nya.

1) *Maqam Cinta-Nya buat "Awam"*

2) *Maqam Cinta-Nya buat "kaum Khusus"*

3) *Maqam Cinta-Nya buat "insan Istimewa"*

Cinta-Nya bagi golongan "muslim awam" adalah berbeza Cinta-Nya yang dikhususkan-Nya buat golongan "Khawas".

Cinta-Nya buat golongan Khawas pula adalah jauh berbeza Cinta-Nya yang dikhususkan buat golongan "Khawas al Khawas" ..

*PEMBAHAGIAN MAQAM INSAN MUSLIM*

1) *Kaum Awam* : _Manusia muslim yang kebanyakkan, ahli taat, ahli maksiat, dan umat muslim dua alam : taat & maksiat bercampur._

2) *Kaum Khusus* : _Para Abid, Ustaz, para Ulama, para Salik Sufi (mutabi) & Ahli Tarekat (newbie)._

3) *Kaum Istimewa* : _Para Arifbillah Sufi, Ahli Hakekat, Ahlilah, dan Wali Wali-Nya._

*CINTA-NYA BUAT GOLONGAN AWAM©*
a) Golongan 'awam' berusaha memperolehi Cinta Allah SWT dengan cara batas batas kemampuannya sebagai muslim yang awam seperti yang dijelaskan pada hadis di atas.

*CINTA-NYA BUAT GOLONGAN KHUSUS©*
b) Golongan 'Khusus' (Khawas @ Abid dll) pula, mereka berusaha memburu Cinta Allah dengan cara mereka sendiri yang tersendiri mengikut batas batas kemampuan bakat bakat diri mereka di sisi pandangan Allah SWT.

*CINTA-NYA BUAT GOLONGAN ISTIMEWA©*
c) Sedangkan golongan Istimewa (Khawas al Khawas @ Ahlullah Arifbillah) pula, mereka mencari Cinta Allah dengan bakat bakat yang telah Allah anugerahi di dalam hati hati mereka, lalu mereka berpandukan "kurniaan Allah" (Cahaya di dalam hati) tersebut mereka menuju _"Jalan Jalan Kehampiran"_ kepada Cinta Allah SWT cara yang berbeza dari jalan-jalan golongan 'awam' & 'khawas'.

Maka _golongan awam, golongan khusus_ dan _golongan Istimewa_ ini memperolehi *🔱Cinta Allah SWT🔱* dengan cara kaedah yang berbeza-beza mengikut maqam iman dan bakat bakat cahaya yang ada di dalam hati hati mereka yang bertingkat tingkat level maqamnya itu.

Maka Cinta yang mereka akan perolehi daripada Allah SWT pun nanti akan bertingkat-tingkat maqam kualiti Cinta-Nya buat 3 golongan yang disebutkan di atas ini. wallahu'alam. (p.m.s) 🔱

No comments:

Post a Comment