Monday, 1 January 2018

SUFI - Damasutra (Disebalik Lirik - Mengenal Cinta)

SUFI - Damasutra
(Disebalik Lirik - Mengenal Cinta)
🔹Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka… Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada… Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia… Biar rebah dihina kau tak berubah…
Maksudnya~~Sufi diertikan sebagai seorang hamba Tuhan yang mencari Cinta TuhanNya dan sudah mencapai maqam makrifat dan mengenal sifat2 Tuhan dan mengESAkan hak-hak Allah dalam setiap martabat wujud pada dirinya dan alam jagat ini, seorang yg warak, dan wali Allah.
Lagu ini menceritakan tentang seorang hamba yang telah bertemu dengan cinta Allah, yang telah dibuka hijab oleh Allah dan dibalas Cinta Allah kepada dirinya yg dengan anugerah itu dia mendapat menikmati rasa Cinta/Mahabbah yang tulus dan murni dari ta'luq Al-Wadud..sehingga serahan pemilik Cinta itu mengakibatkan sang hamba terlalu asyik dgn tajalli Sifat Al-Wadud Allah (Maha Pencinta). Kerana asyik itulah dia tenggelam dalam lautan cinta hingga tidak lagi memandang dan merasai dirinya..fana dia..lebur diri dalam kecintaan hingga dia rela diuji walau apapun syaratnya dari cinta hatinya..Tuhannya.. sehingga dia sanggup meninggalkan kemewahan dunia semata-mata kasihkan Allah, sanggup mengorban jiwanya, hartanya, tidur lenanya dimalam yg sejuk, lapar dahaganya, dan apapun syarat Sang Kekasih terhadapnya. Biarpun dihina..biarpun dicemuh..dimaki..dikeji.. ditimpa musibah sekalipun..dia pasti tidak akan berubah dari Cinta Tulusnya kepada Kekasih hatinya.
🔹Kau menguasai selautan… Yang tersembunyi di genggaman… Nafi dan isbat kau sandingkan… Sebagai tali pegangan….
Maksudnya ~~Mereka yang telah tenggelam dan asyik dengan cinta Allah pastinya telah menguasai hakikat keluasan sifat-sifat Jalal dan Jamal Tuhannya yg seluas lautan sifat dan ilmunya tak pernah habis dan selesai sampai bilapun.. letih menghurai dan meneliti...yang mana rahsia ketuhanan itu tersembunyi di dalam dirimu dan alam jagat ini. Mengenali Yang Maha Tersembunyi (ALLAH). Firman Allah dalam hadis Qudsi: “Aku adalah Yang Terpendam dan Tertutup. Aku ingin dikenali dan ditemukan. Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenal-KU”.
Nafi dan Isbat… itulah kalimah agung LAAILAHAILLALLAH yang bermaksud “tiada Tuhan (nafi dan menafi akan yg selain Allah itu memiliki zat dan sifat dan Asma dan Afaalnya ) melainkan Allah (Isbat dan mengitsbat hanya keESAan milik Allah semata)..itulah Akidah yg terpendam didalam jiwa Sufi hingga layak dia dicintai Allah.
🔹Sufi kau hilang di pandangan…. Ada di dalam kenikmatan…. Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah…. Andai tertutup tirai sufi…. Yang terang tidak nampak terang…. Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan…
Maksudnya ~~Nikmat yang hakiki adalah apabila seseorang hamba itu berada dalam fana Lillah sehingga tercapainya maksud kebersamaan Allah dengan dirinya. Firman Allah "Dan Dia(Allah) BERSAMA kamu dimana saja kamu berada"(Surah al-Hadid). Hal itu bermaksud kerana keasyikan dengan Cinta Tuhan..sang hamba telah dapat menyaksikan lambang Cinta Tuhan dan KeESAan hak-hak Tuhan pada setiap zarah diri jasadnya dan Rohnya..hingga tiada satupun dia memandang datang dari hak dan milik dan tadbir dirinya..hilang dirinya dan keESAan milik kesemua dirinya dan alam jagat ini hanya yang layak memilikinya ialah Allah swt..Cinta hatinya..maka hilang dia dari pandangan..asyik dengan Cintanya..dan menikmatinya..lebih daripada nikmat malam pertamanya. Keadaan itu hanya berlaku apabila hijab sufi tersingkap. Hilanglah diri insan…tajalli/manifestasi pula ALLAH yakni insan itu lenyap bersama ALLAH…tenggelam dalam kenikmatan dan keredhaan. Para sufi menganggapnya sebagai kesempurnaan seorang insan yang luhur….
Kadangkala hijab sufi akan kembali berlabuh tirainya. Kita tidak dapat merasai dan menikmati rasa Wujud Allah kerana hijab diri kita..hingga kedekatan keberadaan Allah yang jelas dan terang terhijab dari pandangan hati dan indera matamu. Kerana tiada Cinta dihatimu..kerana Dunia Cintamu...cintai selain Dia. Tiada apa yang dapat dilihat melainkan dunia. Itulah siksa yang menyakitkan. Siksa apabila tidak bertemu dengan Kekasih hati…Siksa Neraka kejauhan kerana dijauhkan daripada merasai Ada Wujud Allah disisimu. Hatta dalam solatmu pun tidak bersama denganNya...Dia amat cemburu...kalau ada cinta pada selain Dia...maka tiadalah Dia disisimu...itulah Neraka didunia..ketika tidak merasa Wujud DiriNya...dlm kedekatan dirimu.
🔹Inginku tempuh titianmu…. Dari kekasih ke kekasih…. Pengabdianku bersamamu kasih…. Biar rebah dihina kau tak berubah…~~
Maksudnya ~~Apabila telah berada dalam maqam ma’arifatullah…yakni mengenali hak-hak ketuhanan dan keESAanNya..pastinya keadaan itu bagaikan menggamit kerinduan.
~~Dari kekasih ke kekasih memberi makna tentang DIRI rohani dan ALLAH. Roh manusia adalah yang telah berjanji awal dulu dialam arwah dulu untuk tetap setia..sebagai kekasih awal dan akhir..kekasih zahir dan batin..tetapi ketika diuji kedalam zhulumat/kegelapan jasad dan alam...kesetiaannya pudar. Ketika diuji oleh kekasihnya... yang kelihatan hanya selain Allah..dalam rupa yang berbeza dan berbilangan..dia tidak mengenali rupa sifat-sifat yang datang dalam pelbagai rupa bentuk yg berbeza itu. Asyik pula dengan godaan yang disangka selain kekasih awalnya... Allah...Allah..Allah..tertipu dia dengan rupa zahir itu...
Tapi bagi yang makrifat dan yang mengenali...dia tetap kenal kekasihnya walaupun dalam tajalli berbeza-beza..kerana Cinta yang tak pernah pudar itulah dia tetap mengenali kekasihnya..tetap bersama kekasihnya dalam rupa kepelbagaian martabat wujud yang datang padanya..isterinya..sahabatnya..musuhnya..iblis..jin.. malaikat..aku tetap mengenaliMu..kerana Engkau kekasihku...walaupun kelihatan rupa yg berubah dan kepelbagaian..aku tahu itu Engkau...
Biarpun dihina oleh golongan yang cintakan dunia, namun pengabdian suci itu tetap kekal dan utuh. Tidak akan goyah duduknya. Umpama karang di dasar lautan…kasihku takkan berubah~
Wallau a'lam..

No comments:

Post a Comment