Wednesday, 24 January 2018

sentiasa nampak satu sahaja yaitu kebaikan bukan keburukan .

Sebesar besar ikan, segemuk gemuk isi ikan pasti ada tulangnya. Maka ambil isi buangkan tulangnya. Begitulah kita manusia sebaik baik manusia sudah pasti ada jugak keburukan dan kekurangan pada diri masing masing. Maka ambil lah kebaikan tinggalkan keburukan. Jangan kerana satu keburukan sembilan puluh sembilan kebaikan terus dilupakan. Allah menjadikan kita satu mata kanan satu mata kiri. Mata kanan untuk melihat kebaikan , mata kiri untuk melihat keburukan. Tetapi pada pandangan tetap nampak satu tidak nampak dua berasingan. Kerana itulah cara Allah mendidik kita supaya sentiasa nampak satu sahaja yaitu kebaikan bukan keburukan .

No comments:

Post a Comment