Friday, 26 January 2018

berkaitan Nur Muhamad

Dalam sebuah kitab Quran tidak ada satu pun keterangan yang dapat dijustifikasikan perkara berkaitan Nur Muhamad, bahkan surah ke 47 dinamakan Surah Muhamad juga tiada keterangan yang boleh dihubungkaitkan dengan perkara tersebut. Sekiranya perkara berkaitan Nur Muhamad ini menjadi satu kemestian maka sudah tentu perkara ini dinobatkan oleh Baginda Muhamad sendiri melalui syari'at yang ditunjuk oleh baginda, paling tidak ianya menjadi rukun atau asas dalam makrifat dan juga diamalkan pada perbuatan syari'at. Seperti bertayammum di mana perbuatan tersebut menunjukkan manusia itu daripada tanah [merujuk pada zuriat Adam sahaja] iaitu berbalik pada usul kejadian manusia [jasad/tubuh kasar].
Allah itu Maha Adil, keadilan Allah meliputi setiap ciptaanNya termasuklah kejadian manusia secara amnya. Tiada seorang pun yang terkecuali daripada sifat adil Allah tersebut. Jika Muhamad memiliki nurnya lalu nabi-nabi lain juga memiliki nur masing-masing sepertimana Muhamad. Didapati begitu jarang pendukung makrifat membicarakan nur nabi-nabi lain selain nur Muhamad, nur nabi Idris, nur nabi Nuh, nur nabi Shuib, nur nabi Yakob, nur nabi Musa, nur nabi Isa dan lain-lain lagi, bila waktukah nur mereka ini berperanan sepertimana nur Muhamad?

No comments:

Post a Comment