Saturday, 27 January 2018

Allah hanya meredhai diri Muhammad

kita ini sebetulnya mencari keredhaan Allah atau sebetulnya kita ini meredhai segala takdir yang telah Allah tetapkan untuk kita?. 
Sebetulnya kita ini wajib meredhai segala takdir yang telah Allah tetapkan untuk kita, barulah Allah meredhai akan diri kita. Kerana redha itu sesuatu yang bukan untuk dicari tetapi sesuatu yang wajib kita meredhai. Sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Fajar :
Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai, masuklah ke dalam golongan hamba hambaku. Dan masuklah ke dalam syurgaku (ayat:27-30)
Apabila kita sudah redha dengan takdir yang telah Allah tetapkan untuk kita maka barulah Allah meredhai kita. Hanya diri Muhammad sahaja yang boleh redha atas segala takdir yang telah Allah tetapkan dan Allah hanya meredhai diri Muhammad sahaja. Maka jadikan dirimu itu diri Muhammad nescaya selamatlah kamu . Ingatlah syurga dan neraka itu letaknya pada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment