Wednesday, 24 January 2018

KITAB RAHSIA TO'KU PALOH


TEROKAI SUFI, HAKIKAT DAN MAKRIFAT
KITAB RAHSIA TO'KU PALOH
MEMPERSEMBAHKAN KITAB RAHSIA TO’ KU PALOH
Bismillah Hirrohman Nir Rohim.
~ Adapun syariat itu kenyataan Af’al Allah.
~Adapun Thariqah itu kenyataan Asma’ Allah.
~Adapun Hakikat itu kenyataan Sifat Allah.
~Adapun Makrifat itu kenyataan Zat Allah.
Soalan-
Syariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu dimana tempat pada diri kita??
Jawab:
~Adapun syariat itu nyata pada tubuh kita.
~Adapun tarikat itu nyata pada hati kita.
~Adapun hakikat itu nyata pada nyawa kita.
~Adapun makrifat itu nyata pada rahsia kita dan bahawasanya:-
~Tubuh itu kenyataan Af’al Allah.
~Hati itu jadi kenyataan Asma Allah.
~Nyawa itu jadi kenyataan Sifat Allah.
~Rahsia itu jadi kenyataan Zat Allah.
Soalan-
Syariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu kejadian daripada apa?
Jawab:-
~Adapun kejadian syariat itu daripada air.
~Adapun kejadian tarikat itu daripada angin.
~Adapun kejadian hakikat itu daripada bumi ( Tanah )
~Adapun kejadian Makrifat itu kejadian daripada terang api.
Soal-
Syariat itu kejadian daripada air,adakah air sungai,air hujan,laut,telaga atau lain2 lagi?
Jawab:-
Adapun yang dikatakan syariat itu daripada air bukan seperti air yang tersebut
itu,sebenarnya ialah Nur Muhammad.
Soal-
Tarikat itu kejadian daripada angin,adakah angin bertiup-tiup atau angin
utara,selatan,timur,barat atau sebagainya??
Jawab:-
Adapun Tarikat itu dikatakan daripada angin tidak sebagaimana angin yang tersebut
diatas itu,Sebenarnya ialah Nafas Muhammad.
Soal-
Hakikat itu kejadian daripada tanah. Adakah tanah seperti tanah liat,tanah bukit,kuning Pasir dan lain lain lagi?
Jawab:-
Adapun hakikat itu dikatakan tanah,bukan seperti tanah yang tersebut,sebenarnya ialah
Tubuh Muhammad.
Soal-
Makrifat itu kejadiaan daripada terang api,adakah seperti matahari,bulan,api biasa atau lampu atau api elektrik?
Jawab:-
Sebenarnya bukan seperti api yang tersebut,Sebenarnya ialah darah Muhammad.
~Adapun kejadian diri kita yang zahir ialah asalnya 4 anasir iaitu
tanah,air,api &angin,maka keempat2 itu asalnya 1 jua iaitu asal tanah air,asal air angin,asal angin api,dan asal api itu ialah Nur Muhammad dan Nur Muhammad itu pula Nur Allah.
Adapun diri yang zahir itu kepada kita seperti berikut dibawah ini:-
~Bermula tanah itu menjadi daging pada kita.
~Air itu menjadi tulang pada kita.
~Angin itu menjadi urat pada kita.
~Api itu menjadi darah pada kita.
Maka masing2 ini kerjanya didalam sembahyang.
Soal-
Tanah,air,api dan angin itu apa kerjanya di dalam sembahyang?
Jawab:-
~Adapun Af’al api itu berdiri didalam sembahyang.
~Adapun af’al angin itu rukuk didalam sembahyang.
~Adapun af’al air itu sujud didalam sembahyang.
~Adapun tanah itu duduk di dalam sembahyang.
Maka keempat2 itu dinamakan dia jasmani ertinya tubuh yang zahir.
Adapun nyawa jasmani itu rohani,maka yang bernama rohani itu tubuh Muahammad
hakikat,kerana tubuh Muhammad itu tiada bercampur dengan keempat2 anasir itu,hanya
semata2 tubuh Muhammad itu rohani.
Soal-
Apa nama tubuh kita apa nama nyawa kita?
Jawab:-
Adapun tubuh kita bernama jasmani dan nyawa kita bernama rohani, maka yang bernama
rohani itu lah tubuh Muhammad, sebab itulah kita beroleh bangsa daripada tubuh
Muhammad,maka tiap2 sesuatu yang dibangsakan dengan tubuh Muhammad itu
diharamkan atas api neraka,dan sebab itulah maka tiada boleh meninggalkan sembahyang
5 waktu,nescaya putuslah bangsa itu melainkan sebangsa dengan binatang jua adanya.
Sabda Nabi SAW
Barang siapa keluar masuk nafasnya dengan tiap2 keluar masuk dengan tiada zikir
Allah,maka sia sialah ia.
Bermula nafas itu atas 2 langkah-satu naik-kedua turun,maka tatlaka naik itu sampai
kepada tujuh petala langit maka berkata ( Wan Nu rul yajri ilal ardhi pakhola Huwallah )
Dan tatkala turun sampai kepada tujuh petala bumi maka nafas nabi itu puji Allah,tatkala
masuk nafas itu namanya puji HU. Tatkala ia berhenti seketika antara keluar dan masuk
nafas namanya puji AH-AH,dan ia tidur atau mati nafas HAKH dalam,maka ingatlah
olehmu akan memelihara nafas itu,dengan menghadirkan makna ini sentiasa,didalam
berdiri,duduk dan diatas barang yang diperbuat hingga memberi bekas pada sekelian
badan dan limpahlah segala anggotanya,maka apabila tetaplah tilik hatimu maka jadilah
anggota hidup didalam 2 negeri yakni dunia dan akhirat dan bahagiakan Allah baginya
pintu selamat sejahteralah ia didalam dunia dan akhirat dianugerahkan Allah Taala
mereka itu sampai kepada martabat segala nabi dan segala muslimin dan mengharamkan
Allah Taala tubuh nya dimakan api neraka dan badan pun tidak dimakan tanah didalam
kubur,maka engkau tetaplah dengan hati wahai saudaraku pada hal jangan engkau
daripada orang yang lupa.Mudah mudahan dibahagikan Allah Taala atasmu,dengan
bersedapan hingga sampai kepada ajal kamu.
Adapun Nafas kita keluar masuk pada sehari semalam iaitu pada siang 12000 dan pada
malam 12000,Inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam iaitu pada siang 12 jam malam
12 jam.Demikianlah juga huruf Kalimah La Ilaha Ilallah dan huruf Muhammad
Rasullullah masing2 mempunyai 12 huruf berjumlah semua 24 huruf semuanya.
Maka barangsiapa mengucap dengan sempurna yang 7 kalimah ini nescaya ditutup Allah
Taala pintu neraka yang 7 juga.
Barangsiapa mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampun Allah Taala
dosanya yang 24 jam,inilah persembahan kita kepada tuhan kita yang tiada berkeputusan
yang dinamai sembahyang Daim dan Puasa itu melakukan nafsu batin dan zahir.
Sabda Nabi SAW
( Ana min Nurrullah wal alami Nurri )
Ertinya- Aku daripada Allah dan sekelian alam daripada aku,
sebab itulah dikatakan ( Ahmadun Nuril Arwah ) ertinya-Muhammad itu ibubapa sekelian arwah dan dikatakan (Adam Abu Basar ) ertinya- Bapa sekelian tubuh.
Adapun yang dikatakan sebenar benarnya fardhu itu ialah nyawa,kerna nyawa itu
memerintah kepada badan kita,jikalau digerak Allah nyawa itu bergeraklah badan kita.
Adapun Awal Muhammad itu Nurani. Akhir Muhammad itu Rohani. Adapun zahir Muhammad itu Insani.
Adapun Batin Muhammad itu Rabbani.
Adapun awal Muhammad itu nyawa oleh kita.
Adapun akhir Muhammad itu hati kepada kita.
Adapun zahir Muhammad itu rupa oleh kita.
Adapun batin Muhammad itu ujud oleh kita.
Adapun yang bernama Allah itu sifatnya.
Adapun yang bernama Sebenar-benar Allah itu zat wajibal Ujud
Adapun yang bernama insan itulah nyawa.
Adapun yang sebenar-benar insan itu manusia yang tahu berkata-kata adanya.
Maka inilah suatu risalah yang tersimpan daripada perkataan usul takhlik jalan segala
orang yang mengenal Allah Taala.
Soal-
Tatkala manakah ia bernama ‘ HU’ dan tatkala manakah ia bernama ‘ Allah ‘ dan
tatkala manakah ia bernama ‘ Rahman ‘.
Jawab:-
Tatkala ‘La Takyin’ tiada nyata ia bernama ( HU ) dan tatkala ‘La Takyin’ Awal
nyatanya ia bernama ( Allah ) dan tatkala ‘La Takyin’ Sani kenyataan ia bernama
( Rahman )
Soal-
Akan La Takyin itu martabat apa dan Takyin awal martabat apa dan Takyin Sani itu martabat apa?
Jawab:-
Adapun La Takyin itu martabat zat mutlak dan akan Takyin awal itu martabat
zat( Muqaiyyid pertambatan) dan akan takyin sani itu Sifat ( Muqaiyyid )
Soal-
Mana yang bernama zat mutlak dan mana yang bernama zat Muqaiyyid dan mana yang bernama Sifat Muqaiyyid?
Jawab:-
Adapun yang bernama Zat Mutlak iaitu (Qaibal Quyub) atau lenyap.Maka zat Muqaiyyid
itu Muqaiyyid dengan sifat dan asma dan Muqaiyyid dengan alam ini.
Soal-
Apa sebab 3 martabat itu dikatakan oleh pendita,tiada ia kepada baharu ujud?
Jawab:-
Kerana martabat yang 3 itu sebab ia ketuhanan hak Taala daripada ujudnya dengan
cahaya dan jauhar dan a’rad supaya jangan sama.
Soal-
Betapa beza hakikat Muhammad dengan Hakikat Insan?
Jawab:-
Adapun Hakikat Muhammad dengan Insan itu umpama sumbu maka ada nyala di hujung
sumbu itu,demikian juga hakikat Muhammad dengan Insan,maka yang lain itu hakikat
Allah maka sempurnalah hakikat Makrifat diri kita dengan dia.
Soal-
Ahdiat,Wahdah,Wahdiat itu ketuhanan kepada Allah??
Jawab:-
Satu ketuhanan zat,kedua ketuhanan sifat,ketiga ketuhanan Af’al asma’
Soal-
Akan alam roh,alam misal,alam ajsam,alam insan,apa kepada Allah Taala?
Jawab:-
Adapun alam roh,alam misal,alam ajsam dan alam insan itu rohul Qudus kerana ia
teladan segala hakikat.
Soal-
Apa martabat Rohul Qudus??
Jawab:-
Bayang hak Allah kerana Pusaka ia yang Asa
Soal-
Apa pusaka mutlak atau pusaka zat Muqaiyyid?
Jawab:-
Iaitu pusaka zat mutlak pandangan zat Muqaiyyid kerana 2 tilik,
1) Tilik keatas maka iaitu Mutlak
2) Tilik kepada Ujudnya iaitu zat Muqaiyyid
Soal-
Apa martabat Muhammad itu kepada kita tilik kita?
Jawab:-
Adapun martabat Muhammad itu kepada kita Roh Idofi dan akan kita Sir Qalbi.
Soal-
Muhammad itu apa kepada Allah dan apa kepada insan?
Jawab:-
Adapun akan Muhammad tilik takyin kepada Allah Taala khatam isyarat kepada kita.
Soal-
Betapa isyarat kepada kita? ( Makfirat )
Jawab:-
Adapun isyarat makrifat itu kepada kita atas 4 hal:-
1) Musyahadah
2) Murakhobah kita
3) Muqarannah
4) Muqabalah
Inilah pekerjaan yang dikerjakan oleh ulamak.
Soal-
Apa sebab dinamakan dengan Musyahadah,Muraqobah,Muqaranah,Muqabalah?
Jawab:-
Adapun sebab itu kerna ia menghasilkan zikir kepada rahsia yang mengzahirkan Baqa
maqam rahsia.
Soal-
Muhammad itu apa ia kepada Allah dan Allah itu apa ia kepada Muhammad?
Jawab:-
Adapun Muhammad itu sifat Allah dan Allah itu zat kepada Muhammad.
Soal-
Hakikat Muhammad itu apa ia dan insan apa ia?
Jawab:-
Adapun sebenarnya diri itu sifat Muqaiyyid ialah yang dinamakan ‘ Akyan Sabitah’
maka Akyan Sabitah itu Hak Allah Taala disempurnakan dengan Hak Allah.
Soal-
Apa dinamakan Hak Taala itu?
Jawab:-
Adapun yang dinamakan Hak Taala yang tiada betapa dan tiada meminta.Inilah
sebenarnya Hak Taala tiada baginya peri,maka hak Taala ( Peri yang maha tinggi )
Soal-
Betapa hak kita kepada Allah Taala?
Jawab:-
Adapun hak kita kepada Taala itu bayang kepada haknya adapun hak kita serahlah akan
bayang-bayangnya.
Soal-
Maka hak itu pula apa kepada kita?
Jawab:-
Apapun hak itu kepada kita zat sekali2.
Soal-
Betapa dikatakan oleh segala ahli hakikat hak Taala itu tuhan kita?
Jawab:-
Sebab dikatakan itu kerana tatkala menilik dirinya menjadi tubuh insan kerana inilah
pihak dikatakan ia tuhan dan pihak ujudnya dikatakan zat.
Soal-
Adakah zat itu berzat pula kepada hakikat Muhammad itu adakah ia berzat?
Jawab:-
Adapun hakikat Muhammad itu hakikat Allah itulah sekali2 ditilik.
Soal-
Apa sebab maka segala insan itu termulia kepada Allah daripada yang dijadikan?
Jawab:-
Adapun manusia termulia dari kerana Rohul Quddus.Inilah dimuliakan Allah Taala.
Soal-
Roh Quddus itu nyawa siapa?
Jawab:-
Adapun roh Quddus itu nyawa Muhammad dan hakikat insan ia,maka sekelian itu ialah
memerintah sekelian isi langit dan bumi.
Soal-
Apa yang nyata Muallim itu?
Jawab:-
Adapun yang nyata di dalam Muallim itu Roh Idofi iaitu cermin yang suci.
Soal-
Apa sebab Roh Idofi itu dinamakan cermin yang maha suci.Dan ditaksilkan dengan
cermin yang maha suci?
Jawab:-
Adapun roh idofi itu ditaksilkan cermin kerana ia nyata bayang2 yang didalam cermin
sebab itulah maka dinamakan cermin.
Soal-
Apa sebab roh Quddus bayang2 Hak Taala?
Jawab:-
Kerana inilah maka dikatakan ia nyawa Muhammad iqtiqad Ulama’.
Soal-
Kerana apa hak Taala itu nyawa kepada insan?
Jawab:-
Kerana teladan ujudnya Hak Taala serupa dengan ujudnya yang berujud insan itu,tetapi
dia dialam bahawa alam tiada berupa.Inilah dikatakan serupa tiada lain yang diserupakan
kerana harus pada akal dan lafaz mengatakan:-
“Nutasabiha wa pairi mutasabih”
Soal-
Ujud yang mana serupa dengan insan itu,Ujud Mutlak atau Ujud Muqaiyyid?
Jawab:-
Adapun ujud yang serupa dengan insan itu ujud Muqaiyyid jua.
Soal-
Yang mana dinamakan Ujud Muqaiyyid itu?
Jawab:-
Inilah Ujud Allah Taala hakikat ujud insan yang dinamakan Muqaiyyid itu kerana ialah
pertambatan hak Taala
Soal-
Apa sebab hak Taala dikatakan oleh segala ahli hakikat dan segala ahlillah insan itu hak Taala?
Jawab:-
Kerana mengzahirkan akan dirinya kepada insan sifat Allah,Itulah sebab dikatakan itu.
Soal-
Adakah hakikat bertakyin itu sampai ‘Makrifat’ insan itu kesana atau tiadakah?
Jawab:-
InsyaAllah Taala.Mudah mudahan dikurniai hal keadaan yang demikian.
Ketahuilah olehmu hai orang yang menuntut ilmu, jangan syak wasangka.Seperti kata
Ahdah zat,Wahdah sifat Allah,Wahdiat Asma’ Allah,alam roh,alam misal,alam
ajsam,alam insan itu af’al Allah dan af’al Allah itu tubuh pada kita.Asma Allah itu hati
pada kita,Sifat Allah itu nyawa pada kita dan zat Allah itu Sirr pada kita yakni rahsia
pada kita.
Adapun Sirr itu pada kita tempat tajali zat Allah roh pada kita tempat tajali sifat Allah
hati pada kita etmpat Tajali Asma’ Allah, tubuh pada kita tempat tajali Af’al Allah
Adapun sempurna niat tiada diatas tiada dibawah tiada dikanan tiada dikiri tiada
dibelakang tiada dihadapan.
Ertinya:- Asa kan sama dengan akalmu lenyapkan badanmu dengan nyawamu,pejamkan
pandanganmu mata disana,lumatlah rupamu ertinya barang siapa menghasilkan kata
empat itu didalamYakni fikirannya.Nama ( Khassa khass )
Diri Batin:-
Adapun diri yang batin itu iaitu nyawa daripada anasir yang batin iaitu ujud,ilmu nur
suhud yang dinamai ia insan hakikat.Adapun diri kita yang zahir itu umpama sebuah
perahu diperintah oleh nahudanya.Masing2 perahu masing2 nahudanya.
Adapun 7 sifat itu ialah Hayat,Ilmu,Kudrat,Iradat,Samak,Basar,Kalam maka yang 7 sifat
dikurniakanAllah Taala kepada nyawa kita supaya kuasa ia memerintah tubuh kita itu
kerana bahawa tubuh kita itu semata-mata wayang kulit tiada mempunyai perintah
melainkan dengan perintah Dalang.Dan adalah nyawa itu umpama pesawatnya kerana
dalang itu jika tiada pesawat nescaya tiada zahir hikmat dalang itu maka jangan lah
terhenti memandang pesawat itu( Makrifat yg sebenar2 nya.)
Kerana itu tiada bercerai dalang dengan wayang dan wayang tiada bercerai dengan
dalang jikalau bercerai nescaya binasa wayang itu tiada berketahuan lagi.Demikianlah
keadaan hamba dengan tuhan sentiasa tiada bercerai daripada azali datang kepada Abda.
Inilah pasal menyatakan sembahyang dan mengetahui asal sembahyang dan mengetahui
segala Fardhu sembahyang.
Soal-
Jika ditanya orang sembahyang itu dengan solat,satu namakah atau berbeza?
Jawab:-
Adapun pada pihak lafaznya itu berbeza tetapi pada pihak maknanya satu jua.Tetapi yg
dinamakan solat itu penerimaan adapun dinamai sembahyang itu pada pekerjaan yg zahir.
Soal-
Jika ditanya orang apa asalnya Subuh 2 rakaat,zohor 4 rakaat,asar 4 rakaat,maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat?
Jawab:-
Adapun sembahyang subuh itu 2 rakaat kerana kenyataan zat dan sifat.Sembahyang
Zohor 4 rakaat kerana Tajali Tuhan itu 4 perkara iaitu
Hayat,Kudrat,Ilmu,Iradat,Sembahyang Asar 4 rakaat kerana asal Adam itu 4 martabat
iaitu Tanah,air,api,angin.Dan sembahyang maghrib 3 rakaat kerana 3 perkara
Ahdah,Wahdah,Wahdiyat ertinya (Allah,Muhammad,Adam ) dan sembahyang Isyak 4
rakaat iaitu ( Di,Wadi,Mani,Maknikam )
Soal-
Jika ditanya orang kepada kita sembahyang itu apa faedahnya kepada kita yang
mengerjakan dia itu dan apa kehendak kita?
Jawab:-
Adapun disuruh kita sembahyang itu iaitu tiada memberi manfaat kepada Allah Taala dan
tiada mengambil faedah atasnya.Adapun faedahnya sebab kita mengerjakan sembahyang
itu sebab kita sebenar2 hamba lagipun kita mengaku akan Allah Taala itu Tuhan yang
sebenar2nya lagi Asa ia zatnya,sifatnya,Af’alnya,iaitu seperti firman Allah didalam Al-
Quran:-
(Alastu Birobbikum Kholu Bala )
Ertinya- Bukankah aku tuhanmu,maka sembah segala zuriat(engkaulah lah tuhan kami )
Maka hendaklah kita sembahyang itu dengan ikhlas,ertinya tiada sebab berkehendak
syurga dan sebab takut akan neraka hanya kita ini martabat kehambaan maka Allah itulah
tuhan kita yang sebenar2nya jika tiada demikian itu nescaya berdosalah kita dengan tuhan
kita.
Soal-
Berdiri didalam sembahyang itu apa asal?
Jawab:-
Bermula berdiri itu daripada api asalnya.Rukuk itu angin asalnya.Sujud itu Air
asalnya.Duduk itu Tanah asalnya.
Soal-
Api,angin,air,tanah itu apa pada kita?
Jawab:-
Adapun api itu nyawa kita,angin itu jadi nafsu kita,air itu jadi darah kita,tanah itu jasad
yakni badan kita.
Soal-
Berdiri itu perbuatan apa,rukuk itu perbuatan apa,sujud itu perbuatan apa,duduk itu perbuatan apa?
Jawab:-
Adapun berdiri itu kebangkitan pada nyawa,rukuk itu kebangkitan pada nafsu,sujud itu
kebangkitan pada darah dan duduk itu kebangkitan pada jasad kita
Inilah af’al nabi SAW.Rasullullah kepada Abu Bakar,Omar,Osman,Ali ( Radiallah )
maka sabdanya barang siapa mengetahui Tajali waktu ini maka sempurnalah sembahyang
dan makrifatnya.Dan jika tiada diketahui maka tiada sah sembahyang dan
makrifatnya.Maka inilah yang bernama Fardhu.Maka inilah yang asal fardhu dan juga
inilah Tajali waktu maka sembah Ali Ya Junjunganku.Apa sebab Subuh 2 rakaat,zohor 4
rakaat,asar 4 rakaat,maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat.Maka sabda nabi,Ya Ali,Subuh 2
rakaat kenyataan zat dan sifat,waktu zohor 4 rakaat kerana tajali Tuhan 4 perkara
Ujud,Ilmu Nur,Suhud.Waktu Asar 4 rakaat kerana 4 perkara,Tanah,air,api,angin.Waktu
maghrib 3 rakaat kerana tajali 3 perkara Ahdah,Wahdah,Wahdiat ertinya
Allah,Muhammad,Adam(Zat,Sifat,Af’al).Waktu Isyak 4 rakaat kerana tajali Hamba itu 4
perkara ( Di,Wadi,Mani,Maknikam ).
Soal-
Jika ditanya orang mana asal sembahyang itu?
Jawab:-
Adapun asal sembahyang itu ( 4 ) Tanah,air,api,angin.
Soal-
Jika ditanya orang apa perbuatan sembahyang itu?
Jawab:-
1) Kiyam yakni berdiribetul
2) Rukuk
3) Sujud
4) Duduk iaitu yakni tetap.
Maka kiyam itu yakni berdiri betul iaitu af’al api,kerana api menyala betul berdiri.
Rukuk itu pula af’al angin kerana angin itu condong betul.
Sujud itu af’al air kerana air itu menolak kebawah dan duduk pula af’al tanah kerana
tetap dibawah.
Soal-
Jika ditanya orang 5 waktu itu keluar daripada apa?
Jawab:-
Bermula 5 waktu itu keluar daripada Alif,Lam,Ha,Mim,Dal.( 5 huruf )
Soal-
Jika ditanya orang 5 waktu keluar dari apa,Zohor,asar,maghrib,isyak?
Jawab:-
Adapun waktu zohor itu daripada huruf ( Alif )Asar itu daripada huruf ( Lam ),Maghrib
itu dari huruf ( Ha ),Isyak itu dari huruf ( Mim ) waktu subuh pula dari huruf ( Dal ).
Soal-
Jika ditanya orang apa sebab bacaan waktu zohor dan asar tidak dinyaringkan dan apa sebab waktu maghris,isyak,subuh bacaan dinyaringkan?
Jawab:-
Sebab waktu zohor keluar dari huruf ( Alif ).Waktu Asar keluar dari huruf ( Lam ) maka
huruf alif dam huruf lam keluar daripada lafaz nama Allah.Kerana Alaah Taala tiada
bertakyin kerana batin adanya.Maka sebab itulah sembahyang zohor,asar itu
disembunyikan yakni tiada dinyaringkan.Adapun waktu maghrib,isyak,subuh itu
dinyaringkan kerana waktu yang 3 itu keluar daripada huruf ( Ha,Mim,Dal )kerana 3
huruf ini huruf Muhammad ( SAW )
Kerana Muhammad itu tuhan takyin dan segala takyin itulah mengzahirkan nama Allah
dan takyin itulah juga menyatakan zat,sifat,af’al daripada nyatanya.
Itulah sebab sembahyang maghrib,isyak,subuh dinyaringkan,kemudian disembunyikan
segala takyin itu daripada takyin.Maka kembalilah kepada takyin seperti sabda nabi(Alan
Kama) kata takyin sekarang pun dahulu jua tiada bertakyin juga.Kerana zahir itu kembali
kepada yakin pertamanya.Maka kita bertafakur kemudian disunyikan,barangsiapa tahu
akannya hakikat yang demikian,maka tahulah ia akan hakikat sembahyang.Sekian
adanya.
Bismillahhirrohmanirrohim
Ini pasal menyatakan kiblat orang sembahyang itu 3 perkara:-
1) Kiblat tubuh
2) Kiblat hati
3) Kiblat nyawa
1) Adapun kiblat tubuh itu atau kiblat dada itu kaabah,maka segala orang yang
sembahyang hendaklah mengadapkan kiblat ini.Jikalau tiada kiblat ini maka tiada
sah sembahyangnya.Maka hendaklah dadanya,segalanya
anggotanya,urat,daging,darah,tulang semua segala anggotanya sebab difardhukan
oleh Allah Taala segala orang islam mengadapkan dia maka sah sembahyangnya.
2) Kiblat Hati:-Adapun kiblat hati itu kepada tuhan Kaabah Allah maka hendaklah
kita iktikadkan Allah Taala tiada dikanan,tiada dikiri,tiada dihadapan,tiada
dibelakang,tiada diatas,tiada dibawah bahkan tiada ditentukan disuatu tempat ia
jua melainkan meliputi alam selian ( Ahadon Shomadan ) seperti firman Allah
( Wallahhumuhithom Anil alamin ) ertinya-Allah meliputi alam sekelian.Firman
Allah lagi ( Wahuwa ma’akum A’innama Kuntum ) ertinya-Allah jua suatu kata
barang dimana saja kamu berada adalah tuhan kamu,jikalau demikian itu nyata
bahawa Allah itu tiada ditentukan akan tempat kepadanya.Suatu tempat tetapi ia
hadir jua.Maka keadaan demikian itu iktikad kita inilah yang dikehendaki hati
kita.
3) Kiblat nyawa:-Adapun kiblat nyawa itu pula sentiasa ia tiada bercerai dengan tuhannya
kerana anugerah oleh tuhannya.7 sifat iaitu hayat dihantarkan kepada nyawa kita maka hiduplah
dengan yang hidup maka dihantar pula ilmu kepad
Hati kita maka tahulah kita dengan yang tahu,maka dihantar pula kudrat kepada
anggota kita maka kuasalah kita dengan kuasanya,maka dihantar pula iradat
kepada nafsu kita jadi berkehendaklah kita yang berkehendaknya.Maka dihantar
pula Samak kepada telinga kita maka mendengarlah kita dengan yang
mendengarnya,maka dihantar pula Basar kepada mata kita maka melihatlah kita
dengan melihatnya maka dihantar Kalam kepada kita maka berkata-katalah kita
denagn berkata-katanya.Maka ditakyinkan kepada iktikad kita yang berkata-kata
inilah Allah Taala.Apabila engkau ketahui hal yang demikian maka hendaklah
engkau ketahui fanakan dirimu itu segala perbuatanmu itu didalam Af’al Allah
semata-mata maka hapuslah,karamlah,lenyaplah sifat itu didalam sifat
Allah.Maka sifat Allah semata2 tiada sekali2 sifat kita,maka hapuskanlah zat sifat
kita didalam zat Allah.Biarlah tinggal zat Allah semata2 kerana kita tanah
kembali kepada Adam sedia kala.
Maka kata olehmu ( Allah Hu Akhbar )itulah bernama sembahyang orang
( KhasulKhas ) namanya maka peroleh makam fana jati dan makam Tabdul
Kalam Allah.Jikalau tiada demikian maka tiada sah sembahyangnya maka tiliklah
sembahyangnya.Ia menyembah huruf dan suara dan menyembah bayang yang
Asa.Maka sempurnalah ibadatmu dan amalan mu itu kepada Allah Taala kerana
inilah dinamakan sembahyang-Hai saudaraku,ketahuilah olehmu akan sempurna
sembahyang itu tiada sah sembahyang itu tiada niat,dan ikhlas,melainkan dengan
hati dan tiada diterimanya hati itu dengan ilmu dan takyin.Adapun erti hati itu
Ikhlas ilmu dan makrifat itu ialah rohani,maka ketahuilah olehmu bahawa
sekelian perbuatan itu dengan niat dan tertib.Tertib itu daripada Qasad dan Qasad
tertib itu daripada hati yang tatif iaitu rohani.
Adapun cita2 terdahulu daripada niat dan Qasad itu pula 3 bahagi
1) Qasad nafsu
2) Qasad kiblat
3) Qasad roh
Adapun Qasad roh didalam rahsia adapun tatkala berdiri sembahyangnya itu maka
kita hapuskan dan lenyapkan perbuatan kita didalam af’al Allah,maka tinggallah
af’al Allah semata2 dan kudratnya.Maka kata olehmu Allah Hu Akhbar makam
hanaak jati dan makan pana mikraj mikraj tabdul dan makam Islam maka peroleh
lazat dan citarasa baginya.
Ketahuilah olehmu bahawasanya jalan kepada Allah Taala itu 4 jalan
1) Jalan Syariat
2) Jalan Tarikat
3) Jalan Hakikat
4) Jalan Makrifat
Adapun syariat itu kata2 nabi2
Tarikat itu perbuatan Nabi
Hakikat itu tempat kediaman nabi
Makrifat itu ialah rahsianya.
Adapun istana syariat itu lidah,Istana tarikat itu hati,Istana Hakikat itu nyawa,Istana
Makrifat itu kelakuan Nabi.Meliputi dengan semata2 sekelian alam inilah dinamai jalan
yang 4 itu.Maka hendaklah kita ketahui dan kenal dengan hatinya.
Bermula syariat itu kerja tubuh,tarikat itu kerja hati,hakikat itu kerja nyawa dan makrifat
itu kerja rahsia.
Soal-
Jika ditanya orang apa dijunjungan islam?
Jawab:-
Adapun dijunjung oleh islam itu Titah yang 4 bahagi
1) Syariat yang dijunjung oleh anggota islam
2) Tarikat dijunjung oleh hati islam
3) Hakikat dijunjung oleh nyawa islam
4) Makrifat itu dijunjung oleh orang yang mengetahui islam yang 4
Maka inilah orang yang dinamakan ( Sho Fi Daari ) ertinya hidup kepada 2 negeri maka
orang inilah dinamakan orang segala orang yang arif ( Ya Allahi Khasu Khass)ertinya
pilihan dan mukmin shodiq mukmin yang sebenar maka inilah yang dikatakan
bergantung pada tali Allah.Allah yang tiada berputus musyahadah dan muqabalah dan
muraqabah dengan hak Allah Taala daripada Aadam kepada ujudnya.Daripada ujud
kepada aadamnya tiada bercerai tiada bertemu tiada lain daripadanya.Dan lagi Allah
Taala menjadikan sembahyang seperti nabi Ahmad Muhammad pun namanya.Maka
Ahmad itu 4 huruf Alif,Ha,Mim,Dal,maka berdiri itu seperti Alif,rukuk itu seperti
Haa,Sujud seperti Mim,duduk seperti Dal,demikian 4 itu.
Adapun tubuh manusia itu yakni tubuh Adam alai hissalam.Asal kejadian dari 4 anasir
tanah,air,api dan angin.
Adapun tanah itu tempat nyawa ujud Allah yang bernama Hakim ertinya yang tahu pada
hukumnya.Adapun air itu tempat nyata ujud Allah yang bernama Muhyi yag yang hidup.
Angin itu tempat nyata ujud Allah yang bernama Qaiyum ertinya yang kuasa.Api itu pula
tempat nyata ujud Allah yang bernama Aazim.Maka hendaklah ditilik dan dilihat kamil
mukamil itu seperti memilik ia kepada bercerai maka ia melihat berhimpun 4 itu kepada
insan maka ia menilik kepada insan dilihat dengan mata hati pada insan ujud Allah yang
bernama Allah inilah isyarat hadis nabi ( Man nazara ila Sai in Walam yarallah fi fahuwa
batiun )Barangsiapa memilik kepada sesuatu tempat tiada dilihat Allah pada maka iaitu
batal.Inilah arif kamil mukamil tiada berputus dirinya,hatinya,nyawa,dan rahsianya
itu,berkehendak kepada yang bernama Allah.
Adapun diri kita 2 bahagi
1) Diri berdiri
2) Diri terperi
Maka berdiri itulah sifat kehambaan yang jadi daripada 2 ibubapa kita asal daripada
mani,tatkala masuk kedalam rahim ibu 40 hari,nutpah namanya.Genap 80 hari Alagah
namanya ertinya Darah berkumpul.Genap 120 hari Mudqah namanya ertinya daging tiada
bertulang.Kemudian daripada manusia dirupakan Allah Taala akan dia yang kehendaki
merupakan dia dan tanah sempurnalah kejadiannya.
Maka dititahkan nyawa masuk kedalam dengan dikehendaki ,dan apakala masuk nyawa
kedalam ibunya maka dikeluarkan Allah daripada perut ibunya kepada alam wasitah
seperti orang yang telah jaga dari tidurnya.Maka dilihat tiada lagi rupa yang telah
dilihatnya maka ia pun menangis.Sebab suaranya itulah bernama insan.Tatkala ia tahu
menangis Muhammad namanyatatkala inilah dijadikan Allah ( Ahlil Sunnah Waljamaah )
Tatkala ia tahu menyusu ( Sipiah namanya ) tatkala ia tahu berkata-kata kitab
namanya.Kerna tatkala itu nyata rupa semasa dalam kandungan ibunya inilah yang
dikenalnya itu,tatkala ia pandai meniarap Hanafi namanya,tatkala ia tahu duduk Malik
namanya,tatkala tahu berdiri Hambali namanya,tatkala ia boleh merangkak Syafie
namanya.Inilah jalan aman yang 4 itu,dijadikan Allah Taala tatkala dalam peliharaan
ibubapa tahu berlari Shorih namanya.Kerana tatkala itu suatu pun tiada menkhabarkan
diri ada kelebihan didalam rahim ibunya.
Maka tatkala sudah cerdik boleh berjalan berlari,pandai berkata2 maka tatkala itu leka ia
dengan dunia dan lupa ia akan dirinya.Maka masuklah kedalam dunia ini hilanglah ilmu
itu menunjukkan diri kita yang terperi itu Araad jua.Segala guna yang ada ini tiada kekal
ia pada kedua masuk dan kurang itu 1 alam jasmani jua bukan alam rohani kerana alam
jasmani itu tempat nyata alam rohani,ertinya ( alam jasmani,alam rohani ) maka telah
ketahui bahawasanya keadaan kita insan bahawasanya alam rohani itu tetap selama2nya
Tiada berubah,tiada kurang daripadanya.Inilah diri kita dengan terperi dengan segala peri
mulia.Adapun diri terperi itu tiada makan,tiada minum,tiada beristeri,tiada beranak,tiada
beribu,tiada tidur,tiada mati,maka diri kita inilah dikurniakan Allah Taala sifat 2 x 7.
Maka dengan sifat inilah diri berdiri itu umpama perahu diperintah oleh
nahudanya.Masing2 perahu masing2 nahudanya.Adapun sifat 2 x 7 dikurniakan Allah
Taala kepada roh iaitu sifat Ma’ani dan sifat Maknawiyah itulah dikurniakan Allah Taala
roh kita supaya kuasa memerintah jasad kita.Semata2 wayang kulit.tiada yang empunya
perintah melainkan dengan perintah Tok Dalang jua.Dan roh adalah umpama menutup
dalang itu jikalau tiada pesawatnya.Nescaya tiada akan zahir hikmatnya memandang
pesawat itu.Maka hendaklah Makrifat yang tahkik kerana dalang itu tiada bercerai
dengan wayang dan wayang itu tiada bercerai dengan dalangnya.Seketika juapun,jikalau
bercerai nescaya binasalah wayang itu.Demikianlah juga keadaan hamba denagn
Tuhan.Sentiasa tiada bercerai daripada asal datang kepada Abda’ inilah firman Allah.
(Wahuwa Maakum Anama kuntum ) ertinya Allah serta kamu barang dimana kamu.Dan
martabat Sani pun serta kita maka Allah Fardhukan kita pandangan jangan lalai serta
hamba dengan tuhan daripada azali datang kepada Abda’,kemudian daripada itu ketahui
olehmu akan nama Allah akan nama Allah dan Muhammad.Adapun nama Allah ini 4
huruf iaitu Alif,Lam,Lam Haa dihimpun (Allah).demikian suatu Allah dan lagi insan pun
5 jari kelingking huruf alif,jari manis huruf lam,dan jari tengah huruf lam akhir dan
telunjuk dan ibu jari itu huruf haa.Demikianlah suatu Allah pada jari tangan kiri kanan
dan kaki kiri kanan itu jua huruf insan itu nama ( Allah ) dan nama rasullullah kerana
firman Allah didalam hadis Qudsi iaitu jasmani insan.
Tubuh manusia,nafsu,hati,nyawa,melihat,lidah,tangan,kaki semuanya itu aku nyatakan
bagi diriku maka tiada insan lain daripada aku dan tiada aku lain daripadanya.Maka
sebenar2 insan itu Muhammad.Maka Allah Subhanawataala itu tajalilah ia kepada insan
itu seperti firmannya ( Al insanin siri waana sirrhu ) ertinya insan itu rahsiaku dan rahsia
aku rahsianya.Lagi ( Al insannu sirri wana sirri wasifatu la qairuh ) ertinya-insan itu
rahsiaku dan sifatnya sifatku tiada lain daripadaku.Demikian kemuliaan insan kepada
Allah Taala maka hendaklah ketahui keadaan rahsia Allah itu jikalau tiada ketahui
nescaya didalam dosa yang amat besar seperti sabda nabi ( Ujuduka zambuu la
yuqasabihi zambun ) ertinya-Adamu rasanya yang sebagai denagn dia rasa sentiasa rasa
engkau,engkau didalam rasanya.
Didalam kebaktian sekelian pun kerana kebaktian jikalau tiada ilmu maka tiada
sempurnalah kebaktian kepada Allah Taala kerana ini sabda nabi ( Al ilmu rohu wal amal
jasad ) ertinya-Ilmu itu nyawa dan amal itu tubuh yakni jikalau tiada nyawa maka tiada
dapat tubuh itu bergerak.Demikianlah kebaktian pun jika tiada dengan tiada
sempurnanya.Adapun nama Muhammad itu pada tubuh kita ada 4 huruf
mim,haa,mim,dal.Adapun kepala kita huruf mim,tangan kita huruf haa,pinggang itu huruf
mim akhir dan peha kedua itu huruf dal.Demikianlah didalamnya.Tiada lain daripada
nama Allah dan nama Muhammad maka tiliklah nyata2 dengan memohonkan kerana
Allah Taala tuhan yang sebenar2nya.
Adapun rahsia itu tersembunyi nyawa,nyawa dan rahsia tersembunyi pada tubuh maka
inilah ( Tanzil ) yakni pandangan turun pada taqwa.Yakni pandangan naik.Maka
pandangan badan menunjukkan hati,hati menunjukkan nyawa,nyawa menunjukkan rahsia
dan rahsia menunjukkan ujud Allah Taala.Maka zikirlah ( Lailaha illa Allah ) tiada tuhan
hanya Allah.
Sabda nabi,barangsiapa tiada tahu akan sembahyang maka iaitu sia2lah sembahyangnya
kerana sembahyang 5 waktu itu rasullullah empunya waktu,rasul 5 waktu Allah jadikan
dia dahulu daripada 70000 tahun dahulu lamanya iaitu dari 4 bangsa
Kudrat,Iradat,Rahmat,Hibatnya.Maka tilik Allah akan 4 itu menjadikan 5 rupanya iaitu
Putih,kuning,merah,hijau.Bermula putih waktunya subuh.Kuning waktunya zohor,merah
waktunya asar,Hijau waktunya maghrib dan hitam waktunya isyak.Semuanya ini pada
tubuh manusia ( tubuh kita ) maka sebab itulah berdiri,rukuk,sujud,duduk kerana Allah
Taala menjadikan Nabi Adam itu daripada 4 anasir iaitu tanah,air,api,angin.Maka berdiri
itu peri api kerana api nyala tegak menjulang keatas,rukuk itu perbuatan angin betul
condong,sujud itu perbuatan air kerana air itu mengalir kebawah dan duduk itu itu
perbyatan tanah kerana tanah atau bumi.Demikianlah asalnya orang (Ahlul Hakikat ).
Adapun berdiri itu daripada huruf alif,rukuk itu daripada huruf lam,sujud itu daripada
huruf haa.tomakniah itu dari huruf mim,duduk itu dari hurf dal.Adapun asal waktu yang 5
itu daripada alif,lam,haa,mim,dal.Adapun waktu zohor itu huruf alif maknanya dari ujud
waktu asar daripada hurf lam,makna daripada ilmu Allah.Waktu maghrib itu daripada
huruf haa makna kudrat Allah,waktu subuh itu daripada huruf dal makna daripada sir
Allah,maka dinamakan isyarat daripada zatnya,sifatnya,asmanya dan af’alnya.Dan inilah
sebenarnya sempurna tuhan namanya maka ketahuilah oleh akan waktu yang 5 itu.Kija
tiada ketahui tiada sah pekerjaannya adapun pertama dijadikan Allah Taala hati dan mata
inilah menjadikan waktu subuh,kemudian dijadikan Allah urat inilah menjadikan waktu
zohor,kemudian dijadikan Allah tulan.Inilah menjadikan Maghrib.Kemudian dijadikan
Allah roh inilah dijadikan Allah waktu jumaat maka inilah berhimpun puji dan sembah
jua adanya.
Adapun kemudian itu wahai saudaraku ketahuilah olehmu dunia dan akhirat akan
perkataan ini ingatkan dan pandanglah didalam rupamu,berjalan,berdiri,bergerak,didalam
sembahyang,didalam berkira.Jangan saudaraku lupakan pandangan itu seketika walaupun
sekelip mata jua pun.Maka kenyataan ini tiada tahu oleh orang.Jikalau tiada guru yang
kasih akan anak muridnya.Maka tiadalah dapat akan perkataan ini tiada boleh didengar
oleh orang lain kerana ilmu kesudahan,maka tiada lagi dikata inilah nama ( Mahmu
Utirida ) ertinya-perhimpunan rahsia yang mulia2.
Inilah rahsia hamba kepada saudaraku maka hendaklah ingat baik2 jangan lupa walau
sekelip mata jua pun seperti firman Allah ( Barang siapa tiada kenal akan milikku itu
nescaya akan bakar akan dia dengan api neraka walau pun ia seorang alim sekalipun dan
barang siapa akan ambil milikku,maka orang itu hampirlah ia dengan aku dan tiada
terlindung dia dengan aku.
Adapun yang bernama milik Allah itu iaitu segala sifat yang 7 pada kita itu ialah barang
ujudnya.Maka barang tiada maujud melainkan dengan ampunya bayang2 maka bukan ia
tetapi lain daripadanya.Maka wajiblah atas kita mengambil hak Allah yang daripada kita
inilah sifatnya yakni jangan ada lagi hidup kita,tahu kita,melihat kita,dan kata2 kita
melainkan hanya Allah Taala.Dengan hakikat hati jua bukan dikata dengan lidah
menyebut zikir La Ilaha Illallah atau Hu Hu atau tatkala
duduk,berjalan,bergerak,diam,makan,minum,maka inilah lafaz menilik bagi Allah
hendaklah kita pandang siang dan malam.Adapun kita ini bertubuhkan Muhammad Batin
dan zahir,maka yang ada jadi pada tubuh kita hakikat kerana kejadian roh kita dan tubuh
kita daripada Nur Muhammad nescaya Muhammad juga namanya.Maka tiada lain kepada
hakikat dan jadi bertubuh yang batin dan zahir namanya itu kerana nama rahsia itu terlalu
banyak.Allah pun namanya jua.Adapun sebenar2 sifat kepada kita inilah rahsia yang
sebenar2 rahsia yang ada pada kita yang ketahui.Adapun jalan hakikat inilah ( Allah Hu
Akhbar ) inilah sifat af’al tiada lagi hati menyebut dan tiada lagi lidah berkata,hanya sifat
Asma’ hayat,ilmu,kudrat,iradat yang mengatakan.tiadalah hati lagi kerana rahsia Allah
Hayat,Ilmu,Kudrat,Iradat nama rahsia Allah kepada batin kita memerintah roh2
memerintah hati.Hati memerintah tubuh,maka tubuh pun berlakulah berbagai2 kehendak
memerintah sekelian itu,maka makrifat ada dengan sendirinya tiadalah dua ,tiga.Hanya
Allah memuji dirinya sendiri tiadalah kita lagi rasa hati dan tubuhnya maka jangan
diingatkan lagi hanya Allah yang ada itu kerana Allah yang bernama rahsia itu
kehendaknya kita menjadi serasi dengan dia.Jikalau tiada serasi siapa kita hendak lagi
kerana rahsia yang dapat melihat Allah Taala mengenal Allah,Memuji Allah,hendaklah
bagi kita rahsia Allah kepada kita itu jadi serasi yang hendak berzikir berbagai2 rahsia
Allah.Seperti Sabda Nabi:
Asal kejadian itu 4 anasir iaitu tanah,air,api,angin.Turun kepada kita tanah itu tubuh
kita,angin itu nafas kita,api itu darah kita.air itu rahsia bg kita..Maka inilah mengenal diri
namanya.Kejadian tanah itu bernama syariat,kejadian angin itu bernama tarikat,kejadian
Api itu bernama bernama hakikat dan kejadian air itu bernama makrifat.Inilah mengenal
diri namanya.Maka syariat itu umpama kaki,tarikat itu umpama tangan,hakikat itu
umpama tubuh,makrifat itu umpama kepala.Maka tiadalah ia bercerai hendaklah kita
hilangkan bicara tubuh dirahsiakan inilah fana namanya.Maka tiadalah boleh bercerai2
hanya ada Allah sendiri kerana dilihat mengatakan ( La Yakrifu Allah Ilallah )ertinya-
Tiada mengenal Allah hanya Allah maka tiada dapat kita mengenal Allah kerana tiada
kita melihatnya.
Adapun yang kata berbagai2 itulah rahsia Allah kepada batin dan zahirnya kita
mengatakan ( La Ilaha Illa Allah ) itulah rahsia Allah yang mengatakan rahsia ertinya-
Tiada lagi hatinya dapat mengenal Allah hanya rahsia Allah saja yang dapat mengenal
maka berganti2lah tubuh dan hati itu tiada lagi menyebut hanya Allah dengan rahsia jua
iaitu yang ada pada jalan makrifat.
Tatkala mengata ( Allah Hu Akhbar ) itu hanya Allah yang ada menyebut jangan ada lagi
rasa berbagai2 yang diingatkan batin dan zahir hanya Allah saja maka hilanglah cita2
yang lain hanya Allah yang ada pada makrifat itu.Maka hairanlah kita tercengang2
setelah itu Allah tahukan dirinya dan tiada tahu akan tuhannya.Jikalau lagi kata didalam
hati kita menyebut itu dan yang disembah itu Allah maka jadi dua,belum lagi ada
rasa,jikalau anugerah Allah akan hambanya mengerti pengajaran itu menjadi asa jikalau
kita zikir atau sembahyang.Jangan berbeza lagi.Jika mengatakan ( La Ilaha Illa Allah )
Rahsia Allah kehendaknya Allah memujinya sendiri dan hati memujinya dirinya
Allah,jangan lagi kata hati memuji itu hanya rahsia Allah juga memuji dirinya beza yang
dipakai oleh Aulia Allah sekelian .Maka tiada lagi makrifat kita.Hanya sendirinya dengan
rahsianya dan kehendaknya maka inilah Fana pada Allah dan Ya Allah,jikalau sudah rasa
kepada Allah maka tiada bercita2 kepada yang lain lagi.Maka hendaklah wahai saudaraku
sekelian pagi dan petang,siang dan malam,dunia dan akhirat,hidup dan mati jangan
berubah lagi.Adapun yang bernama alam sapiir itu didalam otak kita kerana otak kita itu
tempat nyata roh kita yang bernama alam sapiir itu kerana alamnya.
Adapun yang bernama alam kabir itu pula ialah tubuh yang nyata diperintah rahsia Allah
tempat nyata roh.Adapun tempat segala perintah itu daripada tengah hati kita maka
berkehendaklah hati kita berbagai2.Adapun rahsia itu pula didalam pesaad ertinya
didalam jantung kita.Maka inilah namanya Allah,maka inilah rahsia zat kerana disana
tempat nyata segala kehendak Allah,maka Siir kita itu namanya sifat batin,didalam tubuh
kita bernama sifat zahir jua sekelian adanya.
Adapun masa tidur,Adapun masa kita tidur itu hilang segala rasa sebab tiada diperintah
rahsia Allah jangan hendak berbagai2.Ingatkan diripun tiada.Hanya yang ada hayat
kerana rahsia Allah itu jadi berkehendak kepada manusia dan segala binatang.Jika tiada
Batin dan zahirnya itu berkehendak baginya.Maka roh itulah yang bernama manusia
bernama tubuh pada sekelian aulia Allah.Maka roh itulah bernama makrifat yang dapat
berjalan batin dan dapat melihat batin,yang demikian itu roh itulah melakukan perintah
rahsia Allah orang yang sudah sampai ilmunya itu bertubuh Idofi bertubuh akan
(Muhammad) sekian jua adanya.
Sekian saja hamba menulis sebuah kitab ini iaitu sebuah kitab Arwah Tokku Palohyang
telah diturunkan kepada anak muridnya yang dikasihi.Jika orang2 yang lain daripada
jalan ini maka tidak dibenarkan sama sekali dibuka atau dicetak.
Wan Adeli

No comments:

Post a Comment