Wednesday, 31 January 2018
dikenali dan diketahui
Kalau Allah cipta kita semata mata untuk beribadah, tak perlu la Allah ciptakan kaum Yahudi, buat satu kaum sahaja pun dah cukup. Kalau Allah ciptakan kita untuk sekadar membaca kitab semata mata, tak perlu la Allah ciptakan kaum Nasrani. Kalau itulah tujuannya tak perlu la Allah ciptakan banyak kaum dan bangsa lat atas dunia ni. Tujuan sebenar Allah ciptakan kita supaya kita kenal dia, kerana dirinya teramat ingin dikenali, dirinya amat ghairah untuk dikenali, maka dengan itu dia cipta kita ini supaya diri yang teramat ingin dikenali dan diketahui yang amat ghairah untuk dikenali itu dikenali dan diketahui. Maka Allah jadikan kita pelbagai kaum dan bangsa adalah untuk tunjuk dekat kita bahawa ilmu dia amat luas dan hebat, maka dia tajali ilmu dia dalam rupa iradat, nyata iradat itu pada diri kita. Maka iradat itu kenyataan bagi ilmu dia. Dengan tujuan untuk supaya kita kenal diri yang teramat dikenali dan hanya dia yang mengenali. Untuk mengenali dia maka kita wajib kena ambil tahul pasal dia, apabila kita ambil tahu maka barulah dia beritahu dekat kita pasal diri dia. Sebab itulah dia jadikan seluruh isi alam ini, untuk kita kenal dan tahu pasal dia. Dia bukan buat sia sia, dan bukan dia cipta untuk faedah atau manfaat untuk diri dia sendiri, tetapi untuk kita kenal dia melalui ciptaan dia dan mengambil tahu pasal dia. Itu pun payah nak faham ke, aduhai kenapa bingai sangat kita ni, berlagak hebat semacam tetapi tak pernah tahu dan ambil tahu pasal dia, macam tu rasa hebat poooo daa bungkus balik awal la tak guna jadi manusia, jadi babi lagi sesuai kita ni, kalau pasal dia pun bebal tak nak ambil tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment