Wednesday, 24 January 2018

mengenal diri maka jadikanlah dirimu itu diri Muhammad

Untuk mengenal diri maka jadikanlah dirimu itu diri Muhammad, maka apabila sudah menjadi Muhammad maka kenal lah engkau akan Muhammad Rasulullah. Sesudah engkau kenal akan Muhammad Rasulullah maka engkau kenal lah diri yang ghairah teramat ghairah untuk dikenali, untuk diketahui, untuk dilihat dan untuk disebut sebut. Maka setelah engkau capai pada tahap ini maka sentiasa hatimu berkeadaan ghairah untuk menyebut namanya kerana engkau sudah mengenali, dan apabila namanya disebut maka bergetar hatimu penuh ghairah, kerana itulah kemuncak tahu dan kenal. Maka carilah Muhammad pada dirimu dan jadikan dirimu itu Muhammad.

No comments:

Post a Comment