Friday, 7 July 2017

wali 9


WALI SONGO
BERHADAPAN DENGAN ADAT JAWA
(sekitar 500 tahun yang silam)
Pada suatu ketika, sewaktu berlangsungnya persidangan Wali Songo, Sunan Kalijaga mengusulkan pendapat agar adat istiadat orang Jawa seperti majlis doa selamat, bersaji dan lain-lain tidak ditentang secara langsung. Kerana dibimbangi orang-orang Jawa akan lari menjauhi para ulama apatah lagi jika mereka ditentang secara kekerasan. Sebaliknya adat2 tersebut diusulkan agar diterapkan unsur2 Islam. Sunan Ampel bertanya:
"Apakah adat istiadat lama itu tidak dikhuatiri akan dianggap sebagai ajaran Islam? padahal demikian tiada dalam ajaran Islam. Apakah ini tidak akan menimbulkan Bidaah?"
Pertanyaan Sunan Ampel dijawab oleh Sunan Qudus
"Saya setuju dengan dengan pendapat Sunan Kalijaga, sebab ada sebahagian daripada ajaran Buddha yang mirip dengan ajaran Islam iaitu orang kaya hendaklah menolong fakir miskin. Namun berkenaan dengan kekhuatiran Sunan Ampel, saya yakin bahawa pada kemudian hari akan ada orang Islam yang menyempurnakan keadaan itu.
Penyokong Sunan Kalijaga ada lima orang, sedangkan yang berpihak kepada Sunan Ampel hanya ada dua orang iaitu Sunan Giri Dan Sunan Derajat. Akhirnya cadangan Sunan Kalijaga diterima. Antara adat istiadat jawa yang diterapkan nilai Islam itu ialah Majlis Doa Selamat mitoni, majlis doa selamat untuk orang mati (biasanya disebut tahlil) dan lain2 yang secara dasarnya tidak bertentangan dengan akidah Islam.
Pada pertemuan berikutnya, para wali berkumpul selepas 40 hari Sunan Ampel meninggal dunia. Sunan Kalijaga tiba2 membakar kemenyan. Para Wali yang lain menganggap tindakan Sunan Kalijaga ini terlalu berlebihan kerana membakar kemenyan adalah kebiasaan orang2 Jawa yang belum Islam. Sunan Qudus berkata, "Membakar kemenyan ini biasanya dilakukan oleh orang Jawa untuk memanggil Roh orang mati. Hal ini tidak ada di dalam Islam."
Sunan Kalijaga berkata, "Kita mengajak orang Jawa menerima Islam, maka kita perlu menggunakan pendekatan yang bijaksana. Kita bakar kemenyan bukan untuk panggil Roh orang mati. Tapi sekadar mengharumkan ruangan kerana kebanyakan orang Jawa hanya mengenali kemenyan sebagai pewangi, bukan wangian-wangian lain. Bukankah wangi-wangian itu sunnah Rasulullah?"
Mengapa kita perlu bakar kemenyan?" Soal Sunan Qudus.
"Adakah dalam hadis disebutkan larangan membakar kemenyan?" tegas Sunan Kalijaga.
Wali yang lain hanya diam sahaja. Sementara itu, Sunan Kudus yang sebenarnya berpihak kepada Sunan Kalijaga kali ini lebih risau dengan cara Sunan Kalijaga berpakaian.
"Sunan Kalijaga memang suka melakukan perkara pelik" ujar Sunan Kudus.
"Tetapi janganlah Sunan Kalijaga merendahkan martabat sebagai seorang wali dengan berpakaian seperti itu"
Sunan kalijaga memang sering berpakaian yang sama seperti rakyat biasa. Seluar panjang hitam atau biru serta ikatan kepala berupa Belangkon (serban orang Jawa)
Sunan Kalijaga menjawab "Di sisi Allah kita tidak mempunyai apa2 yang istimewa. Hanya ketaqwaan menjadi ukuran darjat seseorang, bukanlah pakaiannya. Ajaran Islam hanya menjelaskan kewajipan setiap umatnya dalam hal menutup aurat. Namun tidak pula disebutkan tentang keharusan berjubah atau berkain sarung. Justeru dengan berpakaian seperti ini saya dapat bergaul rapat dengan rakyat jelata dan dengan mudah saya dapat mengajarkan Islam kepada mereka.
Para Wali bersetuju dengan pendapat Sunan Kalijaga. Tambahan pula, Sunan Kalijaga mengusulkan pendapat agar kesenian rakyat seperti lagu gamelan, tambang (lagu2 dakwah) dan wayang kulit dapat diterima oleh para Wali sebagai saluran dakwah.
Para Wali Songo juga menjadikan persidangan sebagai majlis untuk menetapkan sebarang keputusan yang berkaitan dengan adat istiadat tempatan dan agama itu sendiri misalnya dalam urusan menjaga kebersihan seperti perintah berkhatan.

No comments:

Post a Comment