(RAHMAT SEKALIAN ALAM)
“Wama arsalnaka illa rahmatan lil alamin. (Dan Kami tidak mengutusmu [wahai Muhammad] kecuali sebagai rahmat bagi sekalian alam).” Kenapa Nabi Muhammad dikatakan menjadi rahmat bagi sekalian alam?
Jawapannya, kerana ia telah menemukan jati dirinya, iaitu Tuhan di
dalam diri setiap insan. Kerana ia telah mampu berjumpa diri sebenar
diri, dan ia juga mampu menyaksikan diri sejati lain di dalam diri
setiap insan. Dan pada hakikatnya, Ia mampu menyaksikan Tuhan di
mana-mana dan pada setiap ketika.
Boleh dikatakan, Nabi Muhammad adalah Tuhan yang menjelma, ketika peribadinya telah sejati dengan Nur Muhammad di dalam dirinya sendiri. Lalu dengan kedudukan itu, Ia telah sepenuhnya menjadi khalifah Allah di muka bumi.
Apakah yang boleh bertemu diri sejati hanya Nabi Muhammad seorang? Tentu sahaja tidak. Setiap manusia berpotensi untuk mencapainya, kerana Nur Muhammad di dalam diri Nabi Muhammad tidak berbeza dengan Nur Muhammad di dalam diri setiap insan. Gautama Buddha dan Jesus Christ telah pun mencapainya.
Engkau pun mampu mencapainya. Jika engkau telah mampu berjumpa diri sebenar diri, dan itu merupakan perjuangan yang maha berat, maka engkau menjadi rahmat bagi sekalian alam, walau pada apa sahaja agamamu.
Dan bahawasanya engkau sama sekali tidak layak berkata dirimu rahmatan lil alamin, jika engkau belum ketemu jati dirimu itu.

No comments:
Post a Comment