PELBAGAI JALAN MENUJU TUHAN
Apakah menjalankan syariat itu wajib bagi setiap peribadi yang berakal? Benar. Menjalankan syariat yang sesungguhnya adalah menjalani "Hidup" itu sendiri. Setiap manusia wajib menjalani hidupnya sendiri, menikmati takdir hidupnya sendiri.
Syariat adalah jalan atau sarana untuk mencapai Sang Sumber, Kebahagiaan Sejati, atau pun Tuhan. Engkau tidak bisa menuju Sang Sumber tanpa menjalani hidupmu sendiri, menetapi takdirmu sendiri. Kerana setiap orang berbeza, maka syariat masing-masing orang pun sesungguhnya berbeza.
Syariat seseorang atau sebuah kelompok tidak boleh dipaksakan pada seseorang atau kelompok yang lain. Jika seseorang atau sebuah kelompok tidak menjalankan syariat yang engkau atau kelompokmu anuti, engkau tidak boleh menyalahkannya, menyesatkannya, atau mengafirkannya.
Jika engkau mudah menyalahkannya, menyesatkannya, atau mengafirkannya, maka engkau perlu mempelajari esensi ajaran agamamu lagi dengan bersungguh-sungguh. Engkau masih berada di permukaan, lapisan luaran, dan belum pun menyelam ke dalam samudera hakikat.
Pada zaman dahulu, Syekh Siti Jenar yang Muslim dan Ki Ageng Pengging yang menganut agama Hindu boleh saling mengarifi syariat masing-masing kerana keduanya sama-sama telah menyelami samudera hakikat.
Banyak jalan menuju Tuhan.
No comments:
Post a Comment