Thursday, 20 July 2017

HANYA MENGHARAP REDHA ALLAH

HANYA MENGHARAP REDHA ALLAH
Abul Qasim Junaid bin Muhammad, seorang ulamak sufi yang tinggal di Baghdad, kerana itu beliau lebih dikenali dengan nama Junaid al Baghdadi, suatu ketika mengalami sakit mata yang cukup parah. Suatu malam seorang doktor mata dipanggil dan setelah melakukan pemeriksaan serta pengubatan, sang doktor berkata, “Jika engkau ingin matamu selamat, jangan sampai terkena air!”
Salah satu amalan istiqamah yang tidak pernah ditinggalkan Junaid adalah solat 2 rakaat sebelum tidur. Baginya, ancaman kerosakan mata apabila terkena air, tidaklah seberapa beratnya jika dibandingkan kehilangan 2 rakaatnya. Setelah doktor itu pergi, ia segera mengambil air untuk berwudhuk & solat 2 rakaat. Junaid tidak mempedulikan lagi rasa sakit dan risiko yang terjadi dengan matanya, yang penting ia tidak meninggalkan amalan istiqamahnya demi memperoleh keredhaan Allah. Setelah selesai solat itu, ia pun tidur.
Menjelang waktu subuh, Junaid bangun dari tidurnya, dan ia kehairanan kerana rasa sakit di matanya telah hilang. Bahkan penglihatannya jauh lebih baik dibandingkan sebelum sakit. Dalam kehairanannya itu, tiba-tiba ia mendengar suara tanpa wujud (hatif), “Junaid telah berani mengorbankan matanya untuk redha-Ku. Seandainya para ahli neraka jahanam (yakni orang2 yang suka bermaksiat kepada Allah) meminta (ampunan) kepada-Ku dengan semangat yang dimiliki Junaid, pastilah Aku akan memenuhi permintaan mereka!”
Keesokan harinya, doktor mata itu datang lagi untuk memeriksa keadaan Junaid, lalu ia terkejut kerana matanya telah sembuh dengan sepenuhnya. Sang doktor bertanya, “Apa yang telah engkau lakukan dengan matamu itu?” "Aku berwudhuk dan solat 2 rakaat!” Kata Junaid. Doktor itu terkesima dengan jawapan Junaid, kerana berwudhuk itu bererti terkena air, tetapi ternyata matanya telah sembuh.
Segera sahaja si doktor berkata, “Itu adalah ubat dari Tuhan Yang Maha Pencipta, bukan ubat dari makhluk. Sesungguhnya akulah yang selama ini sakit mata (hati) & engkau, wahai Junaid sebagai doktor." Kemudian doktor mata yang beragama Nasrani itu mengucapkan 2 kalimah syahadah, serta menyatakan keislaman beliau di hadapan Junaid.

No comments:

Post a Comment