Pendirian seorang ahlul Makrifat ialah tidak ragu akan akidahnya, dan tidak pernah berubah walaupun dikafirkan orang. Mereka rela mati daripada berubah keyakinannya, kerana mati adalah jalan yang terbaik dari semua jalan yang baik.
Seorang ahlul Makrifat tidak pernah luntur, walaupun dihujani dengan hujan fitnah. Kata-kata sesat dan kafir; dianggapnya sebagai sebuah nyanyian seorang Sufi yang sedang rindu kepada kekasihnya. Mereka tidak peduli akan kata-kata huruf dan suara. Hanya yang penting baginya adalah perasaannya kepada Tuhannya.
Apabila cintanya telah bersemi dan berupa penerimaan dari Khaliknya; di
sinilah nilai hidup itu. Baginya tidak guna hidup, tanpa nikmat
(Makrifat). Kerana Makrifat itu adalah jiwanya Iman; dan jiwanya Iman
adalah Ihsan.
Jadi jiwanya Islam adalah Iman, dan jiwanya Iman adalah Ihsan. Apabila jiwa-jiwa itu kosong dari Makrifat; samalah hidupnya sebagai seekor binatang buas, yang rakus dan tidak kenal diri. Kerana akhir tujuan hidup adalah Cinta dan Redha.
Apabila Cinta dan Redha telah bebas dari belenggu kemakhlukan semata. Kerana dalam jiwa yang suci, akan melahirkan perbuatan yang suci pula. Dalam jiwa yang kotor, akan melahirkan perbuatan yang kotor pula. Tentang kata-kata suci dan kotor ini; anda telah maklum adanya. Tidak usah anda fikirkan lagi.
Bagi golongan Makrifat, semua suci, semua halal, dan semua baik. Tidak ada kejahatan di dalam dunia ini. Yang jahat di dalam pengertian Makrifah itu ialah; orang yang mengaku mempunyai akal sendiri. Dan perbuatan sendiri; iaitu di luar perbuatan Allah. Itulah yang dimaksudkan dengan jahat atau jahil.
Tetapi bagi kita, iman dan taat, kafir dan maksiat, jahat dan baik; semuanya adalah sama, dan semuanya adalah baik. Tidak ada perbuatan Tuhan itu yang jahat. Apabila datang dari Tuhan, semuanya baik belaka.
Jadi pendirian seorang ahlul Hakikat atau Hakikat semata, mereka ialah golongan yang benar-benar sudah bersih dari kesyirikan; menyatakan, setiap perbuatan adalah baik, dan setiap gerak dan gerinya, adalah ibadat kepada Tuhan, iaitu menyatakan Allah s.w.t.

No comments:
Post a Comment