SEDIKIT MENGENAI SYEKH SITI JENAR
Syekh Siti Jenar (juga dikenal dalam banyak nama lain, antara lain Sitibrit, Lemahbang, dan Lemah Abang) adalah seorang tokoh yang dianggap Sufi dan juga salah satu penyebar agama Islam di pulau Jawa yang sangat kontroversial di Jawa, Indonesia. Tidak ada yang mengetahui secara pasti asal-usulnya, di masyarakat, terdapat banyak versi cerita mengenai asal-usul Syekh Siti Jenar.
Sebahagian umat Islam menganggapnya sesat kerana ajarannya yang terkenal, iaitu Manunggaling Kawula Gusti. Akan tetapi sebahagian yang lain menganggap bahawa Syekh Siti Jenar adalah intelektual yang sudah mendapatkan esensi Islam itu sendiri. Ajaran-ajarannya tertuang dalam pupuh, iaitu karya sastera yang dibuatnya. Meskipun demikian, ajaran yang sangat mulia dari Syekh Siti Jenar adalah budi pekerti.
Syekh Siti Jenar mengembangkan ajaran cara hidup sufi yang bertentangan dengan cara hidup Wali Songo. Pertentangan praktis sufi Syekh Siti Jenar dengan Wali Songo terletak pada penekanan aspek formal ketentuan syariah yang dilakukan oleh Wali Songo.
Konsep dan ajaran
Ajaran Syekh Siti Jenar yang paling kontroversial terkait dengan konsepnya tentang hidup dan mati, Tuhan dan kebebasan, serta tempat berlakunya syariat tersebut. Syekh Siti Jenar memandang bahawa kehidupan manusia di dunia ini disebut sebagai kematian. Sebaliknya, iaitu apa yang disebut umum sebagai kematian justeru disebut sebagai awal dari kehidupan yang hakiki dan abadi.
Konsekuensinya, ia tidak dapat dikenai hukum yang bersifat keduniawian, tidak termasuk di dalamnya hukum syariat peribadatan sebagaimana ketentuan syariah. Dan menurut ulama pada masa itu yang memahami inti ajaran Siti Jenar bahawa manusia di dunia ini tidak harus memenuhi rukun Islam yang lima, iaitu: syahadat, solat, puasa, zakat dan haji.
Baginya, syariah itu baru berlaku sesudah manusia menjalani kehidupan pasca kematian. Syekh Siti Jenar juga berpendapat bahawa Allah itu ada dalam dirinya, iaitu di dalam budi. Pemahaman inilah yang dipropagandakan oleh para ulama pada masa itu.
Mirip dengan konsep Al-Hallaj (tokoh sufi Islam yang dihukum mati pada awal sejarah perkembangan Islam sekitar abad ke-9 Masehi) tentang Hulul yang berkaitan dengan kesamaan sifat manusia dan Tuhan. Di mana Pemahaman ketauhidan harus dilewati melalui 4 tahapan ; 1. Syariat dengan menjalankan hukum-hukum agama seperti solat, zakat dan lain-lain; 2. Tarekat, dengan melakukan amalan-amalan seperti wirid, zikir dalam waktu dan hitungan tertentu; 3. Hakikat, di mana hakikat dari manusia dan kesejatian hidup akan ditemukan; dan 4. Makrifat, kecintaan kepada Allah dengan makna seluas-luasnya.
Bukan bererti bahawa setelah memasuki tahap-tahap tersebut maka tahap di bawahnya ditiadakan. Pemahaman inilah yang kurang bisa dimengerti oleh para ulama pada masa itu tentang ilmu tasawuf yang disampaikan oleh Syekh Siti Jenar.
Ilmu yang baru bisa difahami setelah melewati ratusan tahun pasca wafatnya sang Syekh. Para ulama khuatir adanya kesalah fahaman dalam menerima ajaran yang disampaikan oleh Syekh Siti Jenar kepada masyarakat awam di mana pada masa itu ajaran Islam yang harus disampaikan adalah pada tingkatan ‘syariat’. Sedangkan ajaran Siti Jenar sudah memasuki tahap ‘hakikat’ dan bahkan ‘makrifat’ kepada Allah. Oleh kerananya, ajaran yang disampaikan oleh Siti Jenar hanya dapat dibendung dengan kata ‘SESAT’.
Dalam pupuhnya, Syekh Siti Jenar merasa malu apabila harus berdebat berkaitan masalah agama. Alasannya sederhana, iaitu dalam agama apapun, setiap pemeluk sebenarnya menyembah zat Yang Maha Kuasa. Hanya saja masing – masing menyembah dengan menyebut nama yang berbeza – beza dan menjalankan ajaran dengan cara yang belum tentu sama. Oleh kerana itu, masing – masing pemeluk tidak perlu saling berdebat untuk mendapat pengakuan bahawa agamanya yang paling benar.
Syekh Siti Jenar juga mengajarkan agar seseorang dapat lebih mengutamakan prinsip ikhlas dalam menjalankan ibadah. Orang yang beribadah dengan mengharapkan syurga atau pahala bererti belum bisa disebut ikhlas.
No comments:
Post a Comment