DATANGLAH PADAKU.
Sesungguhnya tidak ada yang lain selain Allah dan diri kamu sendiri. Diri manusia itu bertentangan dengan Tuhan. Segala sesuatu itu tunduk kepada Allah dan diri manusia itu pun adalah kepunyaan Allah.
Pada diri manusia timbul angan-angan dan hawa nafsu. Oleh kerana itu,
jika kamu masuk kepada yang haq dan menentang diri kamu sendiri, maka
kamu telah masuk ke pihak Allah dan menentang diri kamu sendiri.
Allah berfirman kepada Nabi Daus a.s., “Hai Daud, kepada-Ku-lah kamu kembali. Oleh kerana itu, berpegang teguhlah kamu kepada-Ku. Sesungguhnya perhambaan yang sejati adalah melawan diri kamu sendiri kerana Aku”.
Kerana itulah penghambaan kamu dan kedekatan kamu kepada Allah menjadi kenyataan yang sungguh-sungguh. Kerana itulah kamu mencapai kesucian dan kebahagiaan.
Dan kerana itulah kamu akan dimuliakan serta segalanya akan menjadi hamba kamu dan takut kepadamu, lantaran semuanya tunduk kepada Allah. Sebab, Dia-lah Pencipta dan tempat asal mereka, dan mereka telah menyatakan kehambaan mereka kepada Allah.
Allah berfirman, “Seluruhnya memuji Allah, tetapi kamu tidak mengetahui pujian mereka”. Ini bererti segala yang ada di dalam alam ini sedar akan adanya Allah dan patuh kepada-Nya.
Allah SWT berfirman, “Kemudian Dia berkata kepadanya dan kepada dunia, Ke marilah kamu berdua dengan rela ataupun tidak”. Mereka berkata, “Kami datang dengan rela”.
Oleh kerana itu, segala penghambaan adalah melawan dirimu sendiri dan hawa nafsumu. Allah berfirman, “Janganlah kamu menuruti hawa nafsumu, kerana dia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”.
SYEIKH QADIR JAILANI

No comments:
Post a Comment