Sunday, 25 June 2017

MENGENAL DIRI,,

RAMAI ORANG BERTANYA..
SETELAH MENGENAL DIRI,,
APAKAH TINDAKAN SELANJUTNYA?
Jawapan kami, setelah mengenal itu, tidak perlu kita mengaku sebagai Allah, atau mengaku sebagai Tuhan, atau mengaku sebagai Wali, atau mengaku sebagai Arifbillah, dan pelbagai lagi gelaran-gelaran lain yang menampakkan 'kemuliaan' kita di mata manusia..
Jalanilah kehidupan ini seperti biasa.. jumpa orang syariat, maka bersyariatlah.. Jumpa orang tarekat, maka bertarekatlah, jumpa orang hakikat & makrifat, maka berhakikat dan bermakrifatlah, sesuai dengan situasi dan keadaan semasa..
Hiduplah tanpa ada walau sekelumit kerisauan dan keresahan di dalam hati, kerana para insan Kamil Mukamil @ wali-wali Allah itu, mereka-mereka itu sentiasa bersahaja di dalam kehidupan mereka.. Hidup mereka sentiasa di dalam keadaan saling redha meredhai di antara hamba dan Tuhannya..
Pandanglah segala perbuatan sebagai perbuatan Allah, segala sifat sebagai sifat Allah, segala nama sebagai nama Allah, bahkan segala zat, sebagai zat Allah.. Kerana tiada yang wujud selain Allah, dan sesungguhnya Dia meliputi segala sesuatu..
Semoga dikurniakan ilmu, kefahaman, dan rasa makrifah yang sejati.. Semoga kalian benar-benar yakin dan berpegang pada usul yang tahqik @ ilmu pemutus.. Dan semoga kalian sentiasa istiqamah di jalan Allah.. Amiin2
#Ana_ALHAQ
#Syeikh_Al_Islam
#Nur_MUHAMMAD

No comments:

Post a Comment