Tuesday, 13 June 2017

Manunggaling Kawula Gusti Saat Akhir Syeh Siti Jenar

Manunggaling Kawula Gusti
Saat Akhir Syeh Siti Jenar
Dalam ajarannya ini, pendukungnya berpendapat bahawa Syekh Siti Jenar tidak pernah menyebut dirinya sebagai Tuhan. Manunggaling Kawula Gusti dianggap bukan bererti bercampurnya Tuhan dengan Makhluknya, melainkan bahawa Sang Pencipta adalah tempat kembali semua makhluk.
Dan dengan kembali kepada Tuhannya, manusia telah menjadi sangat dekat dengan Tuhannya. Dan dalam ajarannya, ‘Manunggaling Kawula Gusti’ adalah bahawa di dalam diri manusia terdapat ruh yang berasal dari ruh Tuhan sesuai dengan ayat Al Qur’an yang menerangkan tentang penciptaan manusia.
“Ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya." (Shaad; 71-72)
Dengan demikian ruh manusia akan menyatu dengan ruh Tuhan di kala penyembahan terhadap Tuhan terjadi.
Perbezaan pentafsiran ayat Al Qur’an dari para murid Syekh Siti inilah yang menimbulkan polemik bahawa di dalam tubuh manusia bersemayam ruh Tuhan, iaitu polemik faham ‘Manunggaling Kawula Gusti’.
Hamamayu Hayuning Bawana
Prinsip ini bererti memakmurkan bumi. Ini mirip dengan pesan utama Islam, iaitu rahmatan lil alamin. Seseorang itu dianggap muslim, salah satunya apabila dia bisa memberikan manfaat bagi lingkungannya, dan bukannya menciptakan kerosakan di bumi.
Kontroversi
Kontroversi yang lebih hebat terjadi di sekitar kematian Syekh Siti Jenar. Ajarannya yang amat kontroversial itu telah membuat gelisah para pejabat kerajaan Demak Bintoro. Di sisi kekuasaan, Kerajaan Demak khuatir ajaran ini akan berakhir pada pemberontakan mengingat salah satu murid Syekh Siti Jenar, Ki Ageng Pengging atau Ki Kebokenanga adalah keturunan elite Majapahit, sama seperti Raden Patah, dan mengakibatkan konflik di antara keduanya.
Dari sisi agama Islam, Wali Songo yang menopang kekuasaan Demak Bintoro, khuatir ajaran ini akan terus berkembang sehingga menyebarkan kesesatan di kalangan umat. Kegelisahan ini membuat mereka merencanakan satu tindakan bagi Syekh Siti Jenar iaitu harus segera menghadap Demak Bintoro.
Pengiriman utusan Syekh Dumbo dan Pangeran Bayat ternyata tidak cukup untuk dapat membuat Siti Jenar memenuhi panggilan Sri Narendra Raja Demak Bintoro untuk menghadap ke Kerajaan Demak. Hingga konon akhirnya para Wali Songo sendiri yang akhirnya datang ke Desa Krendhasawa di mana perguruan Siti Jenar berada.
Para Wali dan pihak kerajaan sepakat untuk menjatuhkan hukuman mati bagi Syekh Siti Jenar dengan tuduhan telah membangkang kepada raja. Maka berangkatlah lima wali yang diusulkan oleh Syekh Maulana Maghribi ke Desa Krendhasawa. Kelima wali itu adalah Sunan Bonang, Sunan Kalijaga, Pangeran Modang, Sunan Kudus, dan Sunan Geseng.
Sesampainya di sana, terjadi perdebatan dan adu ilmu antara kelima wali tersebut dengan Siti Jenar. Menurut Siti Jenar, kelima wali tersebut tidak perlu susah payah ingin membunuh Siti Jenar. Kerana beliau dapat meminum tirtamarta (air kehidupan) sendiri. Ia dapat menjelang kehidupan yang hakiki jika memang ia dan budinya menghendaki.
Tak lama, terbujurlah jenazah Siti Jenar di hadapan kelima wali. Ketika hal ini diketahui oleh murid-muridnya, serentak keempat muridnya yang benar-benar pandai yaitu Ki Bisono, Ki Donoboyo, Ki Chantulo dan Ki Pringgoboyo pun mengakhiri “kematian”-nya dengan cara yang misterius seperti yang dilakukan oleh gurunya di hadapan para wali.
Kisah pada saat pasca kematian
Terdapat kisah yang menyebutkan bahawa ketika jenazah Siti Jenar disemayamkan di Masjid Demak, menjelang solat Isyak, semerbak beribu bunga dan cahaya kilau gemilau memancar dari jenazah Siti Jenar. Jenazah Siti Jenar sendiri dikuburkan di bawah Masjid Demak oleh para wali. Pendapat lain mengatakan, ia dimakamkan di Masjid Mantingan, Jepara, dengan nama lain.
Setelah tersiar khabar kematian Syekh Siti Jenar, banyak muridnya yang mengikuti jejak gurunya untuk menuju kehidupan yang hakiki. Di antaranya yang terceritakan adalah Kiai Lonthang dari Semarang Ki Kebokenanga dan Ki Ageng Tingkir.

No comments:

Post a Comment