Menurut Guru Sufi Syeikh Ibnu Atha'illah Al-Sakandari bahawa ada 2 jenis salik yang tenggelam di lautan ilmu Hakikat:
1. Yang tenggelam di dalam keadaannya iaitu maqamnya.
2. Yang tenggelam di dalam Dzat Allah iaitu Sirrnya (Rahsianya) yang
tidak bertempat, tidak ada lagi alam-alam ghaib dan nyata, dalam lapisan
hakikat insan yang paling akhir lagi terdalam, tidak ada hijab, tidak
ada waktu, tidak ada noda dan dosa sejak dahulu atau sekarang, tidak ada
kematian dan kekal bersama-sama Dzat Allah.
Orang yang di dalam kategori pertama tenggelam di dalam keadaan atau maqamnya adalah menjadi hamba kepada keadaan atau maqamnya sendiri sama ada di maqam insan khalifah atau maqam insan abdiyah (perhambaan). Ia merasa senang sekali ketika berada di dalam keadaan atau maqamnya. Begitu pun ia merasa sedih jika ditinggalkan keadaan atau maqamnya itu. Pendek kata ia masih terbelenggu dan belum dapat melepaskan wujud dirinya oleh sesuatu selain Dzat Allah.
Orang yang di dalam kategori kedua pula tidak pernah berduka ketika kehilangan keadaan atau maqamnya dan tidak pernah pula bergembira ketika mendapat keadaan atau maqamnya. Kerana sesiapa yang telah menemukan Wujud Allah tidak mengharapkan lagi apa yang lainnya. Bagi si Arif bahawa sesuatu selain Allah adalah fana. Tidak ada yang wujud selain DIA yang maha nampak dan nyata. Justeru itu ia sudah terlepas dari segala sesuatu.
Sebagaimana Nabi Yunus pada mulanya menyaksikan DIA di dalam kegelapan perut ikan nun di dasar laut yang paling dalam, "Tidak ada yang wujud (tuhan) kecuali Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku ini manusia yang berbuat kezaliman!" Dengan pengakuan tersebut akhirnya Allah melepaskan Nabi Yunus dari penjara perut ikan itu. Bererti Nabi Yunus juga telah terlepas dari belenggu wujud dirinya dengan mengaku telah berbuat zalim.
Selagi manusia itu merasakan ada wujud dirinya selagi itulah manusia selalu suka berbuat perkara-perkara kezaliman yang dimurkai Allah serta selalu ikut campur dalam urusan Allah dengan cara menentang kehendak, pilihan dan ketentuan Allah. Tidak mahu berserah kepada Allah. Apatah lagi pandangan batinnya selalu menyimpang dari Rububiyah.

No comments:
Post a Comment