Monday, 26 June 2017

LOVE.. PEACE.. HARMONY.

LOVE.. PEACE.. HARMONY..
Tapi malangnya orang islam ramai yang tidak mampu untuk berkasih sayang.. Hablu Minallah cantik,..tapi Hablu Minannas ke laut..
Sesama islam pun bergaduh pecah kepala, dek kerana perbezaan imam dan mazhab.. apatah lagi nak berpeluk mesra dengan kafir laknat..
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al-Hujurat, 13)
Tak salah pun mengucapkan Merry Christmas kepada orang Kristian.. Tak berdosa pun jika memakan Kuih Bulan orang Buddha.. Dan tak jatuh murtad pun jika pergi melawat Kuil Hindu di Batu Caves..
Kesimpulannya, pandanglah segalanya sebagai Allah.. Nescaya engkau akan menilik dengan pandangan cinta dan kasih sayang.. Renung-renungkan, dan semoga beroleh faham.. Amiin2
#doneDAKWAH
#TazkirahSYAWAL
#AKUyangDAKWAH
#ENGKAUyangPANAS

No comments:

Post a Comment