Adapun Tuhan itu berdiri dengan sendiriNya seperti ALIF dan ALIF itulah dinamakan KUNHI ZAT lagi bersendirian, itulah nyawa Muhammad mengandungi rahasia Tuhan.
Lantaran itulah dikatakan Tuhan itu di dalam nyawa segala manusia (Maha Suci Allah Taala daripada bersifat makhluk), itulah rahasia Aku dan Aku pun rahasiaNya.
Sebagaimana sabda Nabi di dalam Hadis Qudsi:
"AL-INSANU SIRRI WAANA SIRRUHU" -
Manusia itu rahasiaKu dan Aku pun rahasianya.
Ini kerana Nur Muhammad itu sekata dengan Tuhannya dan Tuhannya pun sekata dengan Nur Muhammad, maka Allah pun bernama Allah dan Muhammad itulah Allah (berhati2lah membicarakannya dengan pandangan dzauq dan wijdan lantaran ia terlalu sulit dan dalam).
Justeru itu Allah mengatakan: "Awal Nabi SAW itulah yang sebenar2nya Aku di dalam Muhammad."
Kata Muhammad: "Aku di luar Allah, ketika ghaib bersendirian Aku Tuhan diluarkan" (tidak ada sesiapa pun kecuali Aku sahaja).
Tuhan berfirman dalam Surah Al-A'raf ayat: 172 mafhumnya:
"Bukankah Aku Tuhan kamu?"
Lalu dijawab oleh Nur Muhammad:
"Benar" (Engkau Tuhanku Tuhan kami).

No comments:
Post a Comment