Tuesday, 20 June 2017

ROH ITU URUSAN KU

ROH ITU URUSAN KU
ROH sangat tinggi martabatnya, melebihi peringkat malaikat. Tempatnya di sisi Allah yang Maha Tinggi. ROH inilah yang mengingat Allah (zikrullah) seolah-olah kerjanya mengingat Allah sahaja. Seolah-olah makan minumnya "zikrullah" sahaja.
ROH yang suci ini sentiasa mentauhidkan Allah Yang Maha Suci. Najis padanya hanya satu, iaitu menyekutukan Allah. ROH ini sangat cinta kepada Allah SWT. la memuja dan memuji Allah sentiasa. Allah itu kekasihnya. Cukuplah Allah itu baginya. Demikian perhubungan Allah dengan ROH.

No comments:

Post a Comment