DAPAT ATAU TIDAK MELIHAT الله
KETIKA DI DUNIA ?
(Siapa buta di dunia ia akan buta di akhirat)
Antara Pendapat ahli Syariat dan pendapat ahli Makrifat/Hakikat.
Ilmu tasawuf ini adalah ilmu yang 1 bercabang 1000. Ia ilmu merapatkan jurang dan ukhwah serta saling menghormati pandangan dan pendapat antara ahli Syariat dan ahli Hakikat. masing2 berdasarkan kepada maqam "kefahaman" masing2.
Pandangan ahli Syariat juga benar dan pandangan ahli Makrifat/Hakikat juga benar. Masing2 memperkatakan الله mengikut maqam ilmu masing2. Ahli Syariat membicarakan tentang الله dengan maqam ilmu Syariat (pandangan zahir) dan ahli Hakikat/makrifat membicarakan tentang الله dengan maqam ilmu Hakikat/makrifatnya (pandangan batin).
Tidak dapat MELIHAT الله dengan MATA ZAHIR di dunia adalah benar dan dapat MELIHAT الله dengan MATA BATIN juga adalah benar.
Ahli Syariat berbicara dari sudut maqam ilmu Syariat. Ahli hakikat berbicara dari sudut maqam ilmu Hakikat. Namun walaupun pada asasnya saling 'bertentangan' tetapi kedua duanya benar mengikut kefahaman ilmu masing-masing.
Aisyah r.a. mengatakan Rasulullah SAW tidak pernah melihat الله dengan mata zahir itu memang benar. Tetapi Aisyah r.a. tidak pernah pula menafikan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah melihat الله dengan "mata hati"..
3 Sahabat Rasulullah SAW memberi jawapan yang 'sama' ketika ditanya tentang "Melihat الله" .. Saidinar Omar, Abu Bakar dan Ali .. ketika ditanya ..
"Apakah kamu pernah melihat الله?"
Mereka menjawab :
"Aku tidak menyembah TUHAN الله yang tidak aku LIHAT!"
(Membawa erti : "Aku hanya menyembah TUHAN الله yang aku LIHAT!")
Yang dimaksudkan di sini adalah : "Melihat dengan Mata Hati" ..
Ya, demi Allah orang orang yang telah "Dicelikkan الله" akan mata hatinya (mata batin) .. mereka mampu "melihat الله" di dunia lagi .. dan semua para Wali الله itu telah melihat الله dengan mata hati ...
Dari pandangan mata hati dalam melihat الله yang telah "MENDALAM" itu (zouk/fana/tenggelam) akhirnya orang orang Sufi atau golongan Khusus yang suci dan telah "celik mata hatinya" ... dari pandangan mata hati (melihat الله secara batin itu) akhirnya mereka "seolah-olah" dapat "MERASA" mereka dapat "melihat الله" dengan mata zahir juga .. Tetapi sebenarnya bukan dengan pandangan yang hakikat nyata, tetapi Tajjali Wujud-Nya الله di dalam setiap sesuatu yang dilihat oleh mata zahir kesan dari "Ketajaman" Mata hati mereka (Sufi) yang memandang.
Betul atau Salah bukanlah persoalan sebenarnya tetapi ia adalah persoalan tentang pencapaian "Pandangan Makrifat" mata hatinya seseorang Salik Sufi tu.
Imam Sufi Junaid Al Baghdadi (ASWJ) berkata :
"40 TAHUN AKU BERBICARA DENGAN الله, TETAPI MANUSIA YANG BERTEMU DENGAN AKU, MEREKA MENYANGKA BAHAWA AKU SEDANG BERBICARA DENGAN MEREKA."
Ini adalah bahasa insan insan yang telah "Tenggelam" di dalam LAUTAN MAKRIFATULLAH yang 'berkekalan' 24 Jam. Dalam tempoh 24 jam ini, para Sufi yang telah sampai kepada maqam kefahaman mereka, mereka sudah tidak melihat wujudnya alam material ini sebagai "objek" lagi kecuali الله semata-mata hakikat di dalam setiap 'sesuatu'...
Demi الله dan demi Rasulullah : Ada di antara sifat sifat الله yang mampu "dilihat" dengan mata kepala. Seperti Sifat CANTIK, BERKALAM, BIJAKSANA, MELIHAT, MENDENGAR, MERASA dll ... semua itu adalah sifat sifat Allah yang Nyata yang telah "DIPAKAIKAN" oleh الله pada tubuh zahir makhluk-Nya "MANUSIA" ... semua itu adalah sifat sifat "pinjaman Tuhan" atas diri makhluk yang paling الله SWT cintai iaitu kita.
Jadi .. Siapa kata الله tidak mampu dilihat? Sifat Cantik itu tidakkah ianya daripada Sifat الله? (JAMAL?) ..
Imam Sufi Rumi berkata : "Jika kamu ingin melihat الله, tilik dan lihatlah pada Wajah Manusia" .. di situ kamu akan 'lihat' DIA dan keindahan-Nya di dalam keadaan tersenyum."
Di atas ini adalah bahasa insan insan yang telah "tenggelam" di dalam Nur Makrifatullah yang mana TIDAK MAMPU DIFAHAMI OLEH ORANG ORANG YANG MASIH AWAM AKAN "KEFAHAMAN" ILMUNYA.
Hanya yang mengikuti Jalan Para Wali sahaja, dan yang telah membersihkan hatinya sahaja yang mampu "mengerti" tentang ilmu para Wali الله ini.
Jika kita masih di dalam maqam keilmuan 'awam' maka pandangan kita akan berada di dalam lingkungan "ilmuan awam" juga. Hanya Wali yang mengenal Wali, dan hanya Wali-Wali kecil sahaja (yang telah membersihkan hatinya dengan ilmu Sufi sahaja) yang mampu memahami ilmu2 para Wali.
Tidak timbul Salah atau Benar di dalam membicarakan ilmu الله ini .. tetapi ia bergantung kepada "kefahaman" yang الله "sinarkan" pada hatinya (Nur Makrifatullah di dalam hati hati yang suci dan bersih dari sifat sifat mazmumah atau tercela).
UNTUK PERINGATAN SAHABAT2
DAN BUAT DIRI SENDIRI;
Salinglah menghormati "maqam ilmu" masing masing .. sesekali jangan dibuktikan siapa yang lebih benar atau pandangan siapa yang salah. Tetapi apa yang lebih penting adalah menuntut ilmu-ilmu-Nya sedalam yang mungkin hingga datangnya maqam "kefahaman" daripada الله SWT di dalam hati kita. Elakkan daripada menyalahkan sesiapa. Orang Hakikat hormati pandangan orang orang Syariat. Dan orang Syariat menghormati pandangan orang orang Hakikat.
Hadis2 Rasulullah mempunyai "Double meaning" .. Zahir maksud hadis 'lain' tapi Batin maknanya 'lain' ..
Golongan Awam memahami hadis secara Zahir sahaja. Tetapi Golongan Khusus memahami hadis secara 'Batin' dengan makna yang 'tersirat' ..
Ingatkah kita apa kata Abu Hurairah r.a.?
"Hanya sebahagian Hadis Rasulullah sahaja yang aku sebarkan (kepada awam), sebahagian lagi hadis jika aku sebarkan nescaya orang akan menghalalkan darahku untuk ditumpahkan"
(Cth: Al Hallaj, Syekh Siti Jenar, Hamzah fansuri)
Manusia adalah ciptaan terbaik, sempurna dan dimuliakan (khalifah di muka bumi).. manusia dijadikan kerana kasih sayang.. kalau tidak kerana muhammad tidak الله ciptakan Adam, alam serta mahkluk2 Nya yg lain.. dan dalam firmanNya الله menyebut :
“AL INSAN SIRRI WA ANA SIRRUHU”
Insan itu RahasiakKu dan Akulah Rahasia Insan
Sebab itulah bermulanya agama mengenali الله yaitu mengenali hakikat diri (Roh) bukan mengenali jasad yang mati.. Dengan mengenali Roh (Nur Muhammad) inilah yang membawa kita kepada الله kerana roh inilah yang menyimpan/yang mengetahui rahasia الله.
Perkongsian dari FB
Tn. Hj. Alkhas Alfadil

No comments:
Post a Comment