HAKIKAT HARI RAYA
Untuk menentukan hari raya, hendaklah kita pastikan yang anak bulan itu, “terbit” terlebih dahulu, setelah terbitnya anak bulan, barulah boleh kita menyambut puasa. Manakala untuk menyambut hari raya, hendaklah kita tentukan yang anak bulan itu “kelihatan” terlebih dahulu. Untuk menentukan puasa, kita dikehendaki melihat anak bulan sehingga terbit. Manakala untuk menentukan hari raya pula, kita dikehendaki melihat anak bulan sehingga kelihatan. Persoalannya di sini, apakah maksud yang tersirat di sebalik perkataan “terbit” anak bulan dan apakah maksud perkataan “kelihatan” anak bulan?
Untuk memahami maksud yang tersirat di sebalik puasa dan yang tersirat di sebalik hari raya, kita hendaklah terlebih dahulu faham apakah maksud perkataan terbit dan apakah erti perkataan kelihatan, inilah kunci untuk memahami ilmu makrifat, dalam kaedah, jalan atau cara kita mentafsir apakah maksud sebenar Ramadan!
Maksud terbit anak bulan itu, adalah merujuk kepada mula terbitnya pengetahuan kita kepada wujudnya diri kita (mula berfikir yang diri kita ini ada). Sesudah kita mula insaf, yang diri kita ini milik Allah, hak Allah dan kepunyaan Allah, itulah yang dikatakan maksud, makna dan erti terbit anak bulan. Iaitu bermaksud terlihat adanya diri, sesudah terlihat adanya diri, maka mulalah timbul (kelihatan) keinsafan di dalam diri kita, bahawa yang diri kita itu, sebenarnya bukan hak kita, bukan milik kita dan bukan kepunyaan kita! Sehubungan dengan itu, timbul, terbit atau terlihatlah keinsafan ke dalam hati kita bahawa diri kita ini, wajib kita serahkan kembali diri kita kepada tuannya yang asal. Penyerahan diri kita kepada tuan yang asal (Allah) itulah yang dikatakan “puasa“. Puasa itu, ertinya berpantang mengaku diri.
Berpuasa itu, adalah penyerahan diri atau berpantang mengaku adanya diri, berpantang mengaku adanya aku. Setelah kita mengaku yang diri kita ini tidak ada dan tidak memiliki apa-apa, itulah ertinya puasa. Serah mulut dengan kata-katanya, serah mata dengan penglihatannya, serah telinga dengan pendengarannya, serah tangan dengan kekuatannya, serah kaki dengan berdirinya dan serah alat sulit dengan kemahuan dan kehendaknya., itulah puasa. Puasa bukannya dengan menjaga mulut dari mengumpat, mata supaya lihat Quran, mulut untuk mengaji dan sebagainya. Itu puasa pada fahaman fekah, adapun puasa pada fahaman ilmu makrifat itu, mengembalikan segala sifat kepada Allah.
Adapun bilamana “kelihatan” anak bulan, maka hendaklah kita berhari raya dan haram berpuasa! Kenapa haram berpuasa pada hari raya? Sedangkan jika ikut logik akal, apa salahnya jika kita berpuasa pada hari raya, mungkin dengan cara itu, lebih menunjukkan yang bahawasanya kita itu alim dan taat kepada Allah, sehingga orang lain sedang berhari raya bergembira bersuka ria dengan makan minum, namun bagi kita yang ingin menunjukkan taat dan alim kita kepada Allah, apa salahnya jka kita berpuasa pada hari raya, sayangnya kenapa tidak dibolehkan di dalam Islam? Ini pasti ada muslihat di sebaliknya! Persoalannya di sini, apakah muslihat itu?
Muslihat hukumnya haram (tidak boleh) berpuasa pada hari raya itu, adalah kerana sebab “sudah kelihatan” anak bulan. Tetapi semasa “sudah terbitnya” anak bulan, kita diharamkan berpuasa dan diwajibkan berhari raya! Terbit anak bulan ertinya kita kena berpuasa (haram berhari raya), manakala kelihatannya anak bulan, ertinya kita kena berhari raya (haram berpuasa)! Apakah muslihatnya?
Muslihat di sebalik maksud berpuasa (terbit anak bulan) itu, adalah bermaksud kita terlihat adanya diri kita (anak bulan “diri kita”), diri kita itulah maksud terbit anak bulan. Bilamana kelihatan adanya diri (bilamana kelihatan terbit anak bulan), hendaklah kita berpuasa, iaitu dalam erti kata hendaklah kita menyerahkan diri kepada Allah, jangan sampai terlihat lagi adanya diri. Mengikut ilmu falak (kaji bintang), anak bulan atau bintang kecil, semasa mengelilingi bulan, anak bulan semasa itu berkedudukan bersebelahan bulan (seumpama bulan sabit kecil bersebelahan bulan).
Untuk lebih faham, cuba tuan-tuan ambil piring kecil (anak bulan atau bintang) mengelingi pinggan besar bulan). Letakkan pinggan besar menutup piring kecil, biar piring kecil itu, berkedudukan di bawah pingggan besar seperti bulan sabit (seumpama bulan sabit di kereta ambulan) atau seperti bulan sabit (seumpama lambang pandu puteri). Piring itu, kelihatan terkeluar sedikit bersebelahan pinggan besar, piring kecil (anak bulan) terletak di bawah pinggn besar. Jika tuan–tuan betul-betul nak belajar erti ramadan sebenar, saya mahu tuan-tuan benar-benar buat apa yang saya sarankan, baru beroleh berkat dan beroleh ilmu faham. Bilamana piring itu sedikit kelihatan, maka tandanya puasa.
Manakala setelah piring kecil mengelilingi pinggan besar, iaitu setelah terlindung piring kecil oleh pinggan besar, itulah yang dikatakan terbitnya anak bulan, iaitu setelah anak bulan (piring kecil) benar-benar terkeluar atau terselindung di sebalik pinggan besar (ibu bulan), setelah bulan benar-benar terbit dengan nyata (tengelam anak bulan di dalam ibu bulan (tenggelam di sebalik bulan), maka wajiblah berhari raya dan haram berpuasa.
Ertinya di sini, haram lagi kita mengaku yang kita itu kita, diri itu diri dan aku ini aku! Hendaklah kita berhari raya atau bebaskan diri kita dari mengaku diri itu kita. Hendaklah kita lepaskan diri (anak bulan) dan bebaskan diri (anak bulan) ke dalam bulan (ibu bulan). Ibu bulan atau bulan itu, ertinya hendaklah kita lepaskan atau hendaklah kita bebaskan diri kita kepada Allah. Iaitu tenggelamkan diri kita dalam ibu bulan iaitu Allah Taala.
Setelah anak bulan (diri) kita sudah binasa, lenyap, tenggelam, karam serta binasa dalam wajah Allah, maka di situ hukumnya haram lagi mengaku adanya aku (tidak lagi kelihatan anak bulan). Setelah tidak lagi kelihatan diri (anak bulan), yang jelas kelihatan semasa itu, adalah hanya Allah (ibu bulan). Setelah kelihatan atau setelah nyata ibu bulan, maka berhari rayalah kita (haram berpuasa)!
Bilamana kelihatan ibu bulan, kita tidak lagi boleh mengaku yang aku itu bersifat gagah, aku kuat, aku cantik, aku lawa, aku kaya, aku untung, aku besar, aku menang, aku budiman, aku rajin, aku taat, aku alim dan sebagainya. Perkataan aku (anak bulan) itu, hendaklah kita hilangkan, padamkan, tenggelamkan dan marilah di ketika itu, sama-sama kita biarkan diri kita karam dalam wajah Allah. Biarlah Allah sahaja yang kaya, yang cantik, yang gagah, yang kuat, yang untung, yang taat, yang rajin dan yang alim.
Inilah yang dikatakan tenggelamnya anak bulan (diri) dalam ibu bulan (Allah). Maka itulah yang dikatakan berhari raya dan haram berpuasa. Haram sudah di ketika itu, kita mengaku aku, maka berhari rayalah kita. Setelah berhari raya, haram sudah kita mengeluh, kecewa, patah hati, merajuk, mengumpat, mencela, mengeji, mengata orang dan sebagainya. Setelah kita berhari raya, sungguhpun kita rugi dalam perniagaan, sungguhpun dicaci orang, bilamana kereta berlaku kemalangan, hutang tidak dibayar orang, wang ringgit hilang dicuri orang, rumah terbakar, isteri dicerai suami atau suami ditinggal isteri, kita jangan mengeluh, malahan berterima kasih (bersyukur).
Bilamana berhari raya, kita tidak boleh marah apabila kereta kita dilanggar orang, sebab apa kita tidak boleh marah, kita tidak boleh marah itu, adalah sebabnya sebelum orang langgar kereta kita, sesungguhnya Allah sudah terlebih awal dan terlebih dahulu melanggar kereta kita semasa dan di ketika dalam Luh Hul Mahfuz. Bermaknanya di sini, perkara perlanggaran kita itu, adalah sesuatu perara yang bukan baru, malahan perkara perlanggaran itu, sesungguhnya perkara yang sudah siap tertulis, siap ditetapkan, siap tercatat, termaktub dan sudah siap ditentukan sedari awal oleh Allah Taala sejak di azali lagi (jadi buat apa nak marah). Inilah maksud berhari raya (haram berpuasa) setelah anak bulan diri tengelam dalam ibu bulan (Allah).
Setelah kita berhari raya (anak bulan tenggelam dalam ibu bulan), hati kita akan jadi lebih tenang, tenteram, sejuk, damai, aman, pemurah, pemaaf, tidak pendendam, sabar dan ikhlas dalam mengerjakan sesuatu atau menerima sesuatu dugaan atau musibah.
Adapun kebanyakan orang sekarang, berpuasa hanya pada lapar dan dahaga semata-mata (iaitu puasa yang paling ringan dan puasa yang paling kecil). Adapun puasa yang paling besar dan paling berat itu, adalah puasa berserah diri kepada Allah Taala. Tidak kira bulan Januari atau Disember. Berpuasa sepanjang bulan, sepanjang tahun dan sepanjang hayat… amiin2

No comments:
Post a Comment