Bahagian-Bahagian Solat Ahli Sufi
Ahli Sufi mendefinisikan solat kepada beberapa bahagian:
1. Solat Syariat: Solat 5 waktu & solat sunat yang dikerjakan menurut rukun dan syarat dan berkiblat ke Baitullah Kaabah.
2. Solat Tarekat: Diperjalankan untuk menuju Allah dengan zikir nafas “Allah Hu”. Hu ketika masuknya nafas dan Allah ketika keluarnya nafas.
3. Solat Hakikat: Solat yang berkekalan atau disebut Solat Daim. Tanpa rukun dan syarat serta tidak ada apa-apa bacaan selain ingat kepada Allah semata-mata di dalam keadaan berjalan, duduk, berbaring, atau sedang berada di mana-mana sahaja. Ingat kepada Allah itu adalah di dalam qalbu, ruh, dan rahsia, sehingga tidak ingat lagi kepada Allah yang bererti fana kecuali ia diingati Allah atau Allah yang mengingatinya yang bererti baqa billah.
4. Solat Makrifat: atau disebut Solat Wusta yakni solat yang di tengah-tengah sebagaimana firmanNya, “Ke mana sahaja kamu hadapkan wajahmu di situ adanya Wajah Allah.” Solat Wusta ini adalah di sudut relung mata hati yang paling terdalam dan tersangat hampir dengan Wajah Allah. Umpama seorang yang sedang berdiri di tengah-tengah lengkaran padang sebuah stadium besar, ke mana pun ia berpaling, ia dapat melihat sesiapa sahaja di sekelilingnya. Solat Wusta ini juga ialah menyaksikan Allah dalam segala sesuatu dan Allah menyaksikannya pula dalam segala sesuatu. Pendek kata, Solat Wusta adalah Penyaksian, Penyatuan dan PengEsaan antara hubungannya dengan Allah dan bukan merupakan bentuk penyembahan.
5. Solat Mikrajul Mukmin: Solat inilah naiknya hamba kepada Zat Rabbul Jalal – Kekasih dan turunnya pula kepada hamba sebagai Zat Rabbul Jamal – Yang DiKasihi. Solat Mikrajul Mukmin ini menghimpunkan dan menyempurnakan semua bahagian solat yang tersebut di atas.
======================
USTAZ ABU FAROQ AL HAJ : "Jika seseorang itu tidak Solat, tidak puasa, tidak zakat, dan lain sebagainya, ketika dia meninggal dunia akan disoal dan dihisab oleh Allah, lalu pertanyaanNya, mampukah dia melewati semua itu??"
===========================
===========================
===========================
TUAK ILAHI : Yang dihisab itu ialah kaum SYARIAT seperti ente, yang selalu bermain dengan Amal Pahala Syurga Neraka Siksa dan lain sebagainya, matinya menjadi BANGKAI
-------------------------------------------------------
Sedangkan matinya orang makrifat itu tidak ada hisabnya, maksudnya orang makrifat itu tanpa hisab hilang lenyap di kubur kembali ke asal Allah
-------------------------------------------------------
Kerana hamba itu tidak ada di bumi, maka kembalinya pun harus juga tidak ada, kalau masih ketinggalan tulang belulang itu namanya bangkai bukan MAYAT, sini datang sama PAPA TUAK, nanti papa ajari ilmunya

No comments:
Post a Comment