Srikandi
Abdul Malik Mansur The Great
Di sana terdapat sekurang-kurangnya empat pihak yang menyimpan sejarah negeri Perak berdasarkan pemerhatian mereka. Dari mereka inilah semua penulisan sejarah dirujuk dan keluar sebagai historiografi moden.
Lain-lain macam catatan pihak luar selain Inggeris. Namun sumber ini tidak banyak dan bersepadu sepertimana keempat-empat sumber ini.
Pertama, kerabat diraja. Mereka ada rekod bertulis dan lisan serta salasilah.
Kedua, bangsawan. Contohnya salasilah Megat Terawis, Panglima Kinta, Orang-orang Besar dan sebagainya.
Ketiga, pihak pentadbir kolonial. Macam biasa, Wilkinson dan Winstedt mendominasi pemerhatian sejarah Perak dari kacamata pihak kolonial.
Keempat, kerabat pemerintah sebelum baiah kesultanan. Ini termasuk semua maharaja, panglima (cth Panglima Sakai), mangku (cth Mengkong, Pangku) dan haluan. Mereka ini adalah pemerintah2 di sepanjang Sungai Perak pasca-Gangga Negara/Manjung/Beruas dan menjelang kedatangan Sultan Mudzaffar Syah I.
Yang keempat ini, ramai yang terlepas pandang.
Orang yang nak mengkaji sejarah negeri-negeri Melayu mesti mengambilkira pandangan kedua-dua belah pihak sama ada pihak istana atau pihak asing.
Terutamanya dalam kes negeri Perak sekitar abad ke-17 hingga abad ke-19, banyak menggunakan tipu muslihat dan diplomasi bagi mengekalkan kebebasannya. Contohnya Perak bersekutu dengan Selangor melawan Siam dan Ligor (1822), bersekutu dengan Inggeris melawan Ligor (1826) dan menahan serangan Kedah (1818) dengan diplomasi dan rundingan. Semua ini akan menjawab misteri kehadiran askar-askar Selangor di negeri Perak ketika itu dan mengapa tiada bukti sahih peperangan terjadi antara Perak dan Kedah.
Dalam hal ini Sultan Abdul Malik Mansur layak digelar "Abdul Malik Mansur The Great" kerana kebijaksanaan diplomasi dan taktikalnya yang jauh mengatasi fikiran raja-raja Melayu yang lain ketika itu:
1) Mengajak Kedah bersatu dengan Perak melawan Siam, namun sultan Kedah enggan.
.
2) Bersatu dengan Selangor melawan Ligor, dan ini berjaya menewaskan askar Ligor. Rama II amat marah apabila mendengar askar-askar bersekutu Perak-Selangor menewaskan tenteranya.
.
3) Kedah dengan tidak berfikir panjang ingin menyerang Perak untuk melepaskan tekanan dari Siam, namun kebijaksanaan diplomasi dari pihak Perak menghalang pertempuran terjadi.
.
4) Perak memperdayakan Rama II dengan menghadiahkan gajah cacat kepada raja Siam itu. Gajah yang pelik masih menjadi tahyul kepada orang Siam yang obses dengan gajah. Perak bebas dari tuntutan menghantar bunga emas.
.
5) Mengugut Inggeris dengan menghentikan perdagangan timah bagi meminta bantuan senjata dan kapal perang bagi melawan Ligor dalam satu serangan lain. Inggeris juga ditakutkan dengan laporan Siam akan menyerang Perak dan Selangor (ini akan mengancam kepentingan Inggeris). Inggeris dengan segera menghantar bantuan kepada Perak dan berjaya menghalau askar-askar Ligor ( situasi ini ketika anaknya, Sultan Abdullah Muadzam Shah memerintah namun taktik ini berasal dari usaha ayahnya meminta bantuan Inggeris ketika menghadapi Kedah).

Kepada anak-anak Perak khususnya dan orang Melayu amnya mesti belajar fikiran dan kebijaksanaan sultan Perak ke-19 ini. Memang kalau obses sangat dengan sumber Inggeris atau Thai takkan jumpa benda-benda macam ni. Mereka takkan 'highlight'-kan kehebatan musuh mereka menganjing mereka sendiri. :D
Kebijaksanaan sultan ini sampai menghapuskan mitos Siam adalah sukar ditewaskan dan Inggeris adalah bijak. No..this is crap. Dengan kepintaran strategi, diplomasi dan taktikal, Siam boleh ditewaskan dan Inggeris mampu diperdayakan.
Pangkor dan Dinding yang dipinjam kepada Inggeris dapat balik, negeri Reman Perak ambik.
~Srikandi
Cik Puteh Inang Duabelas
Cik Puteh Inang Duabelas
update MF: http://goo.gl/eInJzI
No comments:
Post a Comment