Tuesday, 4 October 2016

QALBU MUKMIN BAITULLAH

QALBU MUKMIN BAITULLAH
Dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika ia baik maka baik pulalah akhlaknya dan jika ia tidak baik maka tidak baik pula akhlaknya. Ia adalah qalbu atau biasa kita kenal dengan namanya hati.
ALLAH telah berfirman dalam hadis qudsi,
“Qalbul Mukmin Baitullah.”
“Qalbu orang yang beriman itu adalah rumah ALLAH.”
“Tidak dapat memuat zatKu di bumi dan di langitKu, kecuali “Hati” hambaKu yang mukmin, lunak dan tenang“
(HR Abu Dawud)
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ
“Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan.” (QS. Ar Rahman: 33)
وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
“Dan katakanlah: “Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong (سُلْطَاناً نَّصِيراً)“ (QS Al Israa’: 80)
Diriwayatkan oleh Syeikh Syamsuddin at-Tabrizi bahawa suatu hari ketika Syeikh Abu Yazid al-Busthami sedang dalam perjalanan menuju Makkah untuk menunaikan ibadah haji, beliau mengunjungi seorang sufi di Bashrah. Secara langsung dan tanpa teragak-agak, sufi itu menyambut kedatangan beliau dengan sebuah pertanyaan: “Apa yang anda inginkan wahai Abu Yazid?”.
Syeikh Abu Yazid pun segera menjelaskan: “Aku hanya singgah sejenak, kerana aku ingin menunaikan ibadah haji ke Makkah”.
“Cukupkah bekalmu untuk perjalanan ini?” Tanya sang sufi.
“Cukup”, jawab Syeikh Abu Yazid.
“Ada berapa?”, sang sufi bertanya lagi.
“200 dirham”, jawab Syeikh Abu Yazid.
Sang sufi itu kemudian dengan serius menyarankan kepada Syeikh Abu Yazid: “Berikan saja wang itu kepadaku, dan bertawaflah di sekeliling hatiku sebanyak tujuh kali”.
Ternyata Syeikh Abu Yazid masih sahaja tenang, bahkan patuh dan menyerahkan 200 dirham itu kepada sang sufi tanpa ada rasa ragu sedikit pun. Seterusnya sang sufi itu mengungkapkan: “Wahai Abu Yazid, hatiku adalah rumah Allah, dan Kaa’bah juga rumah Allah. Hanya saja perbezaan antara Kaa’bah dan hatiku adalah, bahawasanya Allah tidak pernah memasuki Kaa’bah semenjak didirikannya, sedangkan Ia tidak pernah keluar dari hatiku sejak dibangunkan olehNya”.
Syeikh Abu Yazid hanya menundukkan kepala, dan sang sufi itu pun mengembalikan wang itu kepada beliau dan berkata: “Sudahlah, teruskan sahaja perjalanan muliamu itu menuju Kaa’bah”, perintahnya.
Dalam bahasa ilmu Tasawuf, Kiblat kita itu ada 4 iaitu:
Kaa’bah (Syariat),
Qalbu (Tarekat),
Mursyid (Hakikat)
Allah (Makrifat)
Dari kompilasi banyak sumber di atas, bagaimana kita memahami tentang Baitullah yang tepat?
Jelas dan nyata bahawa belajar agama selalu bermula dari perkara lahiriah dan perkara batiniah. Keduanya saling berhubungan.
Sebagai rukun Islam yang kelima, menunaikan ibadah haji adalah wajib bagi mereka yang mampu.
Hati harus sentiasa dijaga kesuciannya agar Allah selalu redha memberi petunjuk, Nur dan Cahaya serta zatNya sentiasa dapat kita saksikan.
Jihad akbar adalah menakluki nafsu sehingga hati menjadi sentiasa berzikir kepada Allah SWT.
Makrifatullah adalah cita-cita tertinggi seorang mukmin. Amiin²

1 comment: