Di Asia Tenggara ini adalah yang paling subur berkembangnya Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi dan sebahagian yang dapat dikenal adalah 41 banyaknya menurut catatan oleh sebahagian ulama yang mengetahuinya.
01. Tarekat Naqsyabandiyah
02. Tarekat Qadiriyah
03. Tarekat Syazaliyah
04. Tarekat Rifaiyah
05. Tarekat Ahmadiyah
06. Tarekat Dasuqiah
07. Tarekat Akrabiah
08. Tarekat Maulawiyah
09. Tarekat Kubrawiah
10. Tarekat Sahruwardiah
11. Tarekat Khalwatiah
12. Tarekat Jalutiah
13. Tarekat Baktasyiah
14. Tarekat Ghazaliah
15. Tarekat Rumiah
16. Tarekat Sya'diyah
17. Tarekat Jisytiah
18. Tarekat Sya'baniah
19. Tarekat Kalshaniah
20. Tarekat Hamzawiah
21. Tarekat Biramiah
22. Tarekat Alwiyah
23. Tarekat Isyaqiah
24. Tarekat Bakariah
25. Tarekat Umariah
26. Tarekat Usmaniah
27. Tarekat Abbasiyah
28. Tarekat Haddadiah
29. Tarekat Ghaibiah
30. Tarekat Chidriah
31. Tarekat Syathariah
32. Tarekat Bayumiah
33. Tarekat Maulamiah
34. Tarekat Idrusiah
35. Tarekat Sunbuliah
36. Tarekat Ausiah
37. Tarekat Anfasiah
38. Tarekat Samaniah
39. Tarekat Badawiah
40. Tarekat Sanusiah
41. Tarekat Husofiyyah
Demikianlah 41 Tarekat ini mempunyai hubungan salasilah yang bertawasul dengan segala salasilah masyaeeh-masyaeeh ahlus sufi hingga sampai kepada Rasulullah S.A.W.
Tidaklah diperdapat ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi ini dengan mudah begitu saja seperti mengaji ilmu syariat, kerana disini ada beberapa syarat yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Yang paling utama untuk mengambil ilmu ini adalah dengan dibai'atkan atau ditalkinkan daripada mulut guru mursyid kamil mukamil yang masuk dalam rantai salasilah Ahli Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah S.A.W, yang mana Baginda juga ditalkinkan oleh Malaikat Jibril A.S. di Gua Hira'.
Jangan disangka mengambil ilmu ini Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi ini seperti belajar ilmu Syariat yang zahir seperti duduk di bangku sekolah di dalam kelas dengan pakai papan hitam dan kapur oleh guru yang mengajar dan si murid pakai pena dan buku tulis untuk menyalin dan dibawa pulang untuk dihafal, diingat dan nanti akan ditanya dan diuji supaya naik kelas. Bukan sekali-kali bukan, itu cara ilmu zahir. Adapun ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi ini adalah seperti yang dilakukan oleh Nabi Musa di Bukit Thursina sampai ia menerima kitab Taurat buat panduan dirinya dan panduan kaum umat Bani Israel.
Begitu juga yang dilakukan oleh Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. hingga menerima Wahyu Al-Qur'an buat panduan dirinya dan seluruh umat manusia. Yakni dengan berkhalwat atau bersuluk mengasingkan diri dari dunia orang ramai iaitu dunia yang menipu daya manusia.
Sudah menjadi kaedah Ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi , bahawa tidak sebarangan orang yang boleh masuk ke dalam ilmu Tarekat ini kerana memang demikian dasarnya sejak Rasulullah S.A.W. masih hidup lagi dan apatah lagi nama Baginda tidak tercatat dalam daftar wali-wali pada azali. Dan itulah sebab tidak rasmi sebagai rasminya ilmu zahir syariat tadi.
Sesudah Allah memerintahkan solat 5 waktu kepada Baginda Rasulullah S.A.W. dan umatnya pada malam Israk Mikrajnya itu, maka Allah berkata pada Rasulullah S.A.W :
" Ya Muhammad ! Aku berikan engkau 3 macam ilmu "
Satu ilmu untuk engkau dan ajarkan untuk seluruh umat manusia. Itulah ilmu zahir (Syariat Zahir)
Satu ilmu lagi untuk engkau dan pilihlah di antara sahabat engkau. Itulah ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi (Syariat Batin)
Dan yang satu lagi hanya khusus untuk engkau dan tidak boleh diberikan walau pada siapa jua pun. Itulah ia ilmu Hakikat Rahsia. (antara kita dan Allah sahaja. Diharamkan menyatakan kepada sesiapa jua pun)
Kenapakah Allah aturkan sedemikian ?
Seperti bantahan orang-orang awam ! Sesungguhnya laut tidak sama dalam, pokok di hutan tidak sama tinggi, tanah tidak sama rata, begitu juga otak manusia, akal dan fikir ilmu orang Islam itu tidak sama kuatnya untuk menerima yang berat-berat dan pelik itu, ditakuti jadi gila sebab kualiti dan kuantitinya tidak sama. Tidaklah ia berdosa kalau ditegah memasuki ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi ini kalau otaknya lembik (otak beku).
Tetapi bilamana otaknya tajam, cerdas, berakal, waras, maka pelajarilah terlebih dahulu ilmu tauhid, ilmu usuluddin, ilmu sifat 20, ilmu tahqiq, ilmu hakikat dan ilmu tasawuf. Jika dengan mempelajari ilmu-ilmu tersebut ia tidak pitam, tidak pening lalat, tidak gila, maka bolehlah ia mempelajari ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi.
Ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi ini amat halus, seni, dalam dan cukup tinggi fahamnya. Nyaris-nyaris tidak dapat diterima oleh akal manusia biasa, apatah lagi orang awam ini. Itulah ia amal para Rasul, para Nabi sejak dari Nabi Adam A.S, amal para Aulia, para ahli Sufi, ahli Ma'rifat, ahli Hakikat dan ahli Tarekat Tasawuf.
Ilmu alam ghaib yang berada di sebalik yang nyata ini disebut metafizika yang hanya dapat dikenal dengan Rasa (Zuq-Wildan) atau Zuq Musyahadah. Bukan dikenal dengan panca indera atau akal fikiran biasa seperti ilmu pengetahuan secara ilmiah. Dan jika mereka ini beramal, jauh berbeza daripada amal-amal ahli zahir. Amal-amal ahli zahir adalah amal-amal (Zikir Hasanah) tanpa syarat dan khaifiat kerana mengharapkan pahala dan balasan syurga (ghairullah).
Tetapi ahlus Sufi lengkap dengan syarat-syarat dan khaifiatnya, beramal dan berzikir itu (Zikir Darjat) bukan mengharapkan pahala, bidadari, syurga dan segala isinya tetapi mengharapkan Tuan yang Empunya Syurga itulah yang menjadi tujuannya dan begitu juga redha-Nya. Itu sebabnya semua ahli sufi itu menyesuaikan dirinya dengan doa yang berbunyi :
" Ya Allah ! Engkaulah maksud aku dan redha Engkaulah yang aku cari. Bukan seperti ahli zahir yang belum kenal Allah, dia hanya bermaksud pahala, syurga dan menuntut bidadari sebagai upah penatnya beramal ibadat di dunia ini "
Semoga Allah membuka pintu hati kita dan menyinari qalbu kita dengan sinaran dan cahayaNya yang terang dan gemilang itu. Amiin²
No comments:
Post a Comment