Thursday, 13 October 2016

HAI'ATUL MAKNUN

HAI'ATUL MAKNUN
"Apabila ilmu ini aku sebar luaskan nescaya engkau sekalian akan memotong leherku "
Sangat sulit menjelaskan Hakikat dan Makrifat kepada orang-orang yang mempelajari agama hanya pada tata cara Syariat saja, menghafal ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis akan tetapi tidak memiliki ruh dari pada Al-Qur’an itu sendiri. Padahal hakikat dari Al-Qur’an itu adalah Nur Allah yang tidak berhuruf dan tidak bersuara, dengan Nur itulah Rasulullah SAW memperoleh pengetahuan yang luar biasa dari Allah SWT. Hafalan tetaplah hafalan dan itu tersimpan di dalam otak yang dimensinya rendah dan tidak akan mampu menjangkau hakikat Allah, otak itu baharu sedangkan Allah itu adalah Qadim sudah pasti Baharu tidak akan sampai kepada Qadim. Kalau anda cuma belajar dari dalil dan mengharapkan dapat sampai ke hadrat Allah dengan dalil yang anda miliki maka saya memberikan nasihat kepada anda: PASTI anda tidak akan sampai ke hadratNya.
Ketika anda tidak sampai ke hadratNya sudah pasti anda sangat hairan dengan ucapan orang-orang yang sudah bermakrifat, dapat berjumpa dengan Malaikat, berjumpa dengan Rasulullah SAW dan melihat Allah SWT, dan anda menganggap itu sebuah kebohongan dan sudah pasti anda mengumpulkan lagi puluhan bahkan ratusan dalil untuk membantah ucapan para ahli makrifat tersebut dengan dalil yang menurut anda sudah benar, padahal kadang kala dalil yang anda berikan itu bahkan sangat mendukung ucapan para Ahli Makrifat cuma sayangnya matahati anda dibutakan oleh hawa nafsu, dalam Al-Qur’an disebut Qatamallahu ‘ala Qulubihum (Tertutup mata hati mereka) itulah hijab yang menghalangi anda menuju Tuhan.
Rasulullah SAW menggambarkan Ilmu Hakikat dan Makrifat itu sebagai “Hai'atul Maknun” ertinya “Perhiasan yang sangat indah”. Sebagaimana hadis yang dibawakan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda :
“Sesungguhnya sebahagian ilmu itu ada yang diumpamakan seperti perhiasan yang indah dan selalu tersimpan yang tidak ada seorang pun mengetahui kecuali para Ulama Allah. Ketika mereka menerangkannya maka tidak ada yang mengingkari kecuali orang-orang yang biasa lupa (tidak berzikir kepada Allah)” (H.R. Abu Abdir Rahman As-Salamy)
Di dalam hadis ini jelas ditegaskan menurut kata Nabi bahawa ada sebahagian ilmu yang tidak diketahui oleh siapa pun kecuali para Ulama Allah yakni Ulama yang selalu Zikir kepada Allah. Ilmu tersebut sangat indah laksana perhiasan dan tersimpan rapi yakni ilmu Tariqat yang di dalamnya terdapat amalan-amalan seperti Ilmu Latahif dan lain-lain.
Masih ingat kita cerita nabi Musa dengan nabi Khidir yang pada akhir perjumpaan mereka membangunkan sebuah rumah untuk anak yatim piatu demi menjaga harta berupa emas yang tersimpan dalam rumah, kalau rumah tersebut dibiarkan saja maka emasnya akan dicuri oleh perompak, harta tersebut tidak lain adalah ilmu Hakikat dan Makrifat yang sangat tinggi nilainya dan rumah yang dimaksud adalah ilmu Syariat yang harus tetap dijaga untuk membentengi agar tidak jatuh ke tangan yang tidak berhak.
Semakin tegas lagi pengertian di atas dengan adanya hadis nabi yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagai berikut :
“Aku telah hafal dari Rasulullah dua macam ilmu, pertama ialah ilmu yang aku di anjurkan untuk menyebar luaskan kepada sekalian manusia iaitu Ilmu Syariat. Dan yang kedua ialah ilmu yang aku tidak diperintahkan untuk menyebar luaskan kepada manusia iaitu Ilmu yang seperti “Hai’atil Maknun”. Maka apabila ilmu ini aku sebar luaskan nescaya engkau sekalian akan memotong leherku (engkau menghalalkan darahku). (H.R. Tabrani)
Hadis di atas sangat jelas jadi tidak perlu dihuraikan lagi, dengan demikian barulah kita sedar kenapa banyak orang yang tidak senang dengan Ilmu Tariqat? Kerana ilmu itu memang amat rahsia, sahabat nabi tidak diizinkan untuk disampaikan secara umum, kerana ilmu itu harus diturunkan dan mendapat izin dari Nabi, dari nabi izin itu diteruskan kepada Khalifah nya terus kepada para Aulia Allah sampai saat sekarang ini.
Jika ilmu Hai’atil Maknun itu disebarkan kepada orang yang belum berbait zikir atau “disucikan” sebagai mana telah Allah firmankan dalam Al-Qur’an surat Al-‘Ala, orang-orang yang cuma Ahli Syariat semata-mata, maka sudah tentu akan timbul anggapan bahawa ilmu jenis kedua ini yakni Ilmu Tariqat, Hakikat dan Ma’rifat adalah Bid’ah dlolalah.
Dan mereka ini mempunyai Iktiqat bahawa ilmu yang kedua tersebut jelas diingkari oleh syara’. Padahal tidak demikian, kerana hakikat ilmu yang kedua itu tadi merupakan inti sari daripada ilmu yang pertama ertinya ilmu Tariqat itu inti sari dari Ilmu Syari’at.
Oleh kerana itu jika anda ingin mengerti Tariqat, Hakikat dan Ma’rifat secara mendalam maka sebaiknya anda berbai’at saja terlebih dahulu dengan Guru Mursyid (Khalifah) yang ahli dan diberi izin dengan taslim. Jadi tidak cukup hanya melihat tulisan buku-buku lalu mengingkari bahkan mungkin mudah timbul prasangka buruk terhadap ahli Tariqat dan Hakikat. Amiin²

No comments:

Post a Comment