HAKIKAT YANG DISEMBAH
(SURAH AL IKHLAS)
(SURAH AL IKHLAS)
Hakikat yang disembah tak tahu; tak boleh disebut – tak boleh kata – tak boleh difikir – tak boleh dikaji, Hakikat Yang Disembah!; tetapi ganti untuk kita nak sebut dipanggil DIA – hakikat yang disembah itu DIA, tapi hakikatnya tak tahu – namaNya Allah. Apabila sebut namaNya Allah ganti daripada DIA iaitu ganti daripada Hakikat Yang Disembah. Maka sekiranya kita nak pergi kepada semata-mata Zat, bahawa Allah itu AL – A’AHADU {Allah Ahad); QUL – HUALLAH - HU A’AHADUN {ALLAH ITU AHAD). Makna AHAD iaitu ia menunjukkan akan AhadiahNya.
Katakanlah : Dia Allah Yang Maha Esa.
Ahad itu menunjukkan Sifat ataupun nama bagi Sifat yang menunjukkan Ahadiah Allah – Ahadiah Zat. Apa dia Ahadiah Zat? Iaitu Zat {Semata-mata Zat, ia tidak berserta sifat, ia tidak berserta nama; sebelum lagi dipanggil dengan satu nama pun lagi; itu ia Ahad.
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa, sedang dia tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut. Al Insan (76) : 01
Yang disembah! Hakikat yang disembah itu tidak boleh disebut – tidak boleh dikata – kelu lidah nak menyebutnya. Hakikat Yang Disembah – Hakikat yang kita minta tolong – Hakikat yang kita berhadap; kelu lidah kita nak menyebutNya, itu hakikat Dia; yang boleh sebut tu nama – kalau nak dijadikan nama bolehlah sebut tetapi sebelum Dia jadi nama kelu lidah nak sebut, tak boleh sebut. Kosong dalam akal fikiran nak memikirnya. Kosong! – kosong daripada fikiran. Hakikat yang disembah itu tak boleh difikir.
Oleh kerana hakikat yang disembah itu kelu lidah nak sebut; tuli telinga mendengar – buta mata melihat – maka hakikat yang disembah itu digantikan dengan kalimah DIA, baru boleh sebut, kalau tak! – tak boleh nak disebut. Siapa yang menjadikan kamu? Dia! – nama apa? Allah! barulah boleh sebut..
Kalau tak ganti dengan Dia, tak ditukar dengan kalimah Dia, tak boleh sebut. Tak ditukar dengan nama Allah, tak boleh disebut. Begitu sekali bersalahannya Hakikat yang disembah itu; Muhalaqahnya.
Makna terang, kalau timbul yang tersembunyi barulah terang, kalau masih tak timbul lagi, masih duduk ragu lagi, sekarang yang tersembuyi itu ialah Hakikat Yang Disembah; jadi Hakikat Yang Disembah ini lidah kita kelu nak sebut; akal kita tak boleh berfikir; buta mata melihatnya dan tuli telinga mendengarnya. Oleh kerana begini Maha Tingginya ia – Maha Sucinya ia – Maha Besarnya ia – tidak berdaya makhluknya nak fikir tak boleh – nak sebut kelu lidahnya Hakikat Yang Disembah itu maka digantikan dengan kalimah DIA (HU) – bila ganti Dia, baru boleh sebut; Dia tu banyak! Dia yang mana? Dia yang bernama Allah.
Jadi nama Allah ini menerangkan kepada seseorang, sehingga ternyatanya AIN ZAT yang tersembunyi itu. Kalau begitu ia sungguhlah ada Zat kerana namaNya ada. Tapi Allah bukan Zat. Ini ikhlas. Kalau selagi nampak bergambar – selagi boleh sebut yakni Hakikat Yang Disembah itu boleh disebut dengan lidah selagi itulah belum ikhlas. Itu dinamakan Surahtul Ikhlas. Suci sungguh – selesai sungguh – bersih sungguh Zat Allah Taala itu, Hakikat Yang Disembah itu sehingga nak sebut tak boleh; jika sekiranya Dia tidak izinkan.
Masa datangnya (kiamat) tiadalah seorang pun dapat berkata-kata melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia. Hud (11) : 105
Hakikat Yang Disembah itu ditukar dengan Kalimah Dia yang bernama Allah. Kalau tak – tak boleh kata apa, duduk senyap sunyi begitu, sehingga nak kata tak boleh tapi dengan kasih sayang rahmatNya, kemurahanNya maka diizinkan; maka digantikan dengan kalimah Hu, bila kata Dia barulah boleh mulut sebut.
Tapi nak fikir tak boleh juga, bersalahan dengan segala yang baru. Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka; bersuka rialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu? Sebahagian di antara mereka menjawab: Tuhan telah menitahkan kebenaran; dan Dialah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya. Saba (34) : 23
Jangan bertuhankan Kalimah. Jangan bertuhankan Nama tapi kalau Dia tidak turunkan nama; tak boleh nak kata apalah kita, kelu – suara tak terbit juga, masih ada suara, bukan lagi!; begitu ikhlasnya hakikat yang disembah, sampai di sini barulah ikhlas Tauhid seseorang itu. Barulah sampai maksud Kul Hua Allah Hu Ahad.
Teman yang Maha Tinggi itu adalah Rafiqul A’la nak sebut tak boleh – nak kaji tak boleh – nak fikir tak boleh – Rasul semasa wafatnya; kalam yang terakhir terbit ialah Rafiqul A’la. Tapi kalau senyap saja tak pakai, dia kena bunyi. Jangan jadi serupa tok cha; dia tak mahu sebut tapi dia nak. Adakah orang islam nak jadi begitu juga? Pakai ilmu tok cha (sami).
Kul Hua Allah Hu Ahad; Saidina Bilal apabila diletak dan dihimpit dengan batu di dadanya akibat kena dera di tengah panas, kalimah yang keluar dari mulutnya ialah AHAD – AHAD – AHAD; dia pergi kepada Ahad, kepada Rafiqul A’la – kepada Ahadiah Allah – semata-mata Zat; tidak berserta Sifat dan tidak berserta Asma. Padahal Saidina Bilal itu seorang hamba abdi tetapi akidah dia sudah pun kepada Ahad – Ahad itu Ahadiah semata-mata Zat.
Kemudian Allah didatangkan lagi namaNya – namaNya itu Allah pada kali yang kedua; tadi ayat yang pertama – ayat yang kedua ALLAHU SAMAD - Jadi ALLAHU AHAD iaitu nama bagi Sifat yang menunjukkan AHADIAH ALLAH – ALLAHU SAMAD , nama yang menunjukkan WAHIDIAH ZAT iaitu ZAT BERSERTA SIFAT.
Allah-lah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk, kerana Dia itu Tuhan sekalian alam, dan demi roh-Nya yang dikandung oleh tubuhku ini, sesungguhnya Dia itu Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Esa, dan Maha Suci dari segala perumpamaan. Amiin²
No comments:
Post a Comment