Wednesday, 12 October 2016

ILMU MENGENAL "DIRI"

ILMU MENGENAL "DIRI"
PENGENALAN
Kebanyakan manusia pada hari ini menganggap bahawa "Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain- lain lagi, mereka menganggap bahawa jasad kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang memboleh kan mereka melaku kan kerja- kerja harian mereka itu, tetapi pernah kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendirinya tanpa ada sesuatu yang menghidupkannya?
Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada ertinya.Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggal akan jasad.
Dimana kah letaknya yang di panggil hidup itu? Yang mana dengan adanya yang hidup itulah jasad kita ini hidup dan sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil "DIRI" sebenar "DIRI" dan menghidupkan jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu atau cuba mencari dan mengenalnya.
Tentunya soal yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu, di mana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu, dan ke manakah perginya "DIRI" itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad? Dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" kita itu.
BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" NESCAYA KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA
Benarkah bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan mengenal Tuhan?
Kita semua tahu bahawa ujudnya roh! Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekalian Roh "siapa kah Tuhan kamu" dengan spontan sekalian Roh menjawab "bahkan" yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang Esa.
Kisah Roh Memasuki Jasad Adam
Setelah jasad Adam terbaring maka Tuhan telah memerintahkan Roh masuk ke dalam jasad Adam, tetapi sebelum itu Roh telah bertanya "di manakah harus aku masuk, ya ALLAH", dan ALLAH pun menjawab "masuk lah mana mana yang kamu senangi." Maka masuklah Roh melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung.
Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasuki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan terbukti di sini bahawa Rohlah yang dikatakan penghidup kepada jasad, dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar apabila sampai ajalnya.
Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 iaitu:
1. Dihidupkan
Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana? Yang dihidupkan ialah jasad kasar kita ini, ianya di hidupkan oleh "Roh" yang berada di dalam jasad. "Roh" memasuki jasad semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita. "Aku tiupkan sebahagian dari roh-Ku" kata firman Allah. Sejak itulah kita hidup di dalam rahim ibu kita dan kemudian dilahirkan ke dunia dan terus menjalankan kehidupan dari bayi hinggalah ke akhir hayat.
2. Menghidupkan
Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad tetapi sayangnya jasad tidak langsung terfikir bahawa rohlah yang hidup sebenar- benar hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkannya maka matilah dia dipanggil orang dan ditanam atau dibakar.

MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD
Jadi siapakah yang berkepentingan di sini, tentunya jasad kerana tanpa roh maka jasad tidak bermakna langsung.
Jasad perlukan roh untuk hidup tapi kenapa roh tidak dipedulikan semasa hidupnya?
Perlukah roh dikenali?
Sebelum mengenal Roh haruslah kita mengenal "DIRI".
"BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" MAKA KENAL LAH DIA AKAN TUHAN NYA"
APAKAH "DIRI" ITU?
Untuk pengetahuan semua bahawa "DIRI" itu datang kemudian setelah roh memasuki jasad, bagaimana ini berlaku?
Apabila Roh berada di dalam jasad maka perkembangan cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman jasad keseluruhannya, ini telah menyebabkan ujudnya "Diri" yang berupa seperti jasadnya memenuhi ruang dalaman jasad nya.
Maka ujudlah "Diri" sebenar "Diri" dan "DIRI" ini lah yang harus di kenal. (Kenallah diri maka kenal Tuhan)
BAGAIMANA MENGENAL "DIRI" SEBENAR "DIRI"
Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah Guru Guru mengajar kepada murid murid nya. Semua perguruan ini betul dan cara apa sekali pun digunakan, tujuannya satu iaitu untuk mengenal "DIRI" sebenar "DIRI".
Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara:
1) Terbuka dengan sendirinya
2) Ushakan sendiri untuk membukanya
3) Dibukakan oleh Guru (Guru Guru yang berpengalaman)
Apakah yang di maksudkan dengan “dibuka” ?
Di buka maksudnya ialah membukakan jalan- jalan pancaran cahaya "DIRI" itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah cahaya "DIRI" itu keluar dari jasad melalui jalan- jalannya dan dengan rasa yang bergetar- getar pada jalan keluarnya, rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang mempelajari ilmu ini.
Inilah rahsia hidup kita dan "DIRI" inilah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus dikenali dan dirasai sepenuh nya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, insyaallah.
Kenalkah "DIRI" tadi kepada Tuhannya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA Pencipta dan MAHA Besar.
Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar- benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:
1) Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA Mengetahui
2) Dia bijak kerana datang dari yang MAHA Bijaksana
3) Dialah sebaik baik Guru
4) Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian
Kesimpulannya kenalilah "DIRI" kita ini yang dia lah sebenar benar "DIRI" dan kemukakanlah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal kerana dikekalkan.
Ilmu Mengenal "DIRI" ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap- tiap manusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, haruskah 'Penghidup Jasad' kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakannya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita?

No comments:

Post a Comment