NASIHAT KHIDHIR UNTUK MUSA
Nabi Musa berkata kepada Nabi Khidhir, "Berilah aku nasihat!" Maka, Khidir pun memberi nasihat:
Jadilah orang yang banyak senyum dan jangan jadi orang yang banyak marah..
Jadilah orang yang banyak manfaat bagi sesama manusia, dan jangan jadi orang yang banyak mudharatnya..
Jauhilah sikap keras hati dalam berbincang..
Janganlah berjalan tanpa keperluan..
Janganlah tertawa jika tidak kerana sesuatu yang benar benar mengagumkan..
Jangan memperolok-olok orang yang bersalah atas kesalahan mereka, tapi menangislah atas kesalahan-kesalahan kamu sendiri, wahai Putera Imran."
Imam Al Ghazali
Kitab At-Taubah, Ihya Ulumuddin
Kitab At-Taubah, Ihya Ulumuddin
No comments:
Post a Comment