Assalamualaikum wbt😊
*_Tomato !!!_*
Seorang guru meminta pelajar-pelajarnya utk membawa beberapa *tomato* dalam beg plastik ke sekolah.
Tiap *tomato* ini diberi nama orang yang dibenci oleh pelajar² tersebut.
Jadi, bilangan *tomato* akan sama dengan bilangan orang yang mereka benci.
Pada hari yg ditetapkan, Semua kanak-kanak membawa *tomato* mereka.
Ada yg memiliki dua, sesetengahnya memiliki tiga dan sesetengahnya memiliki lima, beberapa bahkan mempunyai 20 *tomato* mengikut bilangan orang yang dibenci mereka.
Guru tersebut kemudian memberitahu, mereka terpaksa membawa *tomato* dengan mereka kemana-mana mereka pergi selama dua minggu.
Hari-hari berlalu, pelajar² mula mengadu tentang bau reput dan busuk *tomato* tersebut.
Pelajar² yang banyak *tomato* mengadu ia adalah sangat berat untuk dipikul dan bau terlalu busuk.
Lepas seminggu, guru bertanya para pelajar
"Bagaimana anda rasa minggu ini ?"
Pelajar² mengadu bau busuk dan seksa yang amat sangat sebab berat daripada *tomato,* terutama orang-orang yang membawa banyak *tomato.*
Guru berkata, "ini adalah amat serupa dengan apa yang anda bawa dalam *_hati_* anda apabila anda tidak suka kepada sesetengah orang".
Kebencian membuat hati tidak tenang dan tidak sihat, dan anda membawa kebencian itu di mana-mana.
Jika anda tidak boleh tahan bau *tomato* rosak selama seminggu, bayangkan *_kesan kepahitan hati anda_* kerana anda membawa ia setiap hari."
Hati ialah sebuah taman indah yang memerlukan pembersihan drpd rumpai yang tidak diingini.
*_Maafkan orang-orang yang telah menimbulkan kemarahan dan kebencian anda._*
Ini akan membuat *_Ruang_* untuk menyimpan *_perkara yg baik2._*
Ianya lebih baik, tidak pahit.. *"SALAM MAAL HIJRAH"*
No comments:
Post a Comment