myherb2u

Friday, 30 September 2016

lawak aliran

*Peringatan..... Hari ni Jumaat..... Waspada....Jemaah Beza Aliran*

minggu lalu saya datang ke masjid (....) untuk menunaikan Solat Jumat.

Saya datang agak awal sekitar jam 12, saat itu jemaah di masjid masih ada beberapa orang sahaja
dan seperti yg diajarkan Rasulullah, saya Solat Tahiyyatul Masjid. Setelah itu saya duduk dekat tiang sambil berzikir sebanyak-banyaknya......

Astaghfirullah, saya terkejut .... ini masjid aliran apa.??
Tanpa azan tanpa khutbah
Terus iqomah......???!!

Dengan perasaan ragu-ragu dan agak terpaksa saya berdiri juga untuk Solat Jumat sampai selesai.

Kemudian saya tanya pada jamaah di samping saya sambil bersalaman...
"Encik, ini masjid aliran apa?" Dia terkejut sambil menjawab : "Syafie, ahlussunnah wal jama'ah"

Lantas saya tanya lagi :
"Kenapa tak  azan dan khutbah??"

Dia jawab : *"ek eleh, bukan ekau membuto ko tadi? "*
Posted by Othman Draman at 03:18 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kuliah

Kuliah Sheikh Abdullah
Kuliah Sheikh Abdullah
Jumaat 13 Mei 2016
6 Syaaban 1437
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. ..
بسم الله الرحمن الرجيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة السلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحانك لا علملنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم. .
رب زدنا علما ورزقنا فهما...

Kata setengah orang arif..
Jalan menuju kepada Allah itu adalah dari jalan nafas diri setiap orang

Ada pula berkata.
Jalan menuju kepada Allah itu adalah dengan jumlah banyaknya zarah yang maujud, maka tiada ada zarah pun melainkan ia menunjukkan jalan kepada Maulanya..

Kata Syeikh..
Al Haq swt itu bersendirian adaNya dan ada Nya bersama sekali alam yang ada ini kaainaat sebagai limpah kurnia pertolongan ada Nya sedang pertolongan itu adalah daripada ain ada Nya. Maka seandainya terputus pertolongan Nya sudah pasti ia roboh dan hancur musnah segala maujud kaainaat ini

Firman Allah:
Dan kalaulah tidak kerana limpah kurniaan Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun antara kamu yang menjadi suci bersih daripada dosanya selama2nya tetapi Allah yang menyuci bersihkan sesiapa yang dikehendaki Nya .

An Nur 21..

Orang ahli majrifat berkata.
AL HAQ tajalli ke atas setiap hati buat selamanya tanpa ada halangan untuk tampak nyata nur tajalli Nya itu kecuali dengan sebab kesibukan hati itu dengan yang lain selain Nya

Kena banyak zikir laa ilaha illa Allah... bagi menyuci hati daripada selain Allah

Sesungguhnya al Haq Allah itu tidak ghaib tetapi andalah yang ghaib lantaran sibuk dengan selain Allah

Hadirkanlah hati dengan merasa seolah2 Allah sedang melihat anda. .

Seperti hadis Nabi Saw..
Bahawa engkau menyembah Allah seolah2 engkau melihat Nya. Maka jika engkau tiada melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu

Kata Syeikh..

Tidak sayugia dan tidak wajar mendengar ilmu ini melainkan orang yang sudah terhasil padanya empat sifat..
Pertama: Zuhud
Kedua: ilmu
Ketiga: tawakkal..
Keempat: yakin

Zuhud.. meninggalkan terus daripada mengambil yang halal secara berlebihan kerana orang salik itu adalah org yg berjalan kepada Allah. .
Maka hendaklah mengurangkan bebanan yg boleh nembantut perjalanan nya

Hendaklah mencuci hatinya daripada tertarik dan terpesona dan kasih kepada dunia

Kata Syeikh ibnu Athaillah ..
Bagaimana mungkin hati akan dapat bercahaya terang benderang dan bersinar jika berbagai bagai gambaran makhluk masih melekat pada cermin hatinya?

Bagaimana ia akan dapat melangkah menuju kepada Allah sedangkan ia masih terikat dan terbelenggu oleh syahwat hawa nafsunya?

Bagaimana ia akan berasa tamak untuk melangkah masuk ke hadrat Allah sedangkan ia belum suci bersih daripada janabah kelalaian?

Bagaimana ia mengharap akan dapat mengerti dan memahami berbagai bagai rahsia yang seni2 sedangkan ia belum lagi sempat bertaubat daripada kesalahan2 dosanya?

Kedua. Ilmu...
Ilmu syariat sekadar sah aqidah dan ibadahnya yang diperlukan bagi membaiki amalan zahirnya.
Jika si salik itu tidak tahu cara membaiki zahirnya bagaimana mungkin dapat membaiki batinnya. .
Orang yang enggan berhenti di pintu rumah kekasihnya sudah pasti ia tidak masuk ke rumah kekasih nya

Maka hiasilah dirimu dengan pakaian syariat dan berhias dengan adab tareqat.. nescaya akan tampak terang bercahaya hakikat atas kamu

Ketiga tawakkal...
Berasa puas dan cukup memadai dengan pengetahuan Allah.  Dan sangat cukup dengan Allah sebagai tempat bergantung dan minta hajat keperluannya.. tidak bergantung kepada yang lain

Tawakkal amat perlu kepada sisalik melebihi kehendak orang yang dahaga kepada air

Keempat.. yakin..
Iqtikad dan kepercayaan yang putus terhadap apa yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul tanpa syak dan ragu2

Maqam yakin itu ialah ia mengetahui dab menyedari bahawa Allah sentiasa melihat pada setiap waktu dab ketika ...

Kata Syeikh..
AL HAQ itu melihat segala rahsia lahir dan batin hamba Nya pada setiap dan hal. Maka mana2 hati yang dilihat oleh Nya yang lebih mengutamakan Nya daripada yang lain, nescaya Allah memeliharanya daripada kedatangan cubaan dan bala ujian yang menyesatkan pandangan nya kepada
yang lain selain Dia saja

Maqam muraqabah dan maqam ihsan..
Sihamba mengetahui menyedari dan merasai bahawa Allah sentiasa melihatnya sepanjang masa dan ketika bahkan mengetahui apa yang tersirat didalam hatinya. .
Dia bersama dengan Nya lahir dan batin

Kata Syeikh Isipati perjalanan itu ialah.

Sisalik mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa melihat segala rahsia dalam batinnya dan zahirnya pada setiap nafas dan perlakuaanya..

Apabila terlintas suatu lintasan nafsiyyah atau syaitaniyah didalam hatinya maka dia akan berkata kepada dirinya ..
Sesungguhnya Al Haq itu melihat apa yang terlintas di dalam hati ku ini

Orang yang dikasihi Allah nescaya akan dikurniakan pertolongan dan taufiqNya sehingga terbekas di dalam hati nya terus berpaling daripada lintasan nafsiyyah dan syaitaniyah

Barang siapa yang melihat Al Haq nescaya akan mengutamakan kehendak Allah dan berpaling terus daripada kehendak nafsu

Hadis Qudsi..
Sentiasalah hamba ku mendampingkan diri kepada Ku dengan mengerjakan ibadah sunat sehingga Aku mengasihi nya. Maka apabila Aku mengasihi nya Akulah pendengarannya yang dengannya ia mendengar, penglihatan matanya yang dengan nya ia melihat, lidahnya yang dengannya ia berkata2, tangannya yang dengannya ia menampar dan kakinya yang dengannya dania berjalan. Dan jika dia meminta kepada Ku nescaya Aku berikan kepadanya dan jika ia memohon perlindungan Ku pasti Aku melindungi nya

Jika Al Haq menjadikan orang pilihanNya itu pendengaranNya penglihatan Nya dan lidahNya maka bagaimana ia boleh disesatkan

Kata Saiyidi Syeikh Ruslan al Dimasyqi..
Tidak patut dan tidak layak anda memandang Kami selagi masih ada tinggal di dalam hatimu yang lain selain Kami. Tetapi apabila anda sudah berpaling daripada yang lain selain Kami, maka fanakanlah anda daripada diri anda. Ketika itu layaklah anda untuk Kami dan Kami akan meletakkan rahsia sirr ke dalam diri anda

Kata Syeikh...
Al Haq itu mengalir diatas lidah ulama pada setiap masa dengan apa yang bersesuaian dengan ahlinya

Maqam Al Qurb yakni kehampiran dengan Allah boleh didapati dengan mengikuti perjalanan para ahli qurbah iaitu perkataan para orang arif

Sesungguhnya perkataan orang arif itu adalah ubat dan penawar bagi hati

Doktor atau pakar yg bijak itu memberi ubat yang bersesuaian dengan penyakit pesakit itu dan usia pesakit itu

Kata Syeikh Ibnu Athaillah..
Setiap kalimah yang keluar daripada mulut orang yang berkata itu adalah menurut pakaian yang ada di dalam hatinya tempat mengeluarkan perkataan itu.

Katanya lagi..
Nur cahaya para hukama atau ahli makrifat mendahului perkataan mereka, di mana hati mereka menjadi terang benderang apabila nur cahaya itu terhasil penerangan daripada nur itu akan sampai takbirnya..
والله اعلم
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
آمين
Posted by Othman Draman at 03:17 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 29 September 2016

lawak aliran

*Waspada....Masjid Beza Aliran*

minggu lalu saya datang ke masjid (....) untuk menunaikan Solat Jumat.

Saya datang agak awal sekitar jam 11, saat itu jemaah di masjid masih ada beberapa orang sahaja
dan seperti yg diajarkan Rasulullah, saya Solat Tahiyyatul Masjid. Setelah itu saya duduk dekat tiang sambil berzikir sebanyak-banyaknya......

Astaghfirullah, saya terkejut .... ini masjid aliran apa.??
Tanpa azan tanpa khutbah
Terus iqomah......???!!

Dengan perasaan ragu-ragu dan agak terpaksa saya berdiri juga untuk Solat Jumat sampai selesai.

Kemudian saya tanya pada jamaah di samping saya sambil bersalaman...
"Encik, ini masjid aliran apa?" Dia terkejut sambil menjawab : "Syafii, ahlussunnah wal jama'ah"

Lantas saya tanya lagi :
"Kenapa tak  azan dan khutbah??"

_Dia jawab : *"ek eleh, bukan hang tidoq ka tadi? "*
😂😂😂
Posted by Othman Draman at 22:50 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

hakikat

Hakikat Insan
43 mins · 
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesungguhnya yang paling aku takuti ialah umatku yang syirik bukan kerana menyembah berhala, tetapi kerana mereka menjadikan alim ulamak dan rahib-rahib mereka sebagai 'sembahan' selain dari Allah S.W.T."
Shahih Tabrani
Posted by Othman Draman at 01:52 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 28 September 2016

MUSAFIR

*BERMUSAFIR DI MALAM HARI TIDAK DIGALAKKAN*

[22/09 10:13 pm] lam alif:
عنْ أَنسٍ رضي اللَّه عنهُ قَال :
قال رسولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :
« عَلَيْكُمْ بِالْدُّلْجَةِ ، فَإِنَّ الأَرْضَ تُطْوَى بِاللَّيلِ »
( رواه أبو داود )

Dari Anas رضي اللَّه عنهُ, katanya :
" Rasulullah ﷺ bersabda :
" Hendaklah engkau semua berpergian(musafir) di waktu malam, sebab sesungguhnya bumi itu dilipat di waktu malam itu. "
(Riwayat Imam Abu Dawud)
[22/09, 00:20] ‪+60 12-605 5499‬: 👆🏻👆🏻👆🏻
Apa maksud..?
[22/09 10:13 pm] _"Ya Allah, lindungikan hati kami di mana menulis dan menjawab sesuatu hal tentang agama-Mu dalam keadaan riyak dan sombong ilmu ilmu daripada-Mu. - aamiin"_

*Jawapan Respon Balas Dari Soalan Di Atas :*

Bismillah : Berkenaan hadis di atas ini, ada hadis lain yang "membatalkan" hadis di atas .. Hadis di atas ini disabdakan "khusus" buat zaman Rasulullah SAW yang baginda tujukan buat para Sahabat yang menaiki Kuda, kaldai, Unta dan berjalan kaki, dimana hadis ini ditujukan buat zaman baginda sahaja yang mana pada zaman tu tiada *kenderaan baik* seperti pada zaman ini seperti kereta, mpv, dll kecuali haiwan sahaja yang ada pada zaman tu.

Perjalanan siang adalah sangat azab pada zaman silam lebih lagi suhu di padang pasir yang sangat panas membahang dan tiada tumbuhan menghijau bagi menyejukkan bumi @ tanah arab.

Maka Rasulullah galakkan bermusafir/berjalan di malam hari di mana cuaca yang dingin dan tidak berapa menyiksakan haiwan haiwan yang ditunggang.

 .. Jadi perjalanan malam adalah lebih baginda sukai dan menyarankan buat umat islam *pada zaman tu* bermusafir pada malam hari atas kerana tidak panas.

Ada hadis lain yang boleh membatalkan 'kegunaan' hadis di atas ini, yang mana hadis kedua ini lebih kuat isinya ditujukan khusus buat umat di akhir zaman yang mana baginda tahu umat di akhir zaman akan ada kenderaan yang lebih bagus selain dari haiwan, yang mana perjalanan/bermuasafir di siang hari tidak lagi sesuatu hal yang membebankan, kenderaan ada pendingin, selesa, laju, cepat, tidak mengantuk, jalan lebih terang disinari matahari, kedai kedai pun buka bagi sebarang servis dll.

Hadis pertama di atas khusus buat umat silam (apa pun masih boleh dipakai - tidak terbatal terus buat golongan 'tertentu' @ orang soleh mempunyai ilmu al Quran di dada - pendinding batin dari sebarang gangguan di malam hari). Dan hadis kedua khusus buat umat di akhir zaman di mana Rasulullah bersabda berbunyi (Sahih Bukhari/matan dah tak ingat tapi maksudnya masih ingat) :

_*Hendaklah kamu tinggal di rumah sahaja di malam hari, dan mengunci pintu tingkap rumahmu (dengan basmallah) dan tidak keluar rumah (berjalan malam) atas kerana jika kamu melihat apa yang aku "lihat" apa yang ada di malam hari (Alam kejahatan Jin di waktu malam dengan pelbagai jin jin yang keluar di waktu malam) maka nescaya tiada seorangpun di antara kamu yang sanggup keluar rumah pada waktu malam." (Bermusafir berjalan waktu malam).*_

Matan hadis lengkap sy dah tak ingat. Maksudnya lebih kurang di atas ni, wallahu'alam.

Jadi sebab tu kita dapati banyak kemalangan misteri di malam hari, atas sebab terdapatnya "gangguan jahat" di malam hari oleh bangsa bangsa jin jin kafir terhadap manusia.

Ada yang jumpa "Waksegen kuning", ada yang jumpa ada kereta tampa pemandu di mana dlm kereta cuma penuh akar akar kayu, ada yang jumpa penunggang motor tampa kepala, jalan yang lurus tetapi dilihat membengkok, ada yang ditumpang perempuan tiada kepala, ada yang mengelak benda benda pelek di tengah jalan hingga terlalu banyaknya terjadinya kemalangan misteri di malam hari .. dan banyak kes "orang hilang" di waktu malam apabila melalui highway yang sunyi, di mana banyak kes kenderaan yang terjatuh dalam gaung saat mereka "mengelak" kenderaan mereka dari "makhluk makhluk" halus yang datang mengganggu mereka saat mereka memandu sendirian. Setelah 5 ke 10 tahun, barulah ditemui kenderaan kenderaan 'terhumban' secara misteri di dalam gaung gaung yang dalam, padahal laluan highway tersebut adalah lurus.

Maka itulah yang Rasulullah sabdakan, tidak menggalakkan umat islam keluar rumah di malam hari, apa lagi bermusafir "sendirian" atas kerana dikhuatiri mendapat "gangguan" makhluk makhluk jin jahat yang keluar di malam hari pada lagi buat umat muslim yang kurang 'ilmu Al Quran di hati, maka makhluk makhluk jahat ini lebih mudah memberi 'gangguan' ..

Hadis ini tidaklah mengharamkan untuk umat islam bermusafir di malam hari, tetapi ia cuma sebagai "nasihat" dan saranan dari Baginda Nabi SAW semata buat kita, mudahannya baginda harapkan agar umatnya dapat mengelakkan diri dari 'fitnah fitnah' dari alam ghaib di malam hari dari terkena pada umatnya. Wallahu'alam. 🔱
Posted by Othman Draman at 21:15 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

6 KEGAGALAN MENGENAL ALLAH

*🔱6 KEGAGALAN MENGENAL ALLAH🔱*
Siri Meniti Jalan Para Wali Wali Allah SWT.

Bismillah : Imam Al-Ghazali dalam kitab *Kimiya As-Sa'adah* menjelaskan tentang 6 aspek kegagalan manusia dalam makrifatullah ataupun *Mengenal Allah* . Bahkan, menurutnya, meski pernyataan Al-Quran telah sangat jelas, namun masih banyak orang yang karena kebodohannya akan Allah, melanggar batas-batas tersebut.

Diantara beberapa penyebab kebodohan dan kegagalan mereka adalah :

(1) Pertama, ada orang yang gagal menemukan Allah lewat pengamatan dan pemikiran, lantas menyimpulkan bahwa Allah tidak ada, dan berpendapat bahwa dunia yang penuh keajaiban ini menciptakan dirinya sendiri ataupun dengan sendirinya 'ada' ...  ada yang menyebutnya dari keabadian.

Mereka bagaikan orang yang melihat tulisan indah kemudian menyatakan bahwa tulisan itu ada dengan sendirinya tanpa ditulis siapa pun, atau memang sudah ada begitu saja.

Mereka yang berpola pikir seperti ini telah jauh tersesat sehingga penjelasan dan perdebatan dengan mereka takkan bermanfaat sedikit pun.

(2) Kedua, sejumlah orang yang, karena tidak mengetahui sifat jiwa yang sebenarnya, menolak adanya akhirat, tempat manusia akan dimintai pertanggungjawabannya dan diberi balasan baik atau disiksa.

Mereka anggap diri mereka sendiri tak lebih baik dari hewan atau sayuran, yang akan musnah begitu saja dan tidak akan dibangkitkan lagi.

(3) Ketiga, ada orang yang percaya kepada Allah dan kehidupan akhirat, tetapi kepercayaannya itu terhadap Allah adalah sangat lemah.

Mereka berkata, “Allah itu Maha besar dan tidak bergantung kepada kita ; tak penting bagi-Nya apakah kita beribadah atau tidak.”

Pikiran mereka itu seperti orang sakit yang saat dokter memberinya nasihat penyembuhan, berkata, _"iyah, sama ada kuikuti atau tidak, apa urusannya dengan dokter itu dengan penyakitku ini."_

Memang tindakannya itu tidak berdampak apa-apa pada diri si dokter, tetapi pasti akan merusak dirinya sendiri.

Sebagaimana penyakit jasad yang tak terobati akan membunuh jasad, penyakit jiwa yang tak tersembuhkan pun akan menyebabkan penderitaan di masa mendatang.

Allah berfirman, *“Orang yang akan diselamatkan hanyalah yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih dan suci.”*

(4) Keempat, kelompok orang kafir yang berkata, “Syariat mengajari kita untuk menahan amarah, syahwat, dan kemunafikan. Ini perintah yang musykil dilaksanakan, karena manusia diciptakan dengan sifat-sifat seperti itu. Itu sama saja dengan menuntut yang hitam agar menjadi putih.”

Orang bodoh seperti mereka sepenuhnya tidak melihat kenyataan bahwa syariat tidak mengajari kita untuk memusnahkan nafsu-nafsu ini, tetapi untuk meletakkan mereka dalam batas-batasnya.

Sehingga, dengan menghindari dosa-dosa besar, kita bisa mendapatkan ampunan atas dosa-dosa kita yang lebih kecil. Bahkan, Nabi saw. bersabda,

*“Aku adalah manusia sepertimu juga, dan aku marah seperti yang lain.”*

Dan dalam Alquran tertulis: “Allah mencintai orang yang menahan amarahnya.” (Q. 3: 134), bukan orang yang tidak punya amarah sama sekali.

(5) Kelima, kelompok orang yang menonjol-nonjolkan kemurahan Allah seraya mengabaikan keadilan-Nya, kemudian berkata, “Ya, apa pun yang kita kerjakan, Allah Maha Pemaaf.”

Mereka tidak berpikir bahwa meskipun Allah maha mengampuni, jutaan manusia hancur secara menyedihkan karena kelaparan dan penyakit.

Sebenarnya mereka tahu bahwa siapa saja yang ingin umur panjang, kemakmuran, atau kepintaran tak boleh sekadar berkata, “Tuhan Maha Pemaaf,” tetapi mesti berusaha dengan keras untuk mengelak  bencana atas diri.

Meski Alquran mengatakan :

“Rezeki semua makhluk hidup datang dari Allah,”

...  tetapi di sana juga tertulis pula :

“Manusia tidak mendapatkan sesuatu kecuali dengan berusaha.” (Q. 53: 39).

(6) Keenam, kelompok orang yang mengaku telah mencapai suatu tingkat kesucian tertentu sehingga mereka tak lagi dipengaruhi dosa.

Namun kenyataannya, saat orang lain memperlakukan salah seorang di antara mereka secara tidak hormat, ia akan mendendam selama bertahun-tahun.

Dan jika salah seorang di antara mereka tidak mendapat sebutir makanan yang menurutnya telah menjadi haknya, seluruh dunia akan tampak gelap dan sempit baginya.

Bahkan, jika ada di antara mereka benar-benar bisa menaklukkan nafsunya, mereka tak punya hak untuk membuat "pengakuan" semacam itu, mengingat para nabi – manusia paling mulia – pun selalu meratap mengakui dosa-dosa mereka.

Sebagian kelompok ini bahkan 'begitu sombong' sehingga mereka bahkan menjauhkan diri dari hal-hal yang halal di sisi agama (mengharamkan diri atas hal yang dihalalkan dalam agama).

Imam Al-Ghazali©
kitab Kimiya As-Sa'adah®

By : H. Ma'mun Zahrudin
Tarikh : isnin 30 mei 2016
Masa : 15:55pm
Tarikh Siaran 22 Sept.16/3:33pm
Suntingan/sumber : http://mutiarahikmahmamun.blogspot.in/2016/05/enam-kegagalan-mengenal-allah.html
Posted by Othman Draman at 21:14 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ws

Pesanan Muhammad Al-Baqir, cucu Sayyidina Husain kepada anaknya —

Wahai anakku! Sesungguhnya Allah menyorok tiga perkara dalam tiga perkara —

Pertama, Allah menyorokkan redha-Nya dalam ketaatan kepada-Nya. Oleh itu, janganlah engkau memandang ringan sesuatu perbuatan taat, kerana barangkali di dalamnya terdapat redha Allah!

Kedua, Allah menyorokkan murka-Nya dalam sesuatu maksiat. Oleh itu, janganlah engkau memandang ringan sesuatu maksiat, kerana barangkali di dalamnya terdapat murka Allah!

Ketiga, Allah menyorokkan wali-wali-Nya di dalam makhluk-Nya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menghina (memandang rendah) seseorang, kerana mungkin dia adalah wali Allah!

— Muhammad Al-Baqir
Posted by Othman Draman at 21:13 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MENCINTAI KEMATIAN/BERTEMU TUHAN

*MENCINTAI KEMATIAN/BERTEMU TUHAN*

[24/09 10:46 am] Admin Syed Alwi Kalam Qadim :

 ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

*"Barangsiapa yg suka bertemu dengan Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga akan benci (untuk) bertemu dengannya"*-  (SAHIH BUKHARI) -

[24/09 11:01 am] Admin Mamat Rupee Feel Islam :
*Assalam. Tolong pm ambo pada penjelasan soalan ini :*
*(1) Bertemu secara depan mata ke atau macam mana?*
*(2) Takut kepada Alloh ni macam mana?*

🍀➰🍀➰🍀➰🍀➰🍀

*Jawapan :* .. Bismillah : Pertemuan dengan Allah yang dimaksudkan di atas tu adalah "mati" sahabat. "Bertemu" yang dimaksudkan pada hadis ini adalah tentang hidup selepas mati nanti. Ya : bertemu Allah secara berdepan @ Allah melihat kita dan kitapun dapat melihat Dzat Wajah Allah seperti mana kita memandang bulan secara mata zahir (maksud hadis) wallahu'alam..

"Bertemuk dengan Allah antara Dzat (Wajah) Allah SWT dengan zat (jasad/penglihatan mata) insan di syurga nanti jika "diizin Allah" (aamiin), iaitu selepas berlalunya 3 alam ini : dunia fana ini, melepasi alam kubur dan selepas melalui alam akhirat di padang masyar nanti.

Jika ada ensan dan 'keampunan-Nya', dengan rahmat-Nya, dapatlah kita *bertemu dengan Allah SWT di syurga nanti* - in sya Allah.

Malangnya kita ini umat diakhir zaman di mana bertebarannya _fitnah alam, kejahatan manusia dan kejahilan umat_ yang melata di mana mana, yang mana, boleh dikatakan 90% umat islam pada zaman ini, mereka "tak suka" pada mati @ kematian.

Mereka *benci mati* (cicak berbunyi 2 ekor serentak), kalau boleh mereka nak hidup selamanya bersama orang orang tersayang atas sebab *"mereka"* tidak melihat dengan *"mata hati"* apa yang *"ada"* selepas mati nanti _(alam syurga dan alam lebih 'tinggi' dari syurga iaitu "Bersama Allah" @ "Jumpa Allah" secara *berdepan)*_ .. Sebagai perumpaannya seperti mana berdepannya kita dengan "seorang kekasih/isteri" di dunia ini (contoh)😊 ..

Namun sikap hati pada majority umat pada zaman ini,   golongan ini beranggapan *"kematian"* itu adalah hal yang harus *"dibenci"* dan *"ditakuti"* atas sebab gagal melihat nikmat nikmat yang disediakan Allah selepas mati nanti.

Jadi Rasulullah SAW sangat mengerti akan adanya kalangan umat manusia/islam di akhir zaman yang bersifat hati seperti ini iaitu buta mata hati dalam "melihat" nikmat nikmat do alam akhirat selepas berakhirnya alam fana yang kita diami tidak lama ini.

Jadi ayat sabdaan Baginda SAW tersebut sebagai suatu 'saranan', 'motivasi qalbi', iaitu suatu "nasihat" pemantap keimanan kita supaya setiap umat islam ini lebih lagi buat golongan alim ulama, "ahlilah" @ "arifbillah" supaya *jangan takut pada kematian.*

... Atas kerana *alam kematian* @ fenomena fasa sakaratulmaut ini, bagi orang orang yang beriman kepada Allah dan *para Wali Wali Allah,* mereka anggap mati & kematian itu sebagai suatu gerbang pintu masuk menembusi (memasuki) ke fasa _Relung Ketuhanan®(Melihat Rabbul Jalil Allah Taala di syurga)_ yang berada di atas alam syurga-Nya yang lebih rendah arasnya dari relung Ketuhanan-Nya, ataupun ayat mudahnya, bertemu "Kekasih terhebat" di syurga nanti @ Dzat Allah SWT @ "Melihat Kehebatan Wajah-Nya yang Maha Tercantik di syurga®.. _(malangnya kefahaman ini telah "hilang" dari hati majorty umat pada zaman ini)_

Jika kita bencikan kematian _(hakekatnya mati itu fasa pengembaran menemui Tuhan)_, sifat akhlak rendah ini di sisi Allah SWT, .. Allah anggap seolah kita *"benci"* untuk bertemu dengan-Nya" disyurga nanti. Maka Allahpun akan benci untuk menanti (kita) orang orang islam yang bersifat hati seperti ini.

_*"Allah itu seperti apa yang para hamba-Nya 'sangkakan'"*_ Jika kita benci untuk bertemu dengan Allah _(melalui alam kematian)_ maka Allahpun akan benci untuk bertemu dengan kita di akhirat nanti.

Sangat Celakalah buat orang orang muslim yang telah "dibenci" Allah! Celakalah nasib buat orang orang yang "tidak di nantikan" kedatangannya oleh Allah SWT di akhirat kelak! Kita akan akan dilupai Allah! Kita akan jadi para hamba-hamba-Nya yang "terpinggir" yang "dijauhkan" dari rahmat-Nya, dibenci-Nya dan dibenci oleh para malaikat di langat!

*Wajib Membuang Sifat Benci Pada Kematian*
Sama ada *BENCI* atau tidak pada *MATI,* hakikatnya kita tetap tidak mampu untuk *lari dari kematian.* Kematian ini adalah _Sunnatullah_ yang pasti akan kita "melaluinya" nanti. Kita "tiada pilihan lain" ..

Jadi sebagai ilmu _"pujukan hati",_ sebagai umat islam yang beriman kepada-Nya, *maka kita wajib membersih hati dari perasaan benci kepada kematian* .. atas sebab mati tu adalah satu satu peluang dan jalan agar kita dapat *berjumpa* Tuhan Maha Tercantik yang tiap hari kita sembah berulang-ulang tampa rasa jemu.

Hasil dari solat dan ketaatan yang kita kerjakan saban hari itu, akhirnya kita beroleh "hasilnya" iaitu diberi peluang (oleh-Nya) untuk "bertemu dengan Allah" selepas berakhirnya alam dunia ini. Kita dapat "melihat" Allah .. Peristiwa yang sangat "ajaib" melihat Wajah-Nya yang Maha Tercantik!®

*Ubah Sikap Hati Mulai Pada Malam Ini*
.. Cintailah kematian dan tidak takut padanya seperti mana umat silam _(para sahabat dan salafussoleh)_ cintakan kematian _(tidak benci bertemu dengan-Nya)_ .. maka Allahpun suka menanti kedatangan mereka.

Takut mati atas kerana amal soleh yang kurang, tidak mengapa dan tidak salah _(itu bukan benci mati)_ atas sebab takutkan azab-Nya yang menanti kita di bawah sana apabila banyak dosa dosa pada-Nya dan pada manusia yang belum "diberaskan" di dunia ini ...

Namun hal di atas ini bukanlah suatu alasan untuk kita "bencikan" kematian. Sebagai umat muslim, wajib kita bersangka baik kepada kematian yang berada "menanti" di hadapan kita ini, atas kerana itulah satu satu "jalan" dapat kita bertemu dengan-Nya _(dengan rahmat, pengampunan, kasih-sayang dan sifat ehsan-Nya kepada kita)_ aamiin. Wallahu'alam.. 🍀
Posted by Othman Draman at 21:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ws

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:
1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.
Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"
Suami menjawab,"Ya, mahu."
Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."
Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"
Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."
Rasulullah bersabda:
"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".
Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.
Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"
Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."
Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."
 AJARKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK
1. Tidur dlm Wudhu.
2. Tidur ke arah kanan.
3. Tidur dgn niat utk bangun  solat malam (1/3 pagi);
4. Mgucap kalimah syahadah
5. Mghayati pbacaan Ayatul-Kursi.
6. Melafazkn Salawat 10 x.
7. Mbaca Surah Fatiha 4 x.
8.  Mbaca Surah Ikhlas 3 x.
9. Mbaca Surah 4 Qul
10. Mgucap Istighfaar;
11. Memaafkn semua org sbelum tidur;
12. Akhir, "sesiapa yg mbaca 'Bismillah' 21 x sbelum tidur, Allah akn mmaklumkn kpd malaikat utk mnulis sgala kbaikan  bg stiap tarikan nafas si pembaca."
🍁Kirimkan kpd kwn2 sebagai sedekah Jariah kita (amalan yg tidak pernah putus)
🍁Jika ada org yg mnerima dan mgamalknnya  mgajarkn pd org lain..anda akn mnimba pahalanya sbgai ilmu yg bmanafaat...yg dpt mbantu kita di akhirat kelak...MAKA sebarkanlah....
Posted by Othman Draman at 21:11 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kalam

Semoga Allah memimpin kita kpd jln yg benar
Jln yg dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W
Zahir dan batin
Zahir mengikut hukum2 Allah
Batin iaitu roh bertauhid kpd Allah
Dlm segala sesuatu ada rahsia Allah
AKU harta yg tersembunyi
AKU ingin dikenali
Maka AKU ciptakan makhluk utk mengenaliKU
BicaraAllah...
Roh juga ciptaan Allah dan pd hakikatnya kaku jua
Allah lah yg Maha kuasa dan perkasa
Dia berbuat apa yg dikehendakiNya
Dia ghaibul ghaib
Terselimut didlm keghaiban yg mutlak
Tiada tercapai oleh seiapa pun
Walaupun yg paling tinggi nur cahayanya
Nur Muhammad S.A.W
Tiada tempat
Tiada ruang
Tiada rupa
Laisa....
Nur masih makhluk
Selain Allah bukan Tuhan
Tdk bercerai
Tdk berhimpun
Dia Berdiri SendiriNya
Tiada sekutu sesuatu
Dialah Allah
Tiada Tuhan selain Allah
Wassalam

- BUTA SELAIN ALLAH
Posted by Othman Draman at 21:11 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kalam

Bicara Allah kepada hambaNya....

Janganlah engkau menuntut anugerah dan kurniaan-kurniaanKU, tuntutlah AKU, diamlah disisi DzatKU, serahkanlah dirimu kepadaKU dan berhadaplah kepadaKU

AKU-lah Dzat Yg Maha mencukupi, maka cukuplah AKU bagimu....

- BUTA SELAIN ALLAH
Posted by Othman Draman at 21:10 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kalam

Tuhanmu hendaklah engkau agungkan....
Katakanlah ALLAH
Biarkanlah mereka bermain-main didlm kesesatan
Selain Allah adalah syirik
Zahir atau tersembunyi
Leburkanlah dgn byk menyebut La illaha illaallah
Talkinkan org yg hampir mati dgn La illaha illaallah
Iaitu mati hati
Bukan mati jasad
Talkinkanlah dgn ahli Wasil
Dgn izin Allah
Ahli Wasil umpama pintu kaabah
Iaitu
pintu menuju kpd berhadap Allah
Barang kemana engkau berhadap disana Wajah Allah

Wassalam

- BUTA SELAIN ALLAH

Usaha ikhtiarmu tdk dpt mengatasi kehendak Allah
Dia yg mentadbirmu, bukan engkau yg mentadbir mu
Maka serahkanlah tadbirmu kepada tadbir Allah

- BUTA SELAIN ALLAH
Posted by Othman Draman at 21:09 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

JALAN PARA WALI WALI

*🔱MARI MENDENGAR NASIHAT🔱*
*MENITI JALAN PARA WALI WALI®*

[28/09 8:38 am] Admin Mamat Rupee Feel Islam:

Manusia itu dalam kerugian...
Rugi jika sombong..riya' sumuah...dendam.. dengki.. kedekut..marah2..

Rugi jika ungkit2 pemberiannya..
Rugi jika amalan tiada bersandar kpd Allah jua..
Rugi jika menuruti hawa kpd dosa..
Byk lg rugi..

Kecuali.. yang beruntung adalah ...
Org2 yang beriman pada rukun iman
Da n orang2 yang beriman pada rukun islam
Menyahut seruan al Quran utk berkebajikan..

Berbuatlah dakwah dengan kebijaksanaan..
Melatih diri dan perbaharui diri dgn akhlak2 ihsan..
Amar makruf nahi mungkar dalam diri & insan.
➰🍀➰🍀➰🍀➰🍀➰
_*"Berlindung Hati Kami Pada-Mu Ya Allah Tuhan Maha Tercantik Dari Sebarang Sifat-Sihat Tercela & Riyak Di Atas Ilmu Ilmu Pinjaman-Mu Di Hati Hati Kami! Binasakanlah 'Dengan Sinar' Nur Dari Wajah-Mu Segala Sifat Uljub & Riyak Tercela Yang Masih 'Tersisa' Bersarang Di Hati Kami Di Saat Menyebarkan Ilmu Ilmu Hati Para Wali Wali-Mu Dari Zaman Silam - Hanya Pada Wajah-Mu Kami Berlindung Diri."*_

*🍀MENGENAL KESUCIAN HATI®🍀*
Bismillah ⊙ Membersihkan lahiriah "Jasad" dengan amalan syariat *adalah lebih mudah daripada membersihkan daging "Rohani Hati"* ..

⊙ Dosa "jasad" sangat mudah diampun Allah dengan sesalan dan "taubat nasuha" .. tapi *Dosa Dosa TERCELANYA QALBI HATI MANUSIA,* tidak mudah dan tidak akan diampuni oleh Allah SWT *Selagi mana hati tersebut masih bergelumang dengan NAJIS NAJIS BATIN bernoda dengan sifat sifat mazmumah tercela* :

.. Sifat warisan iblis : iri hati, dengki, sakit hati, khianat, mencela pada lidah, menghina dlm hati, sombong, uljub, riyak, bangga diri, rasa 'mulia diri' lebih 'tinggi' dari insan lain, tamak, takabur, ego, sombong dan sebagainya.

*"Selagi mana Najis Najis 'Muhalazah' Qalbi ini masih bersarang dalam hati yang terdalam, walaupun ia seorang ahli ketaatan @ Abid soleh, tapi kematiannya kelak (muslim tersebut) akan dianggap Allah SWT sebagai kematian yang TERCELA di sisi-Nya, bilamana hati masih belum dibersihkan sesucinya saat berpindah ke alam yang baru!"*

.. iaitu mati dalam keadaan membawa hati hati yang Tercela dan bernajis Ke Alam Barzah dan alam akhirat nanti di hadapan Allah SWT di padang masyar kelak. Kubur di alam barzah itu *bukanlah 'tempat' kamu membersihkan hati! Tapi itu "tempat azab" atau tempat merasa nikmat* 🙂

*☀Arahan Allah Membersih Hati Baginda☀*
Arahan Allah SWT Buat Para Malaikat Agar *membantu* Membersihkan Hati "Kekasih-Nya" Sebelum Nabi SAW Di Angkat "Naik" Kelangit Tinggi (??).

 Kiasannya, _*Jika ingin MAQAM DIRI DITINGGIKAN ALLAH ke maqam tertinggi para Kekasih-Kekasih-Nya, maka Batin Rohani Hati Wajib Dibersihkan Terlebih Dahulu seperti mana Baginda SAW Sebelum "Memikul Amanah" Syariat agama pada tubuh Baginda*_

Bersih hati dahulu sebelum Mekraj ke langit @ Sucikan hati kamu terlebih dahulu sebelum melaksanakan ibadat Syariat, bersolat _(mekraj kelangit mengadap Wajah-Nya)_

Tetapi berapa ramai umat islam pada zaman ini baik "awam" mahupun golongan yang mengaku-ngaku diri sebagai golongan "Khusus" (Khawas) 😋 yang menyembah Allah SWT setiap hari dengan *"membawa dua keping hati nurani yang masih "Kotor" hina (?) .. tapi mereka tidak  "menyedarinya" sama sekali.*

Musuh yang paling utama bagi setiap para Wali Wali Allah itu adalah *"Akhlak Rendah" lagi hina"  : "Mencela Makhluk Allah Di Dalam Hati"*  ... Lintasan suara Jahat dari dalam batin hati inilah yang menjadi penyebab utama maqam kesucian hati mereka "Runtuh" pada nilaian "intaian" pandangan Allah SWT.

*🍀AKHLAK HATI KHAWAS AL-KHAWAS🍀*
Buat golongan *Khawas Al-Khawas,* hal "akhlak buruk" pada lintasan hati ini sangat sangat mereka takuti. Mereka tidak kisahkan tentang "maqam" tetapi yang mereka "sangat kuatirkan" adalah rosaknya hati mereka dalam "pandangan Allah SWT" ..

... Malah suara jahat di dalam batin ini mereka anggap bisa menghumban mereka di dalam kawah kawah neraka jahanam-Nya yang dikhususkan buat orang orang "berpenyakit batin" dan rosak hatinya."

Tapi bagaimanakah "akhlak hati" kamu dan saya pada saat ini? 😎 Demi Allah - maqam hati kamu dan saya masih belum lagi (Bukan) bermaqam kesucian hati para *"Khawas Al-Khawas"* _(maqam Khawas yg terendah pun kamu masih belum "sampai")_ maka hati kamu pada "ketika ini" masih memiliki *"Akhlak Akhlak Hati Terkeji" yang wajib kamu mengikisnya semuanya dari terus bersarang di dalam lubuk batin kamu!*

Maka atas kerana itu _*Nasihat ini "datang" dan "sampai" Kepada Diri Kamu Dengan Kehendak Allah Taala Agar Kamu Bersegera Membersihkan Hati Kamu!*_ Semoga Kamu akan *"Mengambil Peringatan"* ini Sebagai Suatu "Nasihat" Daripada-Nya! Inilah Tandanya Allah Masih "Mengasihi" Diri Kamu.

*🍀PEMBAWA KHABAR BERITA DARI LANGIT🍀*
*Allah SWT tidak akan sesekali "Berbicara" dengan kamu! Tapi Dia cuma akan "mengirim" Posman Posman-Nya kepada kamu untuk menyampaikan 'Arahan-Nya' (⚡Command®⚡) .. Kamu tidak mampu melihat siapa "mereka" (pembawa perutusan)... Tetapi "mereka" mampu "melihat" apa-apa yang kamu bawa dan "sembunyikan" di dalam hati hati kamu! Mereka tidak buta seperti mana orang orang yang Buta!*

*🍀PROSES MEMBERSIHKAN QALBI®🍀*
Baginda Rasulullah SAW dicuci dan dibersihkan hatinya mengikut suatu riwayat, sehingga 4 kali cucian hati (2@3x) hingga _*benar benar "SUCI" (BERHATI INSAN KAMIL)*_ oleh para Malaikat Malaikat atas "arahan Allah SWT sendiri"..

Selepas hati Baginda telah *DISUCI & BERSIHKAN 100%* oleh para malaikat .. maka barulah Allah SWT menjemput Baginda SAW naik ke Langit *bagi memikul 'amanah' dan diberikan Syariat hukum hakam agama. Atas sebab Allah SWT mengetahui, insan insan yang masih KOTOR TERCELA BATIN HATINYA pasti akan gagal untuk memikul Amanah Amanah dari langit tertinggi dengan cukup 'sempurna' ..*

*Arahan Allah SWT supaya MENCUCI BERSIH HATI BAGINDA??*

*Tetapi hati hati kamu di zaman ramainya manusia golongan para Penjahat Penjahat hati ini, SIAPAKAH YANG INGIN MEMBANTU DAN TOLONG "BERSIHKAN HATI KAMU??"*

*Kamu ingin tunggu Allah SWT menghantar para Malaikat-Nya bagi mencucikan hati kamu ya?? Sedarkah siapa diri kamu itu? Apa maqam diri kamu? Rasul? Nabi? Wali? Atau Sami?*

*Hanya para Rasul, Nabi dan Wali sahaja yang akan "dibimbing" dan "dibantu" Allah dalam proses 'membersihkan' hati hati mereka ☀"setelah"☀ mereka "terlebih dahulu" BERUSAHA MEMBERSIHKAN HATI HATI MEREKA SENDIRI! MAKA BARULAH ALLAH SWT MEMBANTU 'NIAT IKLAS' DI HATI MEREKA.*

Tentang hati kamu dan 💀"sikap hati"💀 kamu saat ini? Bagaimana? Humm .. dari jarak 1000 batu jauhnya, para malaikat malaikat Allah telah tercium bau bau *"Bangkai" yang terbit dari hati hati kamu termasuk saya!* ..

Mereka tidak sanggup mendekati hati hati kamu & saya lebih dekat lagi! Mereka tidak sanggup kerana terlalu "busuk" disebabkan terlalu Kotor Tercela isi isi yang terkandung di dalamnya! _(apa lagi buat golongan para penghisap Kencing Iblis/Bersihkan hati dengan Rokok?)_

Mereka "tidak sanggup" menghampiri untuk membantu membersihkan hati kamu, apa lagi bilamana *memang tiada mendapat "arahan Allah" untuk membantu kamu!* Hati kamu adalah hati hati yang terpinggir dan dijauhkan dari Rahmat-Nya dan dijauhi oleh para Malaikat Muroqabin-Nya!

Jika para Malaikat Allah pun *tidak sanggup* mendekati hati kamu .. *maka, apa kamu fikir Allah SWT MAHA SUCI ITU "SUDI" menghampiri hati hati kamu yang kotor tercela ini?*

*🍀SOLAT TIDAK MEMBERSIHKAN HATI🍀*
Subhanallah sangat Celakanya hati hati kamu dan saya! Kamu merasa diri kamu telah "Suci" disebabkan dengan amalan amalan ketaatan yang telah kamu kerjakan saban hari, padahal ketaatan kamu itu bukanlah "bertujuan" untuk kamu merasa diri kamu telah "bersih" dan "mulia"..

Ya solat itu membersihkan diri dari dosa dosa "zahir jasad", tapi demi Allah ia *TIDAK* "membersihkan" kekotoran di hati hati kamu! Kamu lihatlah betapa ramainya  ahli ibadah disekeliling kamu yang "rosak" akhlak lidahnya?

.. Dari mana datangnya "ayat ayat Rosak" itu jika bukan ia bersumber dari lubuk hati hati mereka yang "Jahat" rosak berkarat? Tapi tidakkah mereka itu *semuanya ahli solat?*

... Ketaatan kita itu bukanlah bertujuan "selain" daripada-Nya" melainkan semua ketaatan itu memanglah kewajipan yang telah *diwajibkan* atas diri kamu sebagai tanda *"terima kasih"* kamu kepada Tuhan yang Esa yang telah menjadikan kamu dari "tiada" kepada "ada" .. Lalu diberikan kamu segala macam nikmat hidup di dunia ini! Maka ibadah itu tidak lain sekadar tanggungjawab yang asas semata tapi bukan bagi dibangga-banggakan.

*🍀PENYAKIT HATI AHLI IBADAH ZAHIR🍀*
.. Maka itulah tujuan kamu beribadah kepada-Nya, tetapi bukanlah kamu menyalahgunakan nikmat "ketaatan" & "amal soleh" itu bagi diri kamu sendiri, dengan merasai "diri kamu" telah 'SUCI BERSIH' hingga kamu "memuliakan" diri kamu sendiri. (?)

Padahal "Kemuliaan" itu *Hanya Milik Allah Taala semata.* Kemuliaan itu adalah daripada Allah, dan akan dikembalikan juga hanya untuk Allah semata. Tetapi bukannya kamu meletakkan "Kemuliaan" haq milik Allah Taala itu atas diri kamu sendiri atas "ketaatan" yang datangnya dari diri-Nya sendiri jua.

*🍀KETAATANMU ADALAH CIPTAAN-NYA🍀*
Allah SWT telah menciptakan kamu dan segala "ketaatan" dan "amal soleh" yang akan kamu kerjakan di bumi ini. Tetapi ia bukanlah dari "hasil usaha" kamu sendiri mengerjakannya, melainkan "ketaatan itu "terhasil" daripada Kehendak-Nya atas diri kamu disampaikan kembali untuk diri-Nya.

Atas kerana itulah di dalam solah kamu memuji-Nya _*"MAHA SUCI ALLAH!"*_

_Tapi bukannya *"Maha Suci Diriku Sendiri!"*_ (aku suci, aku mulia, aku bersih, aku baik, aku taat, tapi kau jahat?)

.. bukan begitu, tapi  hanya Allah lah yang "berhak" *menstatuskan diri kamu* sebagai "orang orang Suci" Wali, Ulama, Alim, Abid dll .. Dialah yang memuliakan diri kamu dengan "cara-cara-Nya" yang terdiri, tapi bukannya kamu menetapkannya sendiri kamu sendiri : _"aku insan mulia, kamu insan tercela lebih 'rendah' dariku."_ bukanlah begitu.

*🍀DIMULIAKAN ALLAH PELBAGAI CARA🍀*
Ada yang diberikan Hikmah,
Ada yang diberikan Karomah,
Ada yang diberikan Istiqomah,
Ada yang diberi ilham laduni rahmah,
Ada yang diberi gandaan amal soleh,
Ada yang diberi hakekat khusyuk solat,
Ada yang diberi nikmat manisnya iman,
Ada yang diberi kesihatan tubuh jasmani,
Ada yang diberikan kesihatan rohani hati,
Ada yang diberi sifat zuhud sampai mati,
Ada yang diberi makrifatullah kenal ilahi,
Dan ada yang diberi kesemuanya sekali ..
Semua itu adalah "Kemuliaan daripada-Nya.
Yang Harus Dikau Syukuri ..
Dengan Tidak Membesarkan Diri ..
Aku Orang Orang Suci (Maha Suci Diriku?)
_Janganlah Memberanikan Diri Untuk_ ..
_Memakai "Selendang-Nya" sama sekali!_

Mereka adalah Insan2 yang sangat merendahkan diri mereka sendiri. Setiap "kemuliaan" dari Allah SWT itu, mereka kembalikan hanya pada Allah semata, kerana semuanya milik Allah SWT.

_*"Dari Allah Kemuliaan itu datang pada diri kamu, dan kepada Allah lah 'Kemuliaan' itu harus kamu "Kembalikan"*_

Maka wajib bagi kamu mengembalikan "kemuliaan" di atas ketaatan & amal itu kepada Allah taala semata. Tapi bukanlah diletakkan "tahta mulia" itu pada diri kamu sendiri.

Tapi berapa ramaikah kalangan golongan 'Abid' solehin yang bersikap hati sedemikian rupa pada _zaman Jahiliah ini?_ Sedarkah kamu akan hal yang "sangat halus" ini? Kamu telah "memakai" pada hati sesuatu yang bukan haq milikmu.

Setidak tidaknya, pastilah ada terlintas "sedetik" di hati, _"maqam diriku lebih mulia dan lebih tinggi dari si pelacur ahli maksiat sehina anjing ini! Maka apa perlu aku 'menghina diri' dengan orang orang "rendah" seperti ini? (Uljub)_

.. *Bisikan suara hati ini sangat halus tersembunyi ini, kita langsung tidak sadar ia timbul dari dalam hati?* Ia bukanlah "Suara Hati" .. tetapi ia suatu "Rasa Di Hati"👈🏻😎 seperti "rasanya" ego diri .. ia bukan "suara" tapi "rasa" tinggi 'di atas' disebabkan amal ketaatan kita itu..

Apakah hati kita telah selamat dari bisikan bisikan suara nafsu Jahat dari dalam batin yang terdalam ini? *KAMU "FIKIR" ALLAH SWT TIDAK TAHU!?* 😋 Inilah sikap dan akhlak hati yang *sangat tercela di sisi Allah SWT* yang menjadi penghalang utama maqam maqam "kesampaian" tertinggi makrifatullah dan maqam Laduniah daripada-Nya. Hati kamu akan terhalang dari kedua-duanya - Demi Allah.

.. Maka segala amalan syariat buat golongan hati tercela yang seperti ini tidak mempunyai erti dan tidak bernilai 'tinggi' di sisi Allah SWT. Maka atas kerana itulah Rasulullah SAW _*"diperintahkan membersihkan hati"*_ sebelum Baginda diperintah untuk "memikul" beban amalan Syariat hukum hakam agama di bahunya.

*🍀AMANAH ZAHIR & AMANAH BATIN®🍀*
*Amanah Allah itu secara asasnya terbahagi 3.*

Memikul Amanah Hukum Syariat
Memikul Amanah Mensuci Hati & Makrifat
Memikul Amanah Mentakbir Manusia, Haiwan & Bumi

*☀Fasa Pertama☀* : *Mujahadah & Berjihad* membersihkan Hati dari sifat sifat tercela lalu *Berjihad* memakai pada hati dengan "Pakaian Rohani Ketuhanan" sifat-sifat terpuji yang disukai Allah Taala.

*☀Fasa Kedua☀* : *Mujahadah & Berjihad* memikul hukum hakam syariat agama pada "Zahir" Jasad tubuh lahiriah selengkapnya. Allah Taala itu MAHA SEMPURNA, maka Allah ingin para hamba-hamba-Nya juga *Sempurna hati seperti Diri-Nya juga"* _(mujahadah diri berusaha menjadi insan insan terbaik di sisi-Nya)_

*☀Fasa Ketiga☀* : .. Barulah Makrifatullah Diperkenalkan Allah tentang Diri-Nya "setelah" hati telah BERSIH dan "setelah" jasad telah lurus iklas dalam KETAATAN.

*☀Fasa Keempat☀* : Mentakbir bumi dengan "Kalimah Allah" iaitu berjihad dan berdakwah bagi kesejahteraan ummah! Tapi kalau hati sendiri masih gagal kamu "takbir" .. maka bagaimanakah kamu ingin "mentakbir" hati hati manusia yang sama rendah qualitynya seperti hati kamu juga? Maka Allah akan "mengunci" lidah hati kamu dari berbicara (berdakwah) kepada sesama manusia, kecuali yang keluar dari lidah lidah kamu hanyalah hal hal yang "tercela" di sisi Allah dan Rasul-Nya. Kamu 'malu' untuk berdakwah, tapi kamu tidak malu berkata nista sesama manusia. (mengapa ya?)

*🍀BERUBAH MENJADI KHALIFAH ALLAH🍀*
Sempurnakanlah 3 Hal "Amanah" di atas ini, maka Allah akan menyempurnakan Hal 4 pula. Itulah insan insan "Sempurna" di sisi Allah, para Ulama, para Wali-Wali-Nya @ bernafsu "Kamil" terisi akhlak akhlak terpuji dari Rasul-Nya yang menghiasi "Zahir" tubuh Jasad mereka dan "Batin" hati mereka dengan akhlak akhlak terpuji dalam _menuju Allah SWT®._

Jika terkurang salah satu darinya "amanah" itu, maka "Binasalah diri" seseorang hamba Allah walaupun "amalan syariatnya sangat sempurna" pada pandangan manusia yang 'melihat,'  tapi gagal memikul "Amanah Batin" (Sucikan hati & Bermakrifatullah) yang sama beratnya dengan amanah "Zahir tubuh (Syariat agama)."

"Amanah Zahir" adalah memikul dan taat atas segala hukum hakam syariat agama yang termaktub di dalam Al Quran dan Hadis. Dan "Amanah Batin" pula adalah memikul tugas bagi membersihkan kekotoran hati sendiri atas kerana *"Tiada Malaikat Yang Akan Di hantar Allah Taala Kepada Diri Kamu Dan Diri Kami Bagi Tujuan Tersebut"*

*🍀PARA WALI PEMBIMBING QALBU®🍀*
 .. Tapi Allah Taala hanya akan "menghantar" Wali-Wali-Nya (Para Ulama Akhirat yang Soleh) kepada kamu untuk memberi "peringatan" serta "nasihat" agar arah "perjalanan" hala tuju kamu tidak dipesongkan oleh Iblis Iblis dan Syaitan yang *masih "bersarang dan beristana" di dalam hati hati kamu - Demi Allah!*

_"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri" (Iktiar dan usaha yang disandarkan atas Kehendak-Nya, tapi bukan atas kehendakmu sendiri - Niat perlu lurus dan iklas kerana Diri-Nya semata!)_

*🍀BERSIHKAN HATI SEBELUM JASAD DIKAFAN🍀*
Maka Wajib bagi setiap insan muslim untuk "berusaha" sepenuh jiwa raganya bagi *"Jihad membersih hati sebersih bersihnya sebelum kematian bertandang dimuka pintu rumah-rumah kamu* ..

... Serta membersihkan hati *sebelum melaksanakan rukun rukun Islam yang utama* yang diwajibkan atas setiap muslim termasuk kamu dan saya, agar tidak tercela amalan/amal ibadah yang bocor.

*🍀JANGAN JADI AHLI IBADAH TERCELA🍀*
Jangan jadi seorang abid yang tercela *"batinnya",* iaitu ia sangat taat dan tidak melakukan dosa dosa besar pada 'zahir' tubuhnya, tetapi apabila "diselak" Allah hijab hijab yang menutupi hatinya ..

*Maka terlihatlah segala jenis Najis Najis Batin* yang sangat sangat dikutuk dan dicela Allah SWT, para malaikat dan Rasul Rasul-Nya.

*🍀BAGAIMANA TERCELANYA BATIN?🍀*
Lidahnya berbicara *JAHAT* walaupun ia kuat taat.
Hatinya berlintasan *JAHAT* walaupun ia ahli ibadat.
Tulisannya berbau *JAHAT* walaupun ia rajin solat.
Akalnya bersangka *JAHAT* walaupun ia ahli hakekat.
Akhlak hatinya biasa *JAHAT* walaupun ia ahli tarekat.
Lintasan hatinya selalu sangat *MENJAHAT*
Kerana degil hatinya *"Mendengar Nasihat"* ..
Setiap nasihat "dipandangnya" *JAHAT* ..
*Bila "Hatinya" Kesat Penuh Berkarat.* 🙏🏻

🍀➰🍀➰🍀➰🍀➰🍀
*🍀NASIHATKAN DIRI SENDIRI®🍀*
🍀➰🍀➰🍀➰🍀➰🍀
*Jadilah diri kamu & saya insan insan 😇*
_1) Insan yang Sudi Mendengar Nasihat_💖
_2) Insan yang Seiklas Mendengar Nasihat_💖
_3) Insan yang Tidak Membangkang Nasihat_💖
_4) Insan yang bersedia Mengamalkan Nasihat_💖
_5) Dan Insan yang Iklas saling Memberi Nasihat_💖

_*Jangan Menjadi 5 Golongan ini* :_💀
_*1)* Tidak mahu memberi *Nasihat*_💖
_*2)* Tidak sudi mendengarkan *Nasihat*_💖
_*3)* Golongan pembangkang tiap *Nasihat*_💖
_*4)* Nasihat menjadikan ia bertambah *Jahat*_💖
_*5)* Dan sakit hati pada insan pemberi *Nasihat*_💖
_6) Didiklah Hati Agar *PATUH* pada tiap *Nasihat*_💖
_7) Kerana Nabi telah Tiada untuk Memberi *Nasihat*_💖
➰🍀➰🍀➰🍀➰🍀➰
_*🔱Meniti Jalan Jalan Para Wali-Wali-Nya™🔱*_
➰🍀➰🍀➰🍀➰🍀➰
PMS®Riau Nusantara Asia/28/Sept/2016©
Posted by Othman Draman at 21:03 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ws

Tuhanmu Maha Pengasih!

Dihantarkan kepadamu bala ujian yang berterusan, lama dan bermacam-macam!

Engkau akan berusaha untuk menyelesaikan, engkau akan memohon bantuan-bantuan sehinggalah hatimu berpaling menghadap kepada-Nya sahaja, mengharapkan pertolongan-Nya, bersandar kepada-Nya semata-mata!

Tatkala engkau telah berputus asa dengan selain-Nya dan engkau telah menyerah bulat serta redha kepada-Nya, diangkat oleh Tuhanmu segala bebanan dan Dialah yang menyelesaikannya untukmu!

Digantikan kepadamu dengan yang lebih baik, diberikan kepadamu nikmat-nikmat dan dibukakan kepadamu rahsia-rahsia!

Jadilah engkau hamba-Nya yang sentiasa bersyukur, memandang-Nya dan mencintai-Nya!

Keinginan-keinginanmu terhadap sesuatu tidak dapat melawan takdir Tuhan!

Kehendak Tuhan mendahului kehendakmu!

Rencanamu tidak dapat mengatasi rencana Tuhan atasmu!

Meski engkau ingin menangguhkan, Tuhan telah mendahulukan!

Meski engkau tidak ingin pergi, Tuhan telah menghantarkan!
Posted by Othman Draman at 21:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

HADIS QUDSI TENTANG QALBU

Hakikat Insan
27 September at 08:59 · 
HADIS QUDSI TENTANG QALBU
Firman Allah Ta'ala:
بنيت فى جوف ابن ادم قصرا وفى القصر صدرا وفى الصدر قلبا وفى القلب فؤادا وفى الفؤد شغافا وفى الشغاف لبا وفى اللب سرا وفى السر انا.
Ertinya:
"Aku buatkan di dalam rongga anak Adam satu mahligai, dan di dalam mahligai itu ada DADA, dan di dalam Dada itu ada HATI, dan di dalam Hati itu ada FUAD, dan di dalam Fuad itu ada SYAROFAN, dan di dalam Syarofan itu ada LUBBAN, dan di dalam Lubban itu ada RAHSIA, dan di dalam Rahsia itu ANA."
(Hadis Qudsi).
Syarah (penjelasan) :
1. SHODRON (Dada), dinamai Shodron sebabnya kerana dia adalah tempat terbitnya "Nurul Islam".
Seperti firman Allah:
افمن شرح الله صدره للاسلام فهو على نور من ربه.
"Adakah sama barang siapa dibukakan Allah Ta'ala Dadanya kepada agama Islam adalah dia beroleh cahaya daripada Tuhannya." (az-Zumar: 22).
2. QOLBAN (Jantung hati), sebabnya ialah tempat terbitnya cahaya "Iman".
Firman Allah:
اولئك كتب فى قلوبهم الايمان.
"Merekalah yang disurat Allah di dalam hatinya iman."
3. FUADAN. Yakni tempat batin sanubari, kerana ia tempat terbitnya cahaya "Ma'rifat".
Firman Allah:
ما كذب الفؤاد ما راءى.
"Tiada bohong fuadnya pada barang yang dilihatnya." (an-Najm: 11).
4. SYAROFAN. Umpama embun, kerana ia tempat terbitnya cahaya "Mahabbah" (cinta).
Firman Allah:
قد شغفها حبا.
"Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu sangat mendalam. " (Yusuf: 30).
5. LUBBAN (Budi), sebab ia tempat terbitnya "Tauhid" atau cahaya fana' pada Allah.
Firman Allah:
ان فى ذلك لذكرى لاؤلى الالباب.
"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar² terdapat pelajaran bagi orang berakal. " (az-Zumar: 21).
6. SIRRON. Iaitu "Rahsia", atau cahaya baqo' dengan Allah.
Firman Allah:
فانه يعلم السر و اخفى.
"Maka mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi." (Thoha: 7).
7. ANA, yakni Aku. Tempat tajalli Aku, tempat Aku letak rahsia-Ku, tempat mengenal Aku.
Firman Allah:
قل اننى انا الله لا اله الا انا.
"Sesungguhnya Aku ini adalah Allah. Tiada ada Tuhan selain Aku." (Thoha: 14).
Firman Allah dlm Hadis Qudsi:
الانسان سرى و انا يره.
"Manusia itu rahsia-Ku dan Aku pun rahsianya."
Posted by Othman Draman at 15:18 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?

Hakikat Insan
27 September at 09:03 · 
SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?
Tuhan mengingatkan bahawa sebelum mengenal Dia (Tuhan) maka manusia diminta untuk memahami “Aku” nya sendiri sebagai sarana atau jalan untuk menuju pengenalan AKU-TUHAN? Itu kerana dalam “Aku” termuat rahsia AKU-NYA.
Perbahasan tentang pengenalan diri ini adalah kunci jalan spiritual. Sehingga menyelami kesedaran diri yang sebenarnya, dan mengenali hakikat ruh yang biasa menyebut dirinya “Aku” adalah cukup penting dan menjadi bangunan suci ibadah hidup manusia. Saya tidak akan bicara lagi soal dalil-dalil. Ibaratnya kita melakukan solat, kita tidak lagi perlu dalil, akan tetapi kita tinggal memasuki keadaan solat yang sebenarnya. Diskusi kita sudah selesai dalam hal hukum-hukum kebenaran Tuhan.
Perenungan tentang hakikat ruh ini mau tidak mau membawa kita pada khazanah filsafat manusia. Namun tidak perlu kita masuki terlalu dalam wacana filsafat apa hakikat manusia sesungguhnya. Yang jelas, bahawa manusia adalah makhluk sempurna yang telah diberi mandat untuk menjadi wakil Tuhan di muka bumi.
Selain unsur biologi dan fizik yang sangat kompleks mulai dari kaki hingga kepala, susunan dalam mental dan kerohaniannya terdapat sifat yang tertinggi meskipun masih terdapat daya kemahuan iaitu KEKUATAN SANG “AKU”, yang merupakan KEKUATAN yang diterima dari Yang Maha Mutlak.
Tubuh biologi dan mental keinginan nafsu adalah milik manusia. Namun bukan manusia itu sendiri. Sebelum manusia (“Aku”) dapat menguasai atau mengalahkan atau mengarahkan benda yang menjadi miliknya terlebih dahulu ia harus menyedari dirinya secara benar. Ia harus dapat membezakan mana yang merupakan Aku dan mana yang merupakan milik Aku, dapat membezakan mana yang Aku dan mana yang bukan Aku.
Yang harus disedari: SANG AKU BERSIFAT ABADI – TIDAK BOLEH MATI -TIDAK BOLEH BINASA. AKU MEMILIKI KEKUASAAN, KEBIJAKSANAAN DAN KENYATAAN. AKU INILAH YANG AKAN KEMBALI KE POSISI ASALNYA: SESUNGGUHNYA AKU ADALAH BERASAL DARI ALLAH DAN KEPADA-NYA-LAH AKU KEMBALI…
Manusia moden yang sejak lahir hingga dewasa selalu hidup dan mengarahkan dirinya dalam kesemestaan benda-benda material beranggapan bahawa rasa keakuan mereka hanya merupakan kesedaran mengenai nafsu badani, pemenuhan keinginan, pemuasan kesenangan, memperoleh kenyamanan bagi dirinya. Bahagian bawah dari batin naluri merupakan tempat rasa keakuan orang-orang primitif. Apabila seorang primitif mengatakan “Aku”, maka yang dimaksudkan adalah badannya. Badan ini mempunyai perasaan, keinginan dan nafsu. Mereka menggunakan daya fikirnya, guna memenuhi nafsu dan keinginan fiziknya, padahal mereka sebenarnya hidup dalam tingkat batin naluri.
Setelah menyedari ketololannya dan beranjak tua, manusia harusnya semakin tinggi pendakian spiritualnya. Mulailah ia mempunyai konsep tentang Aku nya yang lebih lengkap. Bila ia mulai menggunakan akalnya, maka ia pindah dari tingkat batin naluri ke tingkat batin mental. Ia mulai merasakan bahawa batinnya adalah lebih nyata bagi dirinya dari pada badannya, bahkan kadang ia melupakan badannya apabila sedang terbenam dalam pemikiran secara serius.
Setelah kesedaran manusia meningkat iaitu kesedarannya berpindah dari tingkat mental ke tingkat kerohanian ia menyedari bahawa “Aku” yang sebenarnya adalah sesuatu yang lebih tinggi daripada fikiran, perasaan dan badan fiziknya, bahawa semuanya ini dapat digunakan sebagai alat sahaja. Hingga akhirnya manusia benar-benar merasakan sebagai Aku yang sebenarnya (AKU SEJATI).
Berikut cara mengembangkan atau membangkitkan kesedaran Aku yang fitrah. Ini merupakan latihan yang harus disedari, sebab kita tidak akan dapat melakukan pendekatan kepada Allah jika tidak menyedari hakikat diri yang hakiki. Kesedaran “Aku” ini merupakan langkah pertama pada jalan menuju mendapatkan PENCERAHAN yang merupakan realisasi hubungan Aku dengan Yang Maha Agung.
MENEMUKAN AKU SEJATI
Carilah tempat atau ruangan, yang terbebas dari gangguan, agar batin anda merasa aman dan tenang. Anda boleh duduk, berbaring, mahu pun berdiri yang enak agar anda dapat mengendurkan otot-otot dan membebaskan ketegangan saraf. Lepaskan ketegangan dan biarkan otot-otot menjadi lemas, sampai terasa tenang dan damai meresapi seluruh tubuh. Istirehatkan badan dan pasrahkan seluruh jiwa raga. Atau lakukanlah dengan posisi berdiri, hal ini dilakukan untuk menghindari mudah terlena dan tertidur…
Setelah berpengalaman hendaknya mampu melakukan pengenduran badan dan menenangkan fikiran di mana pun dan bila sahaja anda memerlukannya. Ingat bahawa keadaan zikir harus berada di bawah penguasaan kemahuan yang keras. Di dalam melakukan praktik zikir harus diterapkan pada waktu yang tepat dan atas kemahuan sendiri.
SEDARI BAHAWA AKU ADALAH HAKIKI NYA MANUSIA YANG TIDAK PERNAH TIDUR – TIDAK MATI – ABADI, … SELALU SEDAR TIDAK PERNAH MENGALAMI SEDIH DAN TAKUT… AKU SANG ROH SUCI (FITRAH) YANG MAMPU MENEMBUSI ALAM MIMPI, ALAM MALAKUT DAN ALAM ULUHIYAH…
Sekarang anda memasuki tahap yang menyebabkan Aku merasa sebagai makhluk mental. Kalau anda memejamkan mata, anda akan merasakan dan dapat membezakan mana Aku yang sebenarnya… Di situ ada aku yang memperhatikan sensasi badan, seperti misalnya: lapar, haus, sakit, sensasi yang menyenangkan, kesedihan. Anda akan merasakan ternyata bukan aku sebenarnya yang lapar, sakit dan sedih, akan tetapi itu adalah sensasi badan yang dimiliki oleh sang Aku. Aku sejati mengatasi semua itu tadi…
Mulai sekarang, melepaskan diri dari yang bukan hakiki, agar tidak diumbang-ambingkan oleh tubuh anda sendiri. Sedari bahawa AKU ADALAH YANG MENGUASAI PERASAAN DAN FIKIRAN, JADILAH TUAN ATAS DIRI ANDA… Keluarlah anda seperti melepaskan baju, lalu tinggalkan dan jangan anda memikirkan semuanya itu. Kerana badan anda mempunyai batin naluri yang akan bergerak menurut fungsinya. Perhatikan saat anda tidur… Aku anda meninggalkan tubuh anda tanpa harus memikirkan bagaimana nantinya badanku, kenyataannya tubuh bekerja menurut yang dikehendaki oleh nalurinya sendiri.
SEDARKAN SANG AKU. HUBUNGKAN DENGAN ZAT YANG MAHA MUTLAK… HADIRLAH DIHADAPAN-NYA SEBAGAIMANA KESAKSIAN AKU DI ALAM `AZALI… PANGGILLAH… PENUH SANTUN YA ALLAH… YA ALLAH… TUNDUKKAN JIWA ANDA DENGAN HORMAT… DAN DATANGLAH KEHADIRAT-NYA DENGAN TERUS MEMANGGIL YA ALLAH… YA ALLAH… TIMBULKAN RASA CINTA YANG DALAM… HADIRLAH TERUS DALAM ZIKIR… BIARKAN SENSASI FIKIRAN DAN PERASAAN MELAYANG-LAYANG…
SEDARKAN DAN KEMBALIKAN BAHAWA AKU BUKAN ITU SEMUA… AKU ADALAH YANG MENYAKSIKAN SEMUANYA… BERSAKSILAH DENGAN MENGUCAPKAN DUA KALIMAH SYAHADAH… SAMPAIKAN DO’A SELAWAT UNTUK RASULULLAH. DAN KELUARGANYA. TERUSKAN AKU MELAYANG MENEMBUSI SEMUA ALAM-ALAM YANG MENGHALANGI, BIARKAN AKU BERJALAN MENUJU YANG MAHA TIDAK TERHINGGA… AMIIN
Posted by Othman Draman at 15:16 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KENALI JASAD, HATI, JIWA, DAN RUH

Hakikat Insan
27 September at 09:08 · 
KENALI JASAD, HATI, JIWA, DAN RUH ANDA.
Pada umumnya orang hanya mengetahui manusia itu hanya terdiri dari jasad dan ruh. Mereka tidak memahami sesungguhnya manusia terdiri dari tiga unsur, iaitu:
Jasad, Jiwa, dan Ruh.
Ini dapat dibuktikan melalui firman Allah Taala di dalam surah Shaad (38: 71-73) yang bermaksud:
"Ingatlah ketika Tuhan MU berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya, maka Ku tiupkan kepadanya Ruh Ku. Maka hendaklah kamu tunduk bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat itu bersujud semuanya."
Pada ayat yang lain pula, Allah menjelaskan tentang penciptaan jiwa (nafs). Surah Asy Syams (91: 7-10). FirmanNya yang bermaksud:
"Dan demi nafs (jiwa) serta penyempurnaannya, maka Allah ilhamkan kepada nafs itu jalan ketaqwaaan dan kefasikannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikannya dan sesungguhnnya rugilah orang yang mengotorinya."
Selain itu, Allah juga berfirman dalam Al Quran tentang proses kejadian jasad (jisim). Surah Al Mukminun (23: 12-14):
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptkan manusia dari saripati dari tanah, Kemudian jadilah saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang, lalu tulang-tulang ini Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk berbentuk lain, maka maha suci Allah. Pencipta yang paling baik."
Jasad
Jasad atau jisim adalah anggota tubuh manusia terdiri dari mata, mulut, telinga, tangan, kaki dan lain-lain. Ia dijadikan dari tanah liat yang termasuk dalam darjat yang paling rendah. Keadaannya dan sifatnya dapat mencium, meraba, melihat. Dari jasad ini timbullah kecenderungan dan keinginan yang disebut Syahwat. Ini dijelaskan dalam Al Quran Surah Ali Imran, yang bermaksud:
"Dijadikan indah pada pandangan manusia , merasa kecintaan apa-apa yang diingininya (syahwat) iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang bertimbun dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatan ternakan dan sawah ladang, Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat sebaik-baik kembali."
Jiwa (Nafs)
Kebanyakan orang mengaitkannya dengan diri manusia atau jiwa. Padahal ianya berkaitan dengan darjat atau kedudukan manusia yang paling rendah dan yang paling tinggi. Jiwa ini memiliki dua jalan iaitu:
1) Menuju hawa nafsu (nafs sebagai hawa nafsu)
2) Menuju hakikat manusia (nafs sebagai diri manusia)
Hawa Nafsu.
Hawa nafsu lebih cenderung kepada sifat-sifat tercela, yang menyesatkan dan menjauhkan dari Allah. Sebagaimana Allah Taala berfirman di dalam Surah Shaad, ayat 26 yang bermaksud:
"...dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah."
Kaitan Hati dan Hawa Nafsu.
Hati memainkan peranan yang sangat penting dalam diri manusia. Ia menjadi sasaran utama kepada Syaitan. Syaitan sedaya upaya menutupi hati manusia dari menerima Nur llahi. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Jikalau tidak kerana syaitan-syaitan itu menutupi hati anak Adam, pasti mereka boleh milihat kerajaan langit Allah."
Cara syaitan menutupi hati manusia itu dengan cara–cara tertentu iaitu dengan menghidupkan hawa nafsu tercela dan yang membawa ke arah maksiat. Semuanya sudah tersedia berada dalam diri manusia, ianya dikenali dengan nafsu ammarah, nafsu sawiyah dan nafsu lawammah.
Para ahli tasawuf mengatakan bahawa syaitan (anak iblis) memasuki hati manusia melalui sembilan lubang anggota manusia iaitu dua lubang mata, dua lubang hidung, kedua lubang kemaluan dan lubang mulut. Buta manusia bukan buta biji matanya tetapi buta hatinya sebagaimana bukti yang dijelaskan dalam Firman Allah dalam surah Al Hajj, ayat 46 yang bermaksud:
"Kerana sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada."
Mereka juga mengatakan yang membutakan hati ialah kejahilan atau tidak memahami tentang hakikat perintah Allah SWT. Kejahilan yang tidak segera diubati akan menjadi semakin bertimbun. Allah SWT berfirman dalam surah Al Baqarah, 2:9 yang bermaksud:
"Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka yang menipu diri sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya."
Demikian bahayanya penyakit hati yang dihembuskan syaitan melalui hawa nafsu manusia. Sehingga Rasulullah pernah berpesan setelah kembali dari perang Badar. Beliau bersabda:
"Musuhmu yang terbesar adalah nafsumu yang berada di antara kedua lambungmu." (Riwayat Al-Baihaqi)
"Jihad yang paling utama adalah jihad seseorang untuk dirinya dan hawa nafsunya." (Riwayat Ibnu An-Najari)
Diri Manusia
Nafs atau jiwa sebagai diri manusia adalah sesuatu yang paling berharga kerana ia berkaitan dengan nilai hidup manusia dan nafs yang diberi rahmat dan redha oleh Allah. Sebagaimana firmannya dalam surah Al-Fajr: 27-30 yang bermaksud:
"Hai jiwa yang tenang (Nafsu Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, masuklah ke dalam syurgaKu."
Dan lagi di dalam surah Yusuf: 53 yang bermaksud:
"Dan aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh ke arah kejahatan, kecuali nafsu yang beri rahmat oleh Tuhanku."
Berkaitan dengan sabda Rasulullah yang berbunyi:
"Barang siapa yang mengenal dirinya, maka ia mengenal Tuhannya."
Hadis ini menyatakan syarat untuk mengenal Allah adalah mengenal diri. Diri atau nafs di sini adalah nafs mutmainnah iaitu nafsu yang tidak terpengaruh oleh goncangan hawa nafsu dan syahwat.Setiap manusia mempunyai nafs yang berbeza. Ada nafs yang menuju jalan cahaya, ada nafs yang menuju jalan kegelapan.
Bagi nafs yang menuju kegelapan atau nafs tercela yang tidak sempurna ketenangannya terutama ketika lupa kepada Allah disebut nafsu lawammah. Firman Allah Taala dalam surah Al Qiyammah: 2 yang bermaksud:
"Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat tercela (nafsu lawammah)."
Nafsu ini hanya dapat dikenali dan disaksikan dengan kemampuan tertentu manusia iaitu dengan pancaran batin. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Araaf: 26 yang bermaksud:
"Pakaian taqwa yang menjaga mu dari kejahatan itu adalah yang paling baik."
Ruh
Ruh mempunyai dua arah pengertian iaitu:
a. Sebagai nyawa
b. Sebagai suatu yang halus dari menusia (pemberi cahaya kepada jiwa)
Ruh sebagai nyawa kepada jasad atau tubuh. Ia ibarat sebuah lampu yang menerangi ruang. Ruh adalah lampu, ruang adalah sebagai tubuh. Jika lampu menyala maka ruangan menjadi terang. Jadi tubuh kita ini boleh hidup kerana ada ruh (nyawa).
Manakala dalam pengertian yang kedua, Ruh sebagai sesuatu yang merasa, mengerti dan mengetahui. Hal ini sangat berhubung dengan hati yang halus atau hati ruhaniyyah yang disebut sebagai Latifah Rabaniyyah (hati erti kedua).
Dalam Al-Quran kata ruh disebut dengan sebutan Ruhul Amin, Ruhul Awwal dan Ruhul Qudsiyah.
Ruhul Amin yang bermaksud adalah malaikat Jibrail. Firman Allah dalam surah Asy-Syu’araa: 192-193 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, Dia dibawa oleh Ar Ruh Al–Amin (Jibril). Ruhul Awwal yang bermaksud nyawa atau sukma bagi tubuh manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah As-Sajdah: 9 yang bermaksud:
"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam tubuhnya ruhNya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, tetapi kamu sedikit sekali bersyukur."
Ruh Qudsiyah yang bermaksud ruh yang datang dari Allah (bukan Jibril), tetapi yang menjadi penunjuk dan pengkhabar gembira bagi orang-orang beriman. Ini adalah ruh yang disucikan di hadirat Allah. Ia bercahaya apabila nafsu mutmainnah telah sempurna.
Hati
Hati merupakan raja bagi seluruh diri manusia dan tubuh. Perilaku dan perangai seseorang merupakan cerminan hatinya. Dari hati inilah pintu dan jalan yang dapat menghubungkan manusia dengan Allah. Dengan demikian untuk mengenal diri harus dimulai dengan mengenal hati sendiri.
Hati mempunyai dua pengertian:
Hati jasmani iaitu sepotong daging yang terletak di dada sebelah kiri, hati jenis ini haiwan pun memilikinya.
Hati Ruhaniyyah iaitu sesuatu yang halus. Hati yang merasa, mengerti, mengetahui, dipinta dituntut. Dinilai juga dengan Latifah Rabaniyyah.
Hati Ruhaniyyah inilah merupakan tempat iman dan tempat mengenal diri. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d: 28 yang bermaksud:
"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."
Hadis qudsi yang bermaksud:
"Tidak akan cukup menanggung untukKu bumi dan langitKu tetapi cukup bagiKu hanyalah hati (qalb) hambaKu yang mukmin." (Riwayat Ad Darimi)
Nafsu Mutmainnah
Apabila hati manusia jauh dari goncangan yang disebabkan bisikan syaitan, hawa nafsu dan syahwat, maka ia disebut nafs Mutmainnah, Apabila ia tunduk dan redha kepada Allah sepenuhnya, maka ia disebut nafs mardhiah (nafs yang redha).
Namun jika manusia membiarkan hatinya berada dalam pengaruh hawa nafsu dan syahwat, maka ia akan menjadi orang yang tersesat, lama kelamaan tergelicir dan dimurkai Allah, sebagaimana Firman Allah di dalam surah Jaastsiyah: 23 yang bermaksud:
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu Nya dan Allah telah mengunci mata pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat. Maka mengapa kamu tidak mengambil iktibar."
Ingat hawa nafsu dan syahwat bukan dibunuh atau dihilangkan, tetapi dikawal oleh nafsu mutmainnah. Di mana ada saatnya hawa nafsu ini perlu dikeluarkan. Sebagaimana firma Allah dalam surah An Nazi’at: 40-41 yang bermaksud:
"Dan ada pun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya."
Jika hati kita telah diselubungi oleh nafsu mutmainnah, maka nafsu mutmainnah ini menjadi imam (penunjuk) bagi seluruh tubuh dan dirinya, sesungguhnya nafsu mutmainnah inilah disebut-sebut sebagai jati diri manusia (hakikat dari manusia). Allah berfirman di dalam surah Al Araaf: 172 yang bermaksud:
"Dan Ingatlah, ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman: ”Bukankah Aku ini Tuhanmu”, mereka menjawab: ”Bahkan engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi”. Kami lakukan demikian agar di hari akhirat kelak kamu tidak mengatakan: "sesunggunya kami adalah orang-orang lalai terhadap keEsaan Mu."
Jika hati yang sakit, maka lupa terhadap perjanjian kita dengan Allah yang pernah diucapkan seperti dalam surah Al Araaf ayat 172 di atas.
Tetapi di antara sekian banyak manusia, ada yang berjaya menyihatkan kembali jiwanya (nafsu mutmainnah). Apabila jiwa kita telah hidup, bercahaya, sihat kembali, maka jiwa ini akan dapat melihat kerajaan langit Allah. Dalam hal ini apabila Ruhul Qudsiyah telah menyala dan bersinar, maka jadilah hatinya rumah Allah, orang-orang yang berjaya ini disebut Ahli Al-Bait. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Ali Imran: 164 yang bermaksud:
"Sesunggunya Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan mereka al kitab dan al hikmah. Dan sesungguhnya sebelum itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata."
Lagi, sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Hati orang-orang beriman adalah Baitullah (Rumah Allah)".
Jadi, ruhul qudsiyah adalah kenyataan Allah dalam diri manusia. Allah Taala adalah sumber cahaya langit dan bumi dan ruhul qudsiyah adalah sumber cahaya yang ada dalam hati yang digambarkan sebagai pelita, sebagaimana firmanNya dalam surah An Nur: 35 yang bermaksud:
"...Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya adalah seperti sebuah lubang yang tak tertimbus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita ini di dalam kaca dan kaca ini seakan-akan bintang yang memantulkan cahaya seperti mutiara."
Posted by Othman Draman at 15:15 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

FIKIR & ZIKIR

More

News Feed



Hakikat Insan
27 September at 09:17 · 
FIKIR & ZIKIR
- 2 KUNCI YANG MEMBUKA RAHSIA ILMU ALLAH
* FIKIR (TAFAKUR) - PINTUNYA
* DZIKIR (ZIKRULLAH) - GERBANGNYA
* BERTAFAKUR SESAAT LEBIH BAIK DARIPADA BERIBADAH SETAHUN
TAFAKUR ialah ketika AKAL MINDA KITA MERENUNG, MENUMPUKAN, MEMUSATKAN DAYA FIKIR dengan MENDALAM
sehingga AKAL FIKIR KITA MAMPU MENCAPAI TITIK PENYEMADIAN FIKIRAN dalam MENGHENING CIPTA suatu RENUNGAN
AKAL ialah MAKHLUK ALLAH
selain
- ROH
- NAFSU
- NAFAS
yang DICIPTA ALLAH
OTAK mengandungi RIBUAN SARAF yang menjadi KEDIAMAN AKAL.. Setiap SARAF OTAK berfungsi dengan TUGASAN sendiri..
SARAF OTAK mengandungi MANIK yakni NUR yang MENCERAP & MENANGKAP ILMU dengan CEPAT & JELAS
di mana
- dalam MANIK terkandung FIKIR yang MEMBEZAKAN yang BENAR & BATIL
- dalam FIKIR terkandung SUKMA yang MEMBEZAKAN HAIWAN & MANUSIA
- dalam SUKMA terkandung BUDI, BERTIMBANG RASA & SIFAT KEMANUSIAAN
- dalam BUDI terkandung RASA, PERASAAN TANGGUNGJAWAB
AKAL yang MENGANDUNGI NUR & ILMU yang HAQ dari ALLAH akan SENTIASA MEMIKIRKAN
- SIAPAKAH DIRI KITA SEBENARNYA?
- SIAPA PENCIPTA KITA?
- APA TUJUAN KITA DICIPTAKAN?
- KE MANAKAH ASAL KITA AKAN DIKEMBALIKAN?
AKAL BEBAS BERFIKIR tanpa BATASAN tetapi MANUSIA TIDAK BOLEH MELAKSANAKAN KEPUTUSAN AKAL jika KEPUTUSAN AKAL MELANGGAR ARAHAN ALLAH kerana AKAL TERTAKLUK kepada HUKUM ALLAH
* SEPINTAR mana pun AKAL BERFIKIR, AKAL akan TETAP DIPANDANG RENDAH sekiranya
- AKAL TIDAK BERILMU
- AKAL TIDAK TUNDUK kepada HUKUM ALLAH
- AKAL TIDAK MENGENAL yang HALAL & HARAM
yakni AKAL yang TIDAK MENGANDUNGI
- NUR
- ILMU YANG HAQ
kerana ILMU itu dari SUNNAH ALLAH & SUNNAH RASUL
HAKIKAT nya
* MARTABAT ILMU MENGATASI AKAL *
AKAL memang dapat DIKUASAI oleh NAFSU yang JAHAT jika AKAL TIDAK DIISI dengan
- NUR
- ILMU yang HAQ
NAFSU yang JAHAT akan MENGUASAI AKAL di samping NAFSU yang DITEMANI IBLIS SYAITAN akan sentiasa MENDORONG AKAL supaya DIRI MELAKUKAN PERBUATAN ONAR kerana AKAL membuat KEPUTUSAN mengikut NAFSU nya SENDIRI
- MANUSIA diberi AKAL untuk BERFIKIR & BERIKHTIAR
- HAIWAN diberi AKAL tanpa FIKIR tetapi PUNYAI IKHTIAR
FIRMAN ALLAH:
Iaitu ORANG- ORANG yang SENTIASA MENGINGATI ALLAH pada saat BERDIRI, ketika sedang DUDUK, mahu pun waktu BERBARING
Dan
MEREKA BERTAFAKUR tentang PENCIPTAAN LANGIT & BUMI
(QS. An-Nisa: 103)
FIRMAN ALLAH:
Sesungguhnya dalam PENCIPTAAN LANGIT & BUMI, & SEGALA sesuatu yang BERADA di antara KEDUA-DUA nya terdapat TANDA-TANDA KEKUASAAN KU bagi para ULIL ALBAB
(QS. Al-Imran: 190)
FIRMAN ALLAH:
Jika KAMU MAMPU MENEMBUS (MELINTASI) penjuru LANGIT & BUMI, maka LINTASILAH. KAMU TIDAK akan MAMPU MENEMBUS nya, kecuali dengan #KEKUATAN
(QS. Ar-Rahman: 33)
AYAT di atas membawa MAKSUD ALLAH MENCABAR MANUSIA untuk MERUNGKAI MISTERI & RAHSIA ALAM CIPTAAN NYA dengan #KEKUATAN yakni AKAL MINDA FIKIR yang BERTAFAKUR
MANUSIA yang MENYAHUT CABARAN ini ialah AHLUL ALBAB yang SENTIASA BERFIKIR tentang KEBESARAN ALLAH & CIPTAAN NYA akan mampu MENEMUKAN CITRA DIRI nya sebagai INSAN yang MAMPU MENAKLUK JAGAT RAYA apabila IA MEMILIKI #KEKUATAN AKAL FIKIR dalam MENGHENING CIPTA suatu RENUNGAN
- BERTAFAKUR dalam MEWUJUDKAN * ILMU
HAKIKAT nya
TAFAKUR - KUNCI yang MEMBUKA PINTU * ILMU MAKRIFATULLAH
ZIKRULLAH - KUNCI yang MEMBUKA GERBANG * ILMU HAKIKATULLAH
Amiin²
Posted by Othman Draman at 15:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Followers

About Me

My photo
Othman Draman
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2025 (305)
    • ►  December (11)
    • ►  November (10)
    • ►  October (29)
    • ►  September (37)
    • ►  July (38)
    • ►  June (33)
    • ►  May (35)
    • ►  April (24)
    • ►  March (30)
    • ►  February (27)
    • ►  January (31)
  • ►  2024 (651)
    • ►  December (17)
    • ►  September (28)
    • ►  August (20)
    • ►  July (41)
    • ►  June (28)
    • ►  May (55)
    • ►  April (181)
    • ►  March (141)
    • ►  February (52)
    • ►  January (88)
  • ►  2023 (413)
    • ►  December (64)
    • ►  November (119)
    • ►  October (55)
    • ►  September (49)
    • ►  August (11)
    • ►  July (6)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)
    • ►  April (23)
    • ►  March (29)
    • ►  February (17)
    • ►  January (24)
  • ►  2022 (883)
    • ►  December (44)
    • ►  November (40)
    • ►  October (17)
    • ►  September (10)
    • ►  August (7)
    • ►  July (51)
    • ►  June (113)
    • ►  May (277)
    • ►  April (250)
    • ►  March (11)
    • ►  February (7)
    • ►  January (56)
  • ►  2021 (782)
    • ►  December (54)
    • ►  November (86)
    • ►  October (41)
    • ►  September (100)
    • ►  August (165)
    • ►  July (64)
    • ►  June (155)
    • ►  May (62)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (11)
    • ►  January (35)
  • ►  2020 (4480)
    • ►  December (4)
    • ►  November (26)
    • ►  October (106)
    • ►  September (118)
    • ►  August (69)
    • ►  July (261)
    • ►  June (410)
    • ►  May (977)
    • ►  April (1197)
    • ►  March (413)
    • ►  February (415)
    • ►  January (484)
  • ►  2019 (5763)
    • ►  December (600)
    • ►  November (402)
    • ►  October (458)
    • ►  September (194)
    • ►  August (187)
    • ►  July (766)
    • ►  June (1340)
    • ►  May (475)
    • ►  April (181)
    • ►  March (222)
    • ►  February (447)
    • ►  January (491)
  • ►  2018 (4175)
    • ►  December (500)
    • ►  November (174)
    • ►  October (371)
    • ►  September (293)
    • ►  August (126)
    • ►  July (383)
    • ►  June (49)
    • ►  May (93)
    • ►  April (430)
    • ►  March (548)
    • ►  February (420)
    • ►  January (788)
  • ►  2017 (5669)
    • ►  December (570)
    • ►  November (497)
    • ►  October (303)
    • ►  September (263)
    • ►  August (345)
    • ►  July (532)
    • ►  June (239)
    • ►  May (605)
    • ►  April (515)
    • ►  March (600)
    • ►  February (851)
    • ►  January (349)
  • ▼  2016 (3804)
    • ►  December (522)
    • ►  November (429)
    • ►  October (215)
    • ▼  September (222)
      • lawak aliran
      • kuliah
      • lawak aliran
      • hakikat
      • MUSAFIR
      • 6 KEGAGALAN MENGENAL ALLAH
      • ws
      • MENCINTAI KEMATIAN/BERTEMU TUHAN
      • ws
      • kalam
      • kalam
      • kalam
      • JALAN PARA WALI WALI
      • ws
      • HADIS QUDSI TENTANG QALBU
      • SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?
      • KENALI JASAD, HATI, JIWA, DAN RUH
      • FIKIR & ZIKIR
      • hakikat
      • MAKRIFAT SYOK SENDIRI
      • Perjalanan Menuju Dia
      • Jin
      • SYARIAT TAREKAT HAKIKAT MAKRIFAT
      • hakikat
      • hakikat
      • kalam
      • hakikat
      • KISAH WALI
      • kalam
      • NGO Islam
      • surah
      • kalam
      • MUSAFIR
      • KEGAGALAN MENGENAL
      • kalam
      • ws
      • MENCINTAI KEMATIAN/BERTEMU TUHAN
      • kalam
      • kalam
      • kalam
      • ws
      • ws
      • memperingati dan mensyukuri
      • IMAN DAN IHSAN
      • Hakikat Insan
      • PERSAMAAN DI DALAM PERBEZAAN
      • PERTEMUAN & PENCARIAN
      • RAHSIA DI DALAM RAHSIA
      • Hakikat Insan
      • Hakikat Insan
      • Hakikat Insan
      • Hakikat Insan
      • Hakikat Insan
      • Hakikat Insan
      • SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?
      • Hakikat Insan
      • Hakikat Insan
      • kias
      • kias
      • fb
      • fb
      • boney m
      • Hakikat Insan
      • Hakikat Insan
      • Hakikat Insan
      • Hakikat Insan
      • Hakikat Insan
      • Hakikat Insan
      • Hakikat Insan
      • CINTA LAILA & MAJNUN
      • fb
      • Hakikat Insan
      • "Bicara Guru"
      • HAKIKAT AIR MUTLAK & HAKIKAT SOLAT
      • ALAM NASUT
      • AWAL AGAMA, MENGENAL ALLAH.
      • hakikat
      • SIAPA SAYA?
      • hb
      • hb
      • hb
      • hb
      • hb
      • hb
      • hb
      • hb
      • hb
      • hb
      • hb
      • hb
      • fb
      • ASAS" TASAWUF
      • kalam
      • g
      • ws
      • hadis
      • wahabi
      • kalam
      • ws
      • ws
    • ►  August (424)
    • ►  July (202)
    • ►  June (503)
    • ►  May (293)
    • ►  April (319)
    • ►  March (398)
    • ►  February (130)
    • ►  January (147)
  • ►  2015 (3220)
    • ►  December (237)
    • ►  November (278)
    • ►  October (298)
    • ►  September (258)
    • ►  August (257)
    • ►  July (353)
    • ►  June (341)
    • ►  May (385)
    • ►  April (383)
    • ►  March (123)
    • ►  February (225)
    • ►  January (82)
  • ►  2014 (1241)
    • ►  December (124)
    • ►  November (123)
    • ►  October (213)
    • ►  September (14)
    • ►  August (85)
    • ►  July (128)
    • ►  June (135)
    • ►  May (137)
    • ►  April (163)
    • ►  March (35)
    • ►  February (40)
    • ►  January (44)
  • ►  2013 (158)
    • ►  December (23)
    • ►  November (35)
    • ►  October (34)
    • ►  September (22)
    • ►  June (8)
    • ►  April (5)
    • ►  March (1)
    • ►  February (30)
  • ►  2011 (1)
    • ►  May (1)

Apple iPhone - Cell Mobile Phone
Simple theme. Theme images by jangeltun. Powered by Blogger.