Friday, 1 January 2016

tasawuf&tazkirah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ُ

“Sesungguhnya merugilah orang-orang yang mendustakan akan menemui Allah, sehingga apabila datang Hari Kebangkitan dengan tiba-tiba mereka berkata:“ Aduhai, penyesalan kami atas kelengahan kami di dunia “. Sungguh mereka memikul dosa, amat berat apa yang mereka pikul itu “. (QS Al An’am 6 : 31)

Apabila engkau telah sampai kepada alam Ahadiyah, maka engkau akan merasai wahdatul-wujud iaitu fana wujud segala sesuatu selain Allah, firman Allah artinya segala sesuatu rosak-binasa melainkan Allah, hakikat Laa illaha illaallah. ُ

Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:

“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya”.

(HR; Bukhari;)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Tauhid itu adalah mengosongkan hati daripada segala sesuatu selain Allah.

Berkata Abu Yazid Bustami: " Aku bermimpi bertemu Tuhan, lalu aku bertanya kepada Tuhan, bagaimana aku dapat menuju kepadaMu?"

Tuhan menjawab:"Keluar engkau daripada dirimu dan datanglah kepadaKU".

Maka Abu Yazid berkata:" Aku pun keluar daripada diriku seperti ular yg keluar daripada sarungnya".

Maqam fana itu adalah bagi Wali, bagi orang awam keluar ia dengan tauhid menafikan selain Allah dan mengisbatkan bagi Allah.

Masuk jalan zikrullah dan talkin zikir dengn Mursyid yg Wasil untuk mencapai fana roh dengan izin Allah.

Kesudahan yg dituntut adalah Allah bukan ilmu dan ilmu hanyalah kenderaan untuk menuju kepada Dzat Yg Maha Agung.

Jaga-jaga! Janganlah ilmu menunggang engkau.

Takdir Allah telah selesai diazali, maka diamlah denganTuhanmu dalam gerak dan diam.

- BUTA SELAIN ALLAH

اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم ُ

اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم ُ

Khamis
19 Rabiulawal 1437H
31  Dis 2015.

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sayyidina Amr bin Abasah meriwayatkan bahwa beliau telah bertanyakan Rasulullah saw Iman yg manakan paling afdal?"Baginda menjawab (iman yg berserta dgn hijrah).Beliau bertanya lagi Apakah itu hijrah?"Baginda bersabda ("hijrah ialah kamu meninggalkan amalan-amalan buruk ".(Musnad Ahmad).ٍ

Allah tidak melantik kami menjadi khalifah-khalifah di bumi supaya kami dapat bersenang-lenang. Ini adalah amanah yang berat lagi hebat. Bahkan tiada makhluk yang sanggup memikulnya!

Antara sebab-sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit:
1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.
Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:
1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.
Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah S.A.W. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.
Muhasabah diri.

By : Haji Saiful Malaysia Cinta Rasul.

No comments:

Post a Comment