Thursday, 14 January 2016

tasawuf&tazkirah


Orang munafik melihat dosa itu kecil, orang mukmin melihat dosa itu seperti bukit yg menimpanya dan orang ArifBillah melihat Allah diatas tiap-tiap sesuatu yg dipandangnya.

Barangsiapa yg terhenti pada dunia, maka ia akan terhijab daripada akhirat dan barangsiapa yg terhenti pada akhirat, maka ia akan terhijab daripada Allah.

Barangsiapa yg melihat Allah, maka fana ia daripada segala sesuatu yg Wujud selain Allah.

Wujudmu itu tiada kuasa dan tiada kehendak, Wujud Allah yg Berkuasa dan yg Berkehendak keatasmu, jikalau engkau Wasil kepada Allah maka engkau tidak melihat lagi kuasa dan kehendakmu.

Engkau pandang Kuasa dan Kehendak Allah, hilang wujudmu dalam Kuasa dan Kehendak Allah, hilang kewujudanmu dalam Kewujudan Allah.

- BUTA SELAIN ALLAH


Rahsia wahyu dapat difahami oleh para Wali kerana mereka telah melalui lorong-lorong Kenabian, sabda Nabi tiada Nabi lagi selepasku.

Wali adalah pewaris  batin kenabian dan ulamak adalah pewaris ilmu zahir kenabian.

Para Wali menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah, sanad tauhid mereka daripada Allah dan mereka mendapat ijazah daripada Allah untuk menyeru manusia kepada tauhid yg hakiki .

Janganlah menentang mereka kerana mereka adalah pembawa panji-panji tauhid yg hakiki.

Sebaik-baik guru dan teman adalah mereka kerana mereka mendapat ikhlas yg hakiki daripada Allah.

Semoga Allah merahmati dan memimpin kamu dan aku kepada tauhid yg hakiki.

- BUTA SELAIN ALLAH


"Diam" itu adalah bahasa ketuhanan, segala selainnya (ungkapan) adalah terjemahan yang kurang bermutu (tidak tepat).

- Al-'rif Billah Al-Imam Jalaluddin Ar-Rumi QaddasAllahu Sirrahu.

(naam Ya Saiyyidi, adakalanya dengan jiwa tanpa mengungkapkan adalah lebih faham. Ya Robb).


Bala-bencana adalah pengesahan pengakuan cinta!
Kecemburuan Allah akan dizahirkan dlm bala-bencana.
Allah cemburu apabila hatimu berpaling kepada selainNya!
Zikir dan ibadat tdk mendekatkanmu kpd Allah, lalu Tuhan menghantar bala-ujian utk mendekatkanmu kpdNya.
Org yg memiliki matahati bersyukur atas bala-bencana yg menimpanya sebagaimana ia bersyukur atas nikmat Allah.
Baginya bala-bencana adalah nikmat yg paling besar yg mendekatkan hatinya kpd Allah.

Berjalan kepada Allah dengan syariat zahir dan batin, nescaya engkau akan  wasil kepada Allah dengan Anugerah Allah!


Firman Allah Ta'ala artinya sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu ikutan yg baik.

Al-Ahzab:21

اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم


3 ASAS BESAR DALAM KESUFIAN SEJATI
Seorang sufi besar lainnya, imam Sahl al-Tustary berkata:
ﺃﺻُﻮْﻝُ ﻣَﺬﻫَﺒِﻨَﺎ ﺛَﻼَﺛَﺔٌ , ﺍﻻﻗﺘِﺪَﺍﺀُ ﺑِﺎﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﻓِﻲ ﺍﻷﺧْﻼَﻕِ ﻭَﺍﻷﻓْﻌَﺎﻝِ ﻭَﺍﻷﻛْﻞِ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺤَﻼَﻝِ ﻭَﺇﺧْﻼَﺹِ ﺍﻟﻨِّﻴَّﺔِ
ﻓِﻲ ﺟَﻤِﻴْﻊِ ﺍﻷﻓْﻌَﺎﻝِ
Maknanya: “Landasan kita ini (tasawwuf) tiga perkara: mencontoh
akhlak dan perbuatan rasulullah, makan dari makanan halal dan ikhlas
dalam setiap perbuatan".
ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﻭﺃﺣﻜﻢ


[3:57AM, 1/8/2016] Adam Harry: akan ada datangnya fitnah wahabbi...menggunakan nama pertubuhan 'Pertama'..
[3:57AM, 1/8/2016] Adam Harry: hati-hati wahai shbt2 hatiku..😞🙏🙏
[3:58AM, 1/8/2016] Adam Harry: pastikan isu atau bahas yg nak dipaste kesini..kamu fahami betul
[3:59AM, 1/8/2016] Adam Harry: cek dari jalur mana tareqat si shkh atau maulana yg membahas..
[4:00AM, 1/8/2016] Adam Harry: jadilah khalifah yg bijak.






No comments:

Post a Comment