Thursday, 14 January 2016
tasawuf&tazkirah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Cinta kamu kepada sesuatu membutakanmu dan memekakkanmu.
- Sabda Rasulullah S.A.W
Jangan engkau syak perbuatan Allah, kerana ia adalah pengesahan cintamu, tauhidmu dan makrifatmu.
Si-Arif tdk melihat amalnya lagi, tetapi ia melihat Allah sebagai pelaku amalnya.
- BUTA SELAIN ALLAHُ
Barang siapa yg belum pantas( mengapai) makrifat, dia masih disibukkan dengan memperhitungkan amal- amalnya.
Ulul albab adalah orang yg sentiasa Meningati Allah dalam keadaan berdiri, duduk, dan baring mengiring. Dan sentiasa tafakkur tentang ciptaan Allah melangkawi apa yang di langit dan dibumi. Dengan menyaksikan sekalian yang Allah perlihatkan itu lalu mereka berkata bahawa tidak sesia sekalian yang Allah ciptakan itu dan mohon hindari diri mereka daripada azab Neraka. (Ali lmran:191..)
Hati yang sentiasa berzikrullah mempunyai beberapa martabat seperti berikut menurut Saidina Ali ibnu Abu Talib r.a.:
1. Sadar (ilmu)
2. Qalbu (lman)
3. Fuad (Makrifat)
4. Lubba (albab).
5. Saghafu (Cinta)
**SADAR
"Al ilmu ala fissudur".
Ilmu yang sebenar bukan hafalan dan ingatan semata.
Ilmu yg berdasarkan semata mata kepada kekuatan Mengingat dan hafalan belum dinamakan ilmu. Ilmu yg sebenar adalah ilmu yang berhasil dari lman dan Amal. Allah sahaja lah yang mengajar manusia ilmu apa yang penting dan tidak diketahui.
"Alamal insan nama lam yaklam".
** QALBU
"Ala bizikrillah ta a minal qulub".
Hati orang berlman sentiasa tentang hanya dengan mengingati Allah. Hati yg berzikrullah adalah hati yg hidup. Orang berlman yang hidup hatinya, ia tidak akan mati.
Hati berlman adalah wadah iktiqad, akidah, ibadah, niat yang tak putus, jihad akbar, zikirullah, muraqabah, muqabalah, muhasabah, tawajjuh, musyahadah, mutalaah, mukhitbillah.
** FUAD
"Makaza bi fuad mara aa".
"Tiada dusta apa jua yg dilihat oleh Fuad".
Fuad adalah Hati Makrifat. Martabat musyahadah. Orang berlman yang Makrifat adalah mendapat maqam syahid. Iaitu menyaksikan bahawa "laila ha illa hu".
Allah syahid, para malaikat turut syahid, orang berlman yang berilmu hakikat juga syahid.
**LUBBA
Lubba adalah golongan ulul albab yang Allah terangkan bahawa mereka adalah orang yang berAkal yang sentiasa ingat Allah dan ihsan.
**SAGHAFU
Orang yang cinta Allah. Keadaan nya saling cinta mencintai, rindu dan cemburu.
Allah menceritakan tentang cinta..."perempuan perempuan itu memotong jari mereka (bukan buah) apabila terpandang cantek, segak, hebat dan gahnya Nabi Allah Yusof.."
Mereka terpana' tidak merasai sakit sekalipun pisau yang mereka pegang terpotong jari mereka!!!
Berkatalah setengah Arifbillah :
“Janganlah hairan dan kecewa ketika engkau menerima yang pahit dan yang manis di dunia yang fana ini, itulah sifat keaslian dunia. Ketika engkau menghadapi yang pahit, engkau bersabar dan sabar menjadi kebaikan buatmu, dan ketika engkau menghadapi yang manis engkau bersyukur dan syukur juga merupakan kebaikan buatmu.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment