Thursday, 14 January 2016

Tasawuf tauhid


Menyeberangilah kepada Tuhanmu iaitu tempat rehat dan kekalnya akal-fikiran dengan Tuhan, tetapi sebelum tiba kepada Tuhan kena berpenat lelah, menuntut ilmu, ibadat dan zikrullah siang dan malam.

Kena berpaling daripada dunia yg haram, yg harus berlebihan, hendak panjat bukit kena ringankan tubuh, kalau dipikul banyak-banyak maka rebah ditengah jalan.

Kena rendah diri, kena hina diri, kena kritik diri, kena sabar dalam bala-ujian Tuhan, jauh perjalanan, banyak ujian, fitnah manusia dan kritikan manusia melajukan perjalanan.

Mengambil masa yg lama, 25 tahun diuji, bermacam-macam tohmohan dan kata manusia, gila, sesat, bodoh, nak tunjuk diri, sombong dan macam-macam.

Bersabarlah wahai hamba Allah, sabar didalam taat, sabar didalam meninggalkan maksiat, sabar didalam bala-ujian sabar didalam sungutan dan bantahan kepada Tuhan.

Inilah pakaian Wali-Wali Allah, tampa pertolongan Tuhan rebah kita didalam perjalanan menuju kepada Allah.

Buangkanlah dirimu, jangan bergantung kepada diri kerana dirimu lemah, tiada kehendak dan tiada kuasa melainkan Allah.

Abu Yazid r.a bermimpi bertemu Tuhan, dia bertanya kepada Tuhan:" Bagaimana hamba hendak pergi kepadaMu Ya Allah?". Tuhan menjawab:" Engkau keluar daripada dirimu dan engkau datang kepadaKU". Lalu Abu Yazid berkata:" Aku pun keluar daripada diriku seperti ular keluar daripada sarungnya".

Kalaulah tidak kerana rahmat dan pertolongan Allah, maka berputus-asa engkau dalam perjalanan ini.

Engkau akan dipisahkan daripada makhluk dalam batinmu, maka jadikanlah Allah teman didalam perjalananmu itu.

Kerana tiada seorang teman pun yg sanggup menemanimu didalam perjalanan ini melainkan Allah.

Yakinlah sesungguhnya Allah menyertaimu dalam segala suasana dan tempat, mohonlah bantuan dan pertolongan Allah.

Katakanlah olehmu:" Ya Allah! Engkaulah Penjamin dan Penolongku, tiada Penjamn dan Penolongku selainMu....

- BUTA SELAIN ALLAH

No comments:

Post a Comment