Tuesday, 12 January 2016
tasawuf&tazkirah
Orang munafik melihat dosa itu kecil, orang mukmin melihat dosa itu seperti bukit yg menimpanya dan orang ArifBillah melihat Allah diatas tiap-tiap sesuatu yg dipandangnya.
Barangsiapa yg terhenti pada dunia, maka ia akan terhijab daripada akhirat dan barangsiapa yg terhenti pada akhirat, maka ia akan terhijab daripada Allah.
Barangsiapa yg melihat Allah, maka fana ia daripada segala sesuatu yg Wujud selain Allah.
Wujudmu itu tiada kuasa dan tiada kehendak, Wujud Allah yg Berkuasa dan yg Berkehendak keatasmu, jikalau engkau Wasil kepada Allah maka engkau tidak melihat lagi kuasa dan kehendakmu.
Engkau pandang Kuasa dan Kehendak Allah, hilang wujudmu dalam Kuasa dan Kehendak Allah, hilang kewujudanmu dalam Kewujudan Allah.
- BUTA SELAIN ALLAH
Rahsia wahyu dapat difahami oleh para Wali kerana mereka telah melalui lorong-lorong Kenabian, sabda Nabi tiada Nabi lagi selepasku.
Wali adalah pewaris batin kenabian dan ulamak adalah pewaris ilmu zahir kenabian.
Para Wali menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah, sanad tauhid mereka daripada Allah dan mereka mendapat ijazah daripada Allah untuk menyeru manusia kepada tauhid yg hakiki .
Janganlah menentang mereka kerana mereka adalah pembawa panji-panji tauhid yg hakiki.
Sebaik-baik guru dan teman adalah mereka kerana mereka mendapat ikhlas yg hakiki daripada Allah.
Semoga Allah merahmati dan memimpin kamu dan aku kepada tauhid yg hakiki.
- BUTA SELAIN ALLAH
"Diam" itu adalah bahasa ketuhanan, segala selainnya (ungkapan) adalah terjemahan yang kurang bermutu (tidak tepat).
- Al-'rif Billah Al-Imam Jalaluddin Ar-Rumi QaddasAllahu Sirrahu.
(naam Ya Saiyyidi, adakalanya dengan jiwa tanpa mengungkapkan adalah lebih faham. Ya Robb).
Bala-bencana adalah pengesahan pengakuan cinta!
Kecemburuan Allah akan dizahirkan dlm bala-bencana.
Allah cemburu apabila hatimu berpaling kepada selainNya!
Zikir dan ibadat tdk mendekatkanmu kpd Allah, lalu Tuhan menghantar bala-ujian utk mendekatkanmu kpdNya.
Org yg memiliki matahati bersyukur atas bala-bencana yg menimpanya sebagaimana ia bersyukur atas nikmat Allah.
Baginya bala-bencana adalah nikmat yg paling besar yg mendekatkan hatinya kpd Allah.
Berjalan kepada Allah dengan syariat zahir dan batin, nescaya engkau akan wasil kepada Allah dengan Anugerah Allah!
Firman Allah Ta'ala artinya sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu ikutan yg baik.
Al-Ahzab:21
اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
3 ASAS BESAR DALAM KESUFIAN SEJATI
Seorang sufi besar lainnya, imam Sahl al-Tustary berkata:
ﺃﺻُﻮْﻝُ ﻣَﺬﻫَﺒِﻨَﺎ ﺛَﻼَﺛَﺔٌ , ﺍﻻﻗﺘِﺪَﺍﺀُ ﺑِﺎﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﻓِﻲ ﺍﻷﺧْﻼَﻕِ ﻭَﺍﻷﻓْﻌَﺎﻝِ ﻭَﺍﻷﻛْﻞِ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺤَﻼَﻝِ ﻭَﺇﺧْﻼَﺹِ ﺍﻟﻨِّﻴَّﺔِ
ﻓِﻲ ﺟَﻤِﻴْﻊِ ﺍﻷﻓْﻌَﺎﻝِ
Maknanya: “Landasan kita ini (tasawwuf) tiga perkara: mencontoh
akhlak dan perbuatan rasulullah, makan dari makanan halal dan ikhlas
dalam setiap perbuatan".
ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﻭﺃﺣﻜﻢ
[3:57AM, 1/8/2016] Adam Harry: akan ada datangnya fitnah wahabbi...menggunakan nama pertubuhan 'Pertama'..
[3:57AM, 1/8/2016] Adam Harry: hati-hati wahai shbt2 hatiku..😞🙏🙏
[3:58AM, 1/8/2016] Adam Harry: pastikan isu atau bahas yg nak dipaste kesini..kamu fahami betul
[3:59AM, 1/8/2016] Adam Harry: cek dari jalur mana tareqat si shkh atau maulana yg membahas..
[4:00AM, 1/8/2016] Adam Harry: jadilah khalifah yg bijak.
PATUNG PUTIH KELIHATAN MIRIP
SUSUK TUBUH T.G NIK AZIZ :
(Pakman Nak Membebel Sikit)😁
✳ [1/7, 12:20 AM] Syakirah Nor Azizin +60 11-4068 1612:
Kan ke kawasan patung tu dikhaskn situ ja yg ada n perkampungan org bukan islam kot, msa ngaji kt kelantan hari tu depa habaq tuan guru bagi 1 kawasan khas utk depa supaya x kacau org islam kot saya pon dah lupa tapi patung tu mamang TINGGI & BESAQ!
✅ [1/7, 5:29 AM]🍃 : Terima kasih dik Syakirah atas maklumatnya. Pakman sekadar nak menambah sikit buat 'kefahaman' nak Syakirah. - siri membebel sikit.
Bismillah - Kedatangan Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, nabi Muhammad adalah dengan satu tujuan yang sama. Dan nabi Isa akan "kambali" di penghujung zaman nantipun dengan tujuan yg sama iaitu menghancurkan patung-patung Berhala dan menghapuskan semua ajaran penyembahan "objek" @ "makhluk" yang selain daripada Allah SWT.
Orang orang yang beriman lebih lagi yang memikul 'amanah' (arahan) Al Quran dan (nasihat) Hadis iaitu para ulama "pewaris nabi" adalah sesekali tidak dibolehkan terlibat ataupun menyokong dalam pembinaan "patung berhala" .. ia seolah-olahnya kita "menggalakkan" mereka org kafir agar terus menyembah selain daripada Allah.
Sepatutnya kita tarbiahkan orang kafir agar menyembah Allah, seru mereka masuk islam, tapi bukan sebaliknya, kita "bersubahat sama" dengan kafir bagi tujuan kekufuran mereka terhadap Allah. Ia adalah hal hal yang sangat sangat tercela dan dimurkai & dilaknati Allah.
Apa yang Nabi Ibrahim a.s "lakukan" sehingga namanya dimuliakan dan dikekalkan Allah di dalam tahiyat akhir?
.. Dia "sendirian" memecah patung patung Berhala, atas kerana pada pandangannya, selagi mana patung itu "wujud" diperkampungannya, maka selagi itulah Allah murka kepada kaum dikampungnya yang masih "tidak beriman" dan syirik kepada Allah.
Nabi Ibrahim a.s memecahkan berhala dengan kapaknya "sendirian" .. tetapi "umat kita" yang beriman (para alim) "berjemaah" membantu dengan kafir utk didirikan kembali patung bagi tujuan KEKUFURAN MEREKA kepada Allah SWT. Ia adalah hal yang sangat-sangat terkeluar dari landasan syariat Islam dan petunjuk sunnah Nabi SAW.
Pernah tak dengar Wali Wali tanah melayu silam bagitahu mengapa Bala Allah banyak diturunkan di India dan Jepun?
Diberitahu bahawa atas kerana 2 negara ini terlalu banyak Patung Berhala.
Di malaysia ini, negeri mana memiliki Patung paling besar dan paling tinggi??
*Jawab soalan terakhir dlm hati, negeri mana yang paling teruk ditimpa bala Allah dlm masa terdekat ini? Kenapa ya?
Pernah dengar tak kisah silam, disebuah kota yang penduduknya majority orang orang beriman kesemuanya. Di kota itu wujudnya kelompok 'kecil' yang berbuat maksiat kepada Allah (bukan buat patung pun, cuma 'maksiat kecil ja) ..
... tapi atas kerana "seluruh" penduduk yang beriman di kota itu "redha" dengan maksiat kecil itu, tidak mencegahnya .. maka Allah menurunkan Balanya pada malam hari di kota tersebut. Ribut, Taufan dan banjir besar telah membadai dalam 1 malam sahaja, dan pada pagi esoknya kota itu lenyap hancur dimusnahkan Allah.
Tetapi umat kita di "negeri" kita buat "salah" sangat besar, Allah turunkan balanya "sikit" ja sebagai teguran .. banjir ja sebagai "teguran-Nya" walaupun "berhala mensyirikkan" Allah terlalu besar dan tinggi .. Jangan ingat Allah boleh lupa berhala yang tinggi melangit tu lebih tinggi dari menara Masjid.
Dalam hadis lain Rasulullah menyebut : Hal Hal yang bakal mengundang bala Allah di sesebuah tempat .. salah satunya .. rumah ibadat kafir (termasuk lah patung) lebih tinggi dari menara kubah masjid ..
✳ Note : hal ini bagaikan menjolok sarang tebuan Allah, padahal Rasulullah dan "nasihatkan" ... tapi siapa yang membelakangi nasihat Rasulullah SAW, lebih lagi orang agama yang berpaling dari nasihat hadis .. umat bangsa di kota itu akan binasa dengan "muatan berat" dari langit tinggi (bala).
Sebelum nak doa tolak bala, pastikan dulu "patung berhala" yang org islam "tolong buat" tu, dimusnahkan atau direndahkan dari paras muka bumi Allah ini terlebih dahulu. Takutlah dengan "muatan berat" dari langit tu
... bila bila Allah boleh "jatuhkan" atas negeri kita.
"Janganlah Kamu Redha Kemungkaran Yang Dilakukan Oleh Para Pemimpinmu, Takutlah Akan Kemurkaan-Nya."
➰➰➰➰🔱➰➰➰➰
"KAMPUNGKU BAKAL DILANGGAR TODAK"
➰➰➰➰🔱➰➰➰➰
Seorang-dua punya Angkara,
Satu negara menanggung Bala,
Bila Rencana Allah telah Tiba,
Penduduk kota pasti Dibinasa.
Bilamana bala sudah melanda,
Kamu hanya mampu melihat sahaja,
Sanak saudara lemas ditengah kota,
Ditelan puaka yang kamu sendiri pinta.
Wahai manusia penduduk kota yg alpa,
Bala pertama sudah melanda kota,
Ombak kedua pasti menerpa membinasa,
Selagi mana Patung Berhala Tegak Perkasa.
Nasihat ini nasihat dari kota para Wali,
Kamu akan melihat satu demi satu terjadi,
Bukan cerita baru tapi sudah berkali kali,
Apabila nasihat Nabi & Wali tidak dipeduli.
Hari-hari mati sedang meniti teliti,
Penduduk kota leka tidak memperduli,
Amaran langit dari Nabi dianggap tiada isi,
Saat rakyat jelata dibinasa sudah hampir mari.
Pak Man Superman - 😃
Penjaga Makam Sufi .. p.m.s
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment