Tuesday, 12 January 2016
tasawuf&tazkirah
Barangsiapa yg tidak mencapai fana diri, maka kebaikannya adalah kejahatan. Kebaikan yg mengandungi keakuan diri adalah satu kejahatan bagi hati!
- BUTA SELAIN ALLAH
Catatan ringkas:
PESANAN SAIDINA UMAR AL KHATTAB
– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.
3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidak dapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.
4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.
5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari:
“Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”
Ulul albab adalah orang yg sentiasa Meningati Allah dalam keadaan berdiri, duduk, dan baring mengiring. Dan sentiasa tafakkur tentang ciptaan Allah melangkawi apa yang di langit dan dibumi. Dengan menyaksikan sekalian yang Allah perlihatkan itu lalu mereka berkata bahawa tidak sesia sekalian yang Allah ciptakan itu dan mohon hindari diri mereka daripada azab Neraka. (Ali lmran:191..)
Hati yang sentiasa berzikrullah mempunyai beberapa martabat seperti berikut menurut Saidina Ali ibnu Abu Talib r.a.:
1. Sadar (ilmu)
2. Qalbu (lman)
3. Fuad (Makrifat)
4. Lubba (albab).
5. Saghafu (Cinta)
**SADAR
"Al ilmu ala fissudur".
Ilmu yang sebenar bukan hafalan dan ingatan semata.
Ilmu yg berdasarkan semata mata kepada kekuatan Mengingat dan hafalan belum dinamakan ilmu. Ilmu yg sebenar adalah ilmu yang berhasil dari lman dan Amal. Allah sahaja lah yang mengajar manusia ilmu apa yang penting dan tidak diketahui.
"Alamal insan nama lam yaklam".
** QALBU
"Ala bizikrillah ta a minal qulub".
Hati orang berlman sentiasa tentang hanya dengan mengingati Allah. Hati yg berzikrullah adalah hati yg hidup. Orang berlman yang hidup hatinya, ia tidak akan mati.
Hati berlman adalah wadah iktiqad, akidah, ibadah, niat yang tak putus, jihad akbar, zikirullah, muraqabah, muqabalah, muhasabah, tawajjuh, musyahadah, mutalaah, mukhitbillah.
** FUAD
"Makaza bi fuad mara aa".
"Tiada dusta apa jua yg dilihat oleh Fuad".
Fuad adalah Hati Makrifat. Martabat musyahadah. Orang berlman yang Makrifat adalah mendapat maqam syahid. Iaitu menyaksikan bahawa "laila ha illa hu".
Allah syahid, para malaikat turut syahid, orang berlman yang berilmu hakikat juga syahid.
**LUBBA
Lubba adalah golongan ulul albab yang Allah terangkan bahawa mereka adalah orang yang berAkal yang sentiasa ingat Allah dan ihsan.
**SAGHAFU
Orang yang cinta Allah. Keadaan nya saling cinta mencintai, rindu dan cemburu.
Allah menceritakan tentang cinta..."perempuan perempuan itu memotong jari mereka (bukan buah) apabila terpandang cantek, segak, hebat dan gahnya Nabi Allah Yusof.."
Mereka terpana' tidak merasai sakit sekalipun pisau yang mereka pegang terpotong jari mereka!!!
Berkatalah setengah Arifbillah :
“Janganlah hairan dan kecewa ketika engkau menerima yang pahit dan yang manis di dunia yang fana ini, itulah sifat keaslian dunia. Ketika engkau menghadapi yang pahit, engkau bersabar dan sabar menjadi kebaikan buatmu, dan ketika engkau menghadapi yang manis engkau bersyukur dan syukur juga merupakan kebaikan buatmu.”
Gerak dan diammu ith daripada Allah, pandanglah Allah, jangan pandang selain Allah dan nafikan selain Allah daripada hatimu. Orang yg mengenal Allah tidak melihat lagi sesuatu selain Allah.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
"Sesungguhnya Allah berrsama-sama dengan orang-orang yg sabar"
- Al-Baqarah:153
Setiap saat Allah menentukan urusanNya, Dia berbuat apa yg Dia kehendaki, tiada yg Wujud didalam alam ini selain Allah.
Wahai Yg membolak-balik! Peredarkanlah kami didalam peredaran takdirMu diazali, kami tiada berkehendak melainkan dengan kehendakMu....
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada pengakuan diri kami....
Katakanlah Allah! Allah! Allah! Tetapkanlah hatimu kepada Allah, janganlah berpaling daripada Allah, cukuplah Allah bagimu, tiada Tuhan selain Allah.
- BUTA SELAIN ALLAH ُ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment