Sunday, 17 January 2016

tasawuf&tazkirah


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rahmat Allah mendahului ilmu dan amalmu, jangan engkau hijabkan Allah dengan keturunan dan usahamu, sesungguhnya usahamu bermula daripada Dzat Allah.

Surah Al-Ikhlas adalah satu rahsia daripada rahsia-rahsia Allah yg dianugerahi kepada hamba-hambaNya.

Allah memerintahku membaca surah Al-Ikhlas dua puluh lima tahun dulu, dan Allah mengilhamkan kepadaku tiga munajat didalam hatiku ketika aku sedang mengamalkan surah Al-Ikhlas itu.

Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku tauhid yg hakiki, tauhid Nabi-Nabi dan tauhid Wali-Wali....

Ya Allah! Jadikanlah aku hambaMu yg benar-benar ikhlas....

Ya Allah! Jadikanlah aku hambaMu yg benar-benar menyerahkan diri kepadaMu....

Dan satu lagi munajat tambahan selepas aku mendapat anugerah tauhid yg hakiki itu.

Ya Allah! Tetapkanlah rahsia tauhidku didunia dan diakhirat....

Segala puji itu bagi Allah, inilah jalan Wasilah tauhidku, ubat kesyirikan daripada Tuhanku secara langsung tampa orang tengah.

Makanlah ubat yg mujarab daripada Tuhanmu ini wahai manusia, jikalau engkau menyakini akan kebenaranku.

Sesungguhnya rahmat Tuhanmu amatlah luas, maka jangan engkau sempitkan dengan ilmu dan amalmu.

Allah memberi rahmatNya kepada sesiapa yg dikehendaki tampa batas dan syarat sesuatu pun, Dia Maha Mutlak dan tiada terikat kepada sesuatu pun daripada ciptaNya.

Semoga Allah memimpin kita semua kepada cahaya tauhid yg hakiki didunia dan diakhirat.

Allah menjadi saksi diatas apa yg aku ucapkan dan laknat Allah keatas orang-orang yg berdusta!

Wassalam

BUTA SELAIN ALLAH

- KALAM QADIM


Jangan menentang Allah, kehidupan Ketuhanan adalah satu keindahan yg bukan keindahan lagi.

Ditinggalkannya dzikir dan diam ia dengan yg didzikir. Cahaya diatas cahaya.

- BUTA SELAIN ALLAH


Pengakuan cintamu kepada Allah itu akan diuji, Allah adalah kelazatan yg paling lazat daripada segala kelazatan dan Allah adalah lebih Agung daripada segala yg agung.

- BUTA SELAIN ALLAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Sesungguhnya pada dirimu ada dua perkara yg dicintai oleh Allah Ta'ala iaitu lemah-lembut dan tenang.

- Sabda Rasulullah S.A.W ُ


Pesanan Iman Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.


5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.






No comments:

Post a Comment