Tuesday, 12 January 2016

tasawuf&tazkirah


wahai mereka yang baru belajar...hendaklah engkau menuntut ilmu..Sesungguhnya ilmu-ilmu yang lain adalah hamba kepada ilmu Tauhid..
Engkau belajar fiqh untuk mengenal suatu hukum..namun engkau lalai mengenal Allah,,ia Tuhan yang menurunkan hukum.

-kalam walimaya-


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Siapa yg mencintai dunianya dia akan merosakkan akhiratnya dan siapa yg mencintai akhiratnya dia akan merosakkan dunianya.

- Sabda Rasulullah S.A.W


GANTUNGLAH HARAPAN HANYA KEPADA ALLAH...

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menuturkan:

"Jika engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka dia menjadi tuhanmu. Jika engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka engkau adalah budaknya, dan dia menjadi tuhanmu.

Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada Allah. Seorang pencinta tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka maupun saat derita.

Wahai orang yang mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk tidaklah ada gunanya bagimu; tidak juga membahayakanmu.

Jika engkau bergantung kepada makhluk seraya menyekutukan Allah, niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan al-Haq, yakni jalan menuju Allah. Kerana sebaliknya, mereka akan menjerumuskanmu ke dalam kemurkaan Allah dan menghalangimu dari curahan rahmat Allah.

Wahai orang bodoh yang mengharapkan ilmu, hendaklah engkau menyedari bahawa termasuk kebodohan jika mencari dunia bukan dari Rabb sebagai Pemiliknya.

Juga merupakan suatu kebodohan jika engkau mencari keselamatan dari bencana yang menimpamu dengan cara mengadukan harapan kepada makhluk."

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani wal-Faidh AR-Rahman. ُ


بسم الله الرحمن الرحيم .

        " Redha "

Dan firman Allah Ta'ala :

     " Telah redha Allah Ta'ala itu daripada mereka itu dan telah redha mereka itu daripada- Nya ".
سورة البينة : ٨

Dan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam ;
         " Barangsiapa redha daripada Allah Ta'ala dengan sedikit rezeki-nya nescaya redha Allah Ta'ala itu daripada-nya dengan sedikit daripada 'amal  kebajikan ".

Dan lagi firman Allah Ta'ala dalam hadith Qudsi :
   " Aku Allah ! Tiada Tuhan hanya Aku. Barangsiapa tiada sabar atas bala Ku Dan tiada syukur  atas ni'mat Ku Dan tiada redha dengan hukum Aku maka ambil oleh mu akan Tuhan yang lain daripada Aku ".

 Dan kata Abu Darda rahimahullahu ta'ala :
         " Iman yang tinggi itu sabar bagi hukum Allah Ta'ala dan redha dengan qadha-Nya  ".

 Ketahui oleh mu hai saudara ku !
          Bahawa adalah Mahabbatullah dan redha itu ialah maqam yang terlebih tinggi yakni martabat yang terlebih tinggi daripada segala maqam dan daripada segala martabat orang yang salikin.

Dan kata Maimun bin Marhan  rahimahullahu ta'ala :
        " Barangsiapa tiada redha dengan qadha Allah Ta'ala maka tiada ada bagi jahilnya itu ubat ".

والله أعلم، الحقير .


Nasihat nabi kpd umatnya:
1.Tiga perkara yang mesti dijauhi:
Telah bersabda Nabi Muhammad SAW yang artinya:
" Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil ber sungut-sungut karena kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut karena perbuatan Tuhannya ".
Barang siapa menjadi sedih karena perkara perkara dunia berarti ia telah marah kepada Allah.
Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya karena kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya.


Assalamualaikum shbt2..
Bismillahirrahmanirrahim..
mohon sokongan shbt2..
'like n invite friens..bagi page kami difacebook..
'Kebangkitan Tauhid Awaluddin Ma'rifatullah'..
dan untuk shbt2 yg berminat untuk diserap ke whatsapp group kami..bolehlah pm hamba..
nama,umur dan jantina..atau hubungi hamba ditalian 01111666627
'Adam Harry'.
jazakallahu khairankatsira.


Adab yg paling besar itu ialah menjaga hatimu mengingati Allah. Rahmat Allah amat luas, maka jangan engkau berputus asa. Allah serta engkau dimana ada engkau, jangan batas Allah dengan tempat dan masa, sembahlah Allah disetiap tempat dan masa. Allah lebih dekat daripada urat lehermu, tiada antaramu dan antara Allah itu antara. Mengadulah kepada Allah, kerana Allah suka mendengar segala pengaduanmu. Selamatlah orang yg hatinya sentiasa berhadap kepada Dzat Allah dalam senang dan susah. Tiada Tuhan selain Allah, sabarlah, ridhalah, serahkanlah seluruh dirimu kepada Allah, tiada pergantungan kepada sesuatu   Allah. Allah yg menghidupkanmu, Allah juga yg mematikanmu, Allah yg menanggung rezeki seluruh makhlukNya. Hiduplah bersama Allah, matilah bersama Allah, bangkitlah daripada kubur bersama Allah, disyurga engkau bersama Allah, tiada ruang untuk selain Allah dan cucilah hatimu bersungguh-sungguh daripada selain Allah.

- BUTA SELAIN ALLAH


✳ MENJAWAB KEMUSKILAN AGAMA :
✳ NAMA WHATSAAP GROUP :
🍃POLITIK DIUGAMAKAN/SUFI ASWJ
🍃ADMIN : USTAZ AKI ZUL MQTK
🍃CONTACT ADMIN : 012-950-7978

✳ SOALAN [4-1 12:30] ‪+60 10-796 3106‬: Mengapa kt dlm Al Quran Allah sebut jin dahulu baru manusia..sedangkn Allah telah melantik manusia sbg khalifah di dlm dunia ni...dn mengapa makhluk jin mampu memudaratkn manusia  tp manusia x boleh mengapa2kn makhluk jin?

✳SOALAN[4-1 12:31] ‪+60 10-796 3106‬: Soalan ke 2..apakah tu fahaman wahabi...fahaman ini dikatakn sesat tp mengapa imam besar masjidil haram turut dikatakn menganut fahaman ini

✳SOALAN[4-1 12:33] ‪+60 10-796 3106‬: Satu dunia umat islam berimamkn imam ini ketika solat dimasjidil haram...adakah ulamak2 kt dlm malaysia ni dh mengatasi imam2 kt mekah ditempat lahirnya ugama islam iti sendiri???

✳SOALAN[4-1 12:38] ‪+60 10-796 3106‬: Dh seminggu sya kt dlm grup ni...semua persoalan x de jawapan...yg ada jawab cuma salam aje..😓😓

➰➰➰➰🔱➰➰➰➰
JAWAPAN SERINGKAS & SEPADATNYA :

✅ (1) Bismillah. Buat adik yang bertanya.
🔱 Jin jin kafir mampu dibunuh dengan hanya ucapan Bismillah buat insan-insan yang dikurniakan Allah dengan ilmu pengetahuan dari ayat ayat Al Quran. Mereka hakikatnya lemah buat orang-orang islam yang mempunyai ilmu "pengetahuan" ... Jin hanya mampu memudaratkan manusia dengan atas "keizinan Allah" ... Jika Allah ingin menguji para hamba-hamba-Nya dengan sesuatu "ujian" yang memudaratkan, maka Allah akan "mempergunakan" Jin bagi menguji keimanan para hamba-hamba-Nya. "Jin bukanlah penyebab" datangnya sesuatu "kemudaratan" itu, kecuali Allahlah yang memberi kamu "sakit" melalui pelbagai cara-cara yang "dikehendaki-Nya."

🔱 Jin dulu disebut di dalam al-Quran atas kerana makhluk makhluk JIN ini adalah makhluk yang paling AWAL MENDIAMI PLENET BUMI INI SEJAK SEBELUM NABI ADAM A.S DIUTUSKAN ALLAH KEBUMI INI SEBAGAI KHALIFAH YANG "TERAKHIR" ..

🔱 Jumlah jin yang mendiami bumi ini adalah berlipat kali ganda dari yang jumlah manusia yang menghuni bumi ini. Dan nabi Adam kita adalah "Khalifah Adam terakhir" yang diberi amanah Allah untuk mentakbir muka bumi ini.

🔱 Sebelum nabi Adam a.s kita, bumi ini telah ada ribuan adam-adam yang diberi tugas untuk mentakbir bumi, tetapi semuanya gagal melaksanakan "amanah" yang Allah beri atas mereka. Dan Adam terakhir ini Allah takdirkan dari bangsa kalangan manusia.

🔱 Sebelum nabi Adam a.s, telah ada spisis makhluk manusia yang mendiami bumi ini, tetapi mereka semuanya kufur kepada Allah, lalu Allah membinasakan mereka semuanya hingga kita "tidak mengetahui" bahawa mereka pernah wujud di atas muka bumi ini pada saat sebelum Allah SWT utuskan nabi Adam a.s kita.

🔱 Allah menyebut Jin terlebih dahulu atas kerana merekalah makhluk yang paling awal mendiami bumi. Dan Allah menyebut nama manusia dikemudiankan sebutannya dari nama Jin atas kerana manusialah makhluk "terpilih" dan KHALIFAH YANG TERAKHIR YANG AKAN MENJALANKAN "AMANAH ALLAH" DI ATAS BUMI INI hinggalah bumi ini akan hancur (Kiamat).

🔱 Salah satu misi utama manusia sebagai khalifah Allah, adalah untuk "berdakwah" dengan makhluk-makluk JIN yang masih di dalam keadaan "kafir" (kufur kepada Allah) yang bertebaran di atas mukabumi ini. Tugas ini adalah Tugas para Wali Wali Allah yang Allah beri mereka "ilmu pengetahuan" untuk berdakwah dengan makhluk-makhluk yang masih Jahil ini (makhluk Ghaib Jin Jin Tercela).

🔱 Setiap kali kita beribadah kepada Allah di rumah rumah kita itu, secara tak langsung, perbuatan ketaatan perintah Allah ini yang kita laksanakan, ia juga adalah salah satu "misi dakwah" buat Jin-Jin kafir yang sama sama "tinggal" di dalam rumah rumah yang kita diami.

🔱 Mereka hidup selapis alam dengan alam nyata kita tetapi pandangan mata kita telah "sengaja" Allah hijabkan daripada dapat melihat "wujudnya" mereka ini di samping kita(Jin Jin yang serumah dengan kita). Pada saat tuan tuan membaca inipun, pada hakikatnya ada jin jin yang sama sama turut membaca ini. Cuma Allah menghalangi untuk mereka menyentuhi tubuh kita.

✅ (2) Fahaman Wahabi dan penganutnya hanya boleh di "statuskan" wahabi SETELAH mereka menyatakan ayat ayat yang mendedahkan identity mereka. Kesesatan mereka hanya akan dinilai setelah mereka mengucapkan sesuatu hal yang bertentangan dengan aqidah ahlul sunnah waljamaah.

🔱Adapun imam imam di masjidi haram itu, tidak boleh kita katakan mereka itu sebagai Wahabi yang "sesat" atas kerana mereka tidak pernah sekalipun menzahirkan ayat ayat yang berbaur wahabi (penyimpangan aqidah). Jadi kita masih anggap "mereka" (imam tersebut) BUKAN WAHABI selagi mana mereka mendiamkan diri dari ucapan ucapan yang mereka zahirkan bagi penilaian kita. Maka tiada dalil untuk menyatakan "kewahabian" mereka, maka SAH KITA SUNNI YANG BERSOLAT BERIMAMKAN MEREKA, sekalipun mereka itu berfahaman wahabi, tetapi mereka tidak pernah menzahirkan ayat ayat yang membawa kekufuran @ kesesatan. Maka kita anggap dia (imam masjidi haram) itu bukan Wahabi.

✅ (3) Apa itu wahabi? Wahabi adalah sejenis "penyakit" yang hanya timbul di akhir zaman ini yang mana "mereka" ini (penyakit wabak beracun fahaman ini) TIDAK PERNAH MUNCUL DI DALAM SALAFUSSOLEH.

🔱MEREKA SUKA MEMBIDAAHKAN & MENYESATKAN ORANG ORANG SUNNI YANG TIDAK SESAT.

🔱SEBENARNYA "DIRI MEREKA" ITULAH YANG DINAMAKAN "BIDAAH" ATAS KERANA "AJARAN WAHABI" INI TIDAK ADA PADA ZAMAN SALAFUSSOLEH.

🔱KEDUANYA : WAHABI INI ADALAH SUATU FAHAMAN YANG ANTI WALI WALI .. ANTI AJARAN WALI, ANTI TAREKAT, ANTI AJARAN AKHLAK SUFI, ANTI SUFI, ANTI ILMU TASAWUF, ANTI SEMUA AMALAN YANG MEMBAWA SESEORANG INSAN ITU "HAMPIR KEPADA ALLAH" ...

🔱MEREKA MEMBENCI DAN MEMUSIHI AHLI IBADAH DAN WALI WALI ALLAH ..

🔱DAN "MEREKA" INILAH YANG DI MAKSUDKAN ALLAH SEBAGAI "GOLONGAN YANG MEMUSUHI PADA WALI WALI ALLAH" ...

🔱SIAPA ITU WAHABI?? JAWAPANNYA MUDAH :

✳ WAHABI ADALAH "MUSUH ALLAH" YANG MEMUSUHI WALI WALI ALLAH. DAN ALLAH ISTIHARKAN "PERANG" KE ATAS SETIAP GOLONGAN @ INDIVIDU YANG "MEMUSUHI" WALI WALI ALLAH.


✳ SIAPA ITU WALI WALI ALLAH (WALI KECIL)?
MEREKA ADALAH "KAUM SUFI" YANG MENYEBARKAN ILMU "MAKRIFATULLAH" IAITU ILMU-ILMU YANG MEMBAWA SESEORANG INSAN ITU "HAMPIR" KEPADA ALLAH MELALUI AMALAN ZIKIRULLAH, MUJAHADAH, UZLAH, ISTIQOMAH, ZUHUD DI DALAM MENCINTAI ALLAH.

✳ SESIAPA YANG MEMUSUHI KAUM SUFI DAN AJARAN-AJARAN YANG DI BAWA OLEH "KAUM SUFI" ... MAKA MEREKA ITULAH "MUSUH ALLAH" YANG MEMUSIHI ILMU PARA WALI WALI.

✅ Note : Dah dijawab semuanya pada pihak yang bertanya. Kalau tak puas hati. Sila meremovekan diri sendiri - sekian .. wallahu'alam (PMS) ✨🌟⚡☀⚡🌟✨








No comments:

Post a Comment