Tuesday, 12 January 2016

tasawuf&tazkirah


Barangsiapa yg diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa yg dapat menyesatkannya dan barangsiapa yg disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yg dapat memberi petunjuk kepadanya.

Ramai manusia yg menipu dirinya sendiri, gunakanlah sisa-sisa umurmu itu untuk menjadi hamba Allah, bukan hamba nafsumu.

Barangsiapa buta didunia maka diakhirat ia buta, bahkan lebih sesat lagi. Bukan mata kepala mereka yg buta, tetapi matahati yg didalam dada mereka itu yg buta.

Bertaubatlah sebelum mati, roh bahagia, roh celaka, golongan kanan, golongan kiri. Roh bahagia menuju kesyurga, roh celaka menuju keneraka dan sesungguhnya azab Tuhanmu itu amatlah pedih!

- BUTA SELAIN ALLAH


Wahai Tuhanku, kehinaanku tampak nyata di hadapanMu, sedang haalku ini tidak tersembunyi lagi ke atasMu.

DaripadaMu daku memohon untuk sampai kepadaMu, sedang denganMu daku mengambil dalil ke atasMu.

Maka tunjukilah daku dengan nurMu kepadaMu, dan dirikanlah daku dengan sebenar-benar 'ubudiyah di hadapanMu.

Wahai Tuhanku, ajarilah daku daripada ilmuMu yang tersembunyi, dan peliharalah daku dengan Sirr namaMu yang terpelihara.

Wahai Tuhanku, tahkikkanlah daku dengan hakikat ilmu orang yang hampir denganMu dan jalankanlah daku jalan orang Majzub.

Wahai Tuhanku, kayakanlah daku dengan tadbirMu saja daripada tadbirku sendiri dan dengan pilihanMu daripada pilihanku dan dihentikan daku tempat idhtirarku.

Wahai Tuhanku, keluarkanlah daku daripada kehinaan diriku, dan sucikanlah daku daripada rasa syakku dan kesyirikkanku sebelum datang kematianku.

Amiinn Allahumma Amiinn..


Carilah guru Mursyid yg Wasil untuk mentalkinkan zikir kepadamu dan mujahadahlah nafsumu sehingga engkau fana didalam lautan Ahadiyah, maka engkau dapat hakikat tauhid daripada Allah seumpama para Nabi.

Orang yg sampai kepada martabat Dzat itu dapat menerima khitab Allah, bukan dapat melihat Dzat Allah

- BUTA SELAIN ALLAH


Ilmu Nabi Khidir itu amat sukar untuk difahami, bahkan Musa tidak memahaminya pada permulaan jalannya.

Berkata Nabi Khidir kepada Nabi Musa:"Engkau tidak akan dapat sabar untuk mengikuti perjalananku".

Berkata Nabi Musa:" Insyaallah, engkau akan dapati aku orang yg sabar".

Maka berjalanlah Nabi Musa bersama-sama Nabi Khidir....


Mula-mula mereka bertemu dengan seorang tuan perahu yg miskin, lalu mereka menumpang menyeberang sungai dan apabila sampai diseberang sungai Nabi Khidir membocorkan perahu imiskin itu

Nabi Musa marah dan tidak sabar, lalu dia membantah perbuatan Nabi Khidir membocorkan perahu simiskin itu.

Berkata Nabi Musa:" Perbuatanmu itu bercanggah dengan agama Islam"!

Padahal Nabi Musa tidak memahami bahawasanya perbuatan Nabi Khidir membocorkan perahu itu adalah bertujuan untuk menyelamatkan perahu simiskin itu, bukan untuk merosakkannya.

Hakikat telah terbuka bagi Nabi Khidir, tetapi Nabi Musa masih terhijab daripada hakikat.

Hiknah daripada pertemuan Nabi Musa dengan Nabi Khidir itu ialah kerana  suatu hari....


Ketika kaumnya bertanya keoada Nabi Musa:"Apakah tuan orang yg paling berilmu dizaman ini?"

Nabi Musa menjawab kepada kaumnya:"Benar, akulah orang yg paling berilmu".

Maka Allah mengajar Nabi Musa mekalui pertemuan dengan Nabi Khidir.

Dan inilah arti perkataan ilmu adalah hijab Allah yg oaling besar!

- BUTA SELAIN ALLAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Dan orang-orang yg berjihad pada jalan, niscaya kami akan tunjuki jalan kami.

Al-Ankabut:69

Wahai orang yg menjauhkan diri dari Tuhan!

Wahai orang yg melarikan diri dari Syariat Nabi!

Wahai orang yg tidak memperdulikan agama!

Wahai orang yg suka menurut hawa-nafsu!

Wahai orang yg menyembah selain Allah!

Wahai orang melupakan Allah!

Kamu sekalian tidak akan terlepas dari hukuman Allah!

Tuhan yg KuasaNya meliputi segala sesuatu!

Datanglah dengan merendahkan diri kepada Allah!

Pohonlah rahmat daripadaNya!

Mintalah segala yg baik daripadaNya!

Bertaubatlah kepadaNya dengan segera!

Ingatlah dengan memperbanyak berzikir kepadaNya!

Sembahlah Allah dengan khusyuk dan kerendahan diri!

- BUTA SELAIN ALLAHُ

Kenalilah orang karena kebenaran yang disampaikannya dan jangan kenali kebenaran karena orang yang menyampaikannya.


Rasa dan pandang Allah bukan engkau, zikrullah sehingga difanakan oleh Allah, nescaya engkau akan dapat merasa Wujud Allah.

Jalannya itu ialah menetapkan perkara-perkara yg diwajibkan oleh Allah dan mennggalkan perkara-perkara yg haram, mengekali Ismu-Dzat Allah! Allah! Allah! sehingga engkau difanakan oleh Allah.

Maka ketika itu engkau dapat merasai tiada yg Wujud didalam alam ini melainkan Allah, salik menuju kepada Allah dan Wasil disisi Allah.

- BUTA SELAIN ALLAH









No comments:

Post a Comment